Chap 23 [Special Chapter]

45 6 2
                                    

Hari berganti hari . Kini sudah tahun terakhir mereka di Unviersiti tersebut . Tragedi lama masih segar dalam ingatan mereka . Rasa sedih masih membelenggu jiwa . Trauma ? Bell , Iqa , Sha cukup kuat untuk melawan rasa trauma mereka hingga ke hari ini . Mana Ris ? Rasa traumanya dan rasa sedihnya atas pemergian Ara terlalu besar hingga dia tertekan dan berada di rumah sakit jiwa .

Tapak perkuburan Al- Amin .

Sha , Iqa dan Bell sedang menziarahi pusara sahabat mereka Ara .

"Dah setahun kau pergi tinggalkan kita " ucap Bell sambil cuba untuk tersenyum .

"Kau jahat Ara , Kau kata nak jadi kawan aku sampai bila-bila . Tapi kenapa kau pergi haa ?"

Setitis cecair jernih jatuh dari mata indah Sha .

"Aku , Sha dengan Bell akan selalu doakan kau . Semoga kau tenang dekat sana . Kita semua dah nak balik ni . Assalammualaikum " ucap Iqa lalu pergi meninggalkan kawasan tersebut .

...............................................................

Bell , Iqa dan Sha sedang berada diruang tamu rumah sewa baru mereka .

"Bell " panggil Sha

"Hmm?"

"Kau tak nak sewakan bilik kat rumah ni ke ?" Tanya Sha

"Maksud kau ?"

"Rumah sewa kita kan ada bilik kosong daripada terbiar lebih baik kau sewakan kat student yang nak cari bilik sewa " ucap Sha

"Betul ! . Aku setuju " tambah Iqa pula

Bell kelihatan berfikir sejenak .

"Ok . Korang cari la mana-mana student yang perlukan bilik tu " ucap Bell lalu masuk ke dalam bilik untuk tidur .

............................................................

"aku lapar" ucap Sha sambil memegang perutnya .

"Kita beli nasi lemak bungkus dekat depan taman tu je la " ucap Iqa

Iqa , Sha dan Bell pergi ke sebuah gerai kecil yang berada di hadapan sebuab taman permainan.

"Assalammualaikum mak cik "

"Waalaikumussalam . Anak semua nak makan apa ?"tanya Mak cik yang berkemungkinan adalah pemilik gerai tersebut .

"Kami nak nasi lemak ayam 3 " ucap Sha .

"Anak semua ni duduk mana ?"tanya Mak Cik tersebut sambil membungkus Nasi lemak

"Kami baru pindah sini Mak Cik . Kami duduk dekat sebelah bangunan lama tu " ucap Bell

Riak muka mak cik tersebut berubah apabila mendengar ucapan Bell tadi .

"Kenapa Mak Cik ?"

"Oh tak ada apa , Mak Cik harap kamu semua hati-hati ya . Nah! nasi lemak ."

Mereka pulang dengan rasa aneh .

"Kenapa dengan Mak Cik tadi haa ?"tanya Iqa

"Mungkin Mak Cik tadi suruh hati-hati sebab bangunan lama belakang rumah kita kan banyak semak samun . Maybe ada ular , sebab tu mak cik suruh kita hati-hati " ucap Sha .

Iqa hanya mengangkat kedua bahunya lalu pergi meninggalkan meja makan .

"Aku tahu Sha " ucap Bell

"Tahu apa ?"tanya Sha hairan

"Kau boleh nampak benda tu kan ? Sedangkan aku , Aku boleh berkomunikasi dengan benda tu"

Sha terkejut dengan ucapan Bell tadi .

"So , Kau tau kenapa benda ni jadi kat kau dan aku ?"tanya Sha .

"Sejak daripada kita mula trauma . Kita sekarang ada kelebihan yang sangat tidak dijangka " ucap Bell lalu pergi .

Selepas kejadian yang menimpa mereka 1 tahun lepas . Sha dan Bell mempunyai kelebihan yang tidak disangka . Sha dapat melihat entiti tersebut manakala Bell dapat berkomunikasi dengan entiti tersebut . Hanya Iqa yang tidak mengetahui hal ini .

.....................................................

Iqa sedang berada di kafe yang berada di universiti tempatnya menyambung pelajaran .
Iqa sedang meminum Americano Ice sementara menunggu Sha dan Bell yang pergi ke perpustakaan .

Iqa Pov . . .

"Lambatnya diorang ni " keluhku lalu melihat ke meja hujung yang ada di cafe tersebut .

Apa yang aku tengok ni nyata ke ?

Aku tengah bermimpi ke ?

"Ara" hanya perkataan itu yang keluar dari mulutku .

Author Pov . . .

Iqa sangat terkejut apabila melihat seorang gadis yang berada di hujung meja itu . Rupa paras gadis tersebut sangat mirip sahabatnya yang sudah tiada iaitu Zahara Ariana atau Ara .

Rasa gembira menyelubungi hati Iqa .

Iqa berlari ke arah gadis tersebut .

"Ara" ucap Iqa sambil tersenyum bahagia .

"Ya? Ada apa-apa ke ?"tanya gadis tersebut .

"Kau Ara kan ? "

"Ya , Saya Zahara Zyan ,tapi panggil saya Zyan " ucap Gadis yang rupa parasnya seperti Ara itu .

Iqa agak terkejut dengan kenyataan itu .

"Oh , maaf" ucap Iqa lalu pergi ke mejanya semula .

Gadis tersebut membalas ucapan Iqa dengan senyuman yang manis .

..................................................................

Di perpustakaan , Bell dan Sha sedang mencari buku . Tiba-tiba , Bell terjumpa sebuah buku lama di rak paling bawah . Buku tersebut kelihataan sangat berhabuk dan warnanya juga lusuh .

"Sha " ucap Bell

"Buku apa tu ?"

"Entah , Aku tak tahu . Tapi , halaman paling belakang ada tertulis alamat . Alamatnya sama dengan taman perumahan kita " ucap Bell yang sedari tadi membuka buku tersebut .

"K..kau biar betul? " tanya Sha seakan tidak percaya

"Aku rasa buku ni ada kena mengena dengan rumah kita dan ucapan mak cik yang jual nasi lemak tu " Bell membuat kesimpulannya .

"Kalau macam tu , kau bawa buku tu . Mungkin buku tu ada gunanya nanti " ucap Sha lalu mereka meninggalkan perpustakaan tersebut .


TRAUMA!Where stories live. Discover now