Chap 25 [Special Chapter]

40 6 1
                                    

Hampir dua hari Zyan dan Hawa berada di rumah itu . Mereka semakin lama semakin rapat dan bertambah rapat . Kini mereka berdua sedang bersiap menuju ke univerisiti .

"Patut ke kita pergi area bangunan lama tu ?"tanya Hawa .

"Kenapa ? Takut ? Hahahaha "

Zyan mendapat pukulan yang agak kuat daripada Hawa .

"Aku bukan takut , aku seram je " ucap Hawa yang membela dirinya sendiri .

"Sama je la tu " ucap Iqa pula yang sedari tadi diam .

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi seketika .

"So , macam mana ?" Tanya Bell lagi .

"Aku rasa kita patut lalu sana " ucap Zyan

"Aku setuju " kata Sha pula .

Mereka melalui bangunan tersebut dan berhenti seketika .

"Rumah ni nampak lama la " ucap Hawa .

"Memanglah nama pun bangunan lama , bukannya semalam ada mall hari ni terus berubah " ucap Bell .

"Iqa kau bawa camera kau tak ?"tanya Zyan pada Iqa .

"Kalau kau bawa , aku rasa kau patut ambil gambar " tambahnya lagi .

Iqa mengambil gambar dan mengibaskan hasil gambar dari kameranya .

"Wehh Bell jalan , Bell jalan " jerit Hawa .

Iqa dengan cepat menutup pintu tingkap . Manakala Sha hanya diam Sahaja .
Bell yang mengetahui hal itu terus melajukan keretanya . Tanpa gambar yang menunjukkan sebuah lembaga berdiri di hadapan pagar bangunan lama pun Zyan , Bell dan Sha sudah mengetahui hal tersebut .

Didalam kelas mereka masih memikirkan tentang kejadian tadi .

"Ok kelas , untuk tugasan sempena cuti semester ini , saya nak kamu semua buatkan video tentang kegiatan kamu , saya benarkan untuk buat video secara berkumpulan . Sekian itu sahaja daripada saya . Selamat bercuti " ucap Encik Malik lalu keluar .

Semua mahasiswa dan mahasiswi telah keluar tetapi mereka berenam iaitu Hawa , Iqa , Sha , Bell dan Zyan masih duduk didalam kelas .

"Kita nak buat apa untuk tugasan video tu ?"tanya Iqa

"Rakam kegiatan kita menyelidik bangunan lama tu " ucap Zyan .

"Aku setuju " sahut Sha dan Bell

Hawa kelihataan tidak bersemangat .

"Kau ok Hawa ?" Tanya Zyan mengusik

"Ok atau tak terpaksa kena ok juga " ucap Iqa lalu menarik Hawa untuk pergi ke cafe bersama .

@cafe

"Tapi sebelum kita buat video kita kena beli 3 Go Pro untuk rakam apa yang kita buat " ucap Zyan .

Sha , Bell dan Iqa hanya diam . Mereka terkadang akan terkenang tentang tragedi yang berlaku pada mereka .

"Sorry " ucap Zyan

"It's Okay " Iqa menepuk bahu Zyan

"Kita nak beli kat mana Go Pro tu , Sekarang banyak Go Pro yang harganya Ya Allah , Mahal tau " bebel Hawa

Iqa , Sha dan Bell berfikir seketika .

"Kedai Ah Seng !! " .

Mereka semua pergi ke kedai Ah Seng , Kedai yang mereka cari untuk membeli kemudahan merakam video , terdapat pelbagai jenis kamera yang sesuai digunakan untuk merakam video.

"Hello Ah Seng " sapa Sha dengan senyuman

"Hello , Wah saya sudah lama tak ada nampak lu semua "

"Tapi ini dua orang siapa ? Mana Ara dan Ris ?"tanya Ah Seng .

"Say Hawa , ini Zyan kami kawan Bell , Iqa dan Sha " ucap Hawa .

"Ara dan Ris sudah .... " kata-kata Sha terhenti .

"Oh tak apa , Saya faham , Sorry Haa . Kamu semua cari apa ?"

"Uncle kami nak cari Go Pro yang harga murah ada tak ?"tanya Bell

"Oh ada , Ini Go Pro tinggal 3 sahaja tau murah punya . Untuk You uncle bagi 300 kasi angkat " ucap Ah Seng .

"Haa apa lagi sorang keluar 50 " ucap Iqa .

"Weh adui weh alamak weh a..aku nak beli iphone doh , lama dah simpan tinggal 1000 lagi je weh " ucap Zyan cuba untuk mengelak daripada membayar RM50.00

"Wah panjangnya alasan . Memang dah siapakan ayat tu ke ? . Tak ada kau kena bagi Rm 50 " ucap Bell

"Kena ke ?" Tanya Zyan dengan muka sedih .

"Aku tak kesiankan kau pun . Bayar " ucap Bell lagi lalu menarik Sekeping wang berjumlah lima puluh ringgit yang ada di tangan Zyan .

Selesai sahaja mereka membeli camera . Mereka terus pulang ke rumah .

@makanmalam ...

"Esok kita bawa apa je pergi sana ?"tanya Zyan

"Lampu Suluh sana kan gelap" ucap Hawa

"Aku nak kita buat video ni bukan untuk suka-suka kita kena selesaikan sesuatu " ucap Sha .

"A..aku masuk tidur dulu " ucap Bell .

Mata Bell tertutup dan Kepalanya agak seperti berputar .

"Bantu aku lepaskan diri . Tolonglah !!! " ucap sebuah suara dengan keadaan menyedihkan .

"Kau siapa sebenarnya ?"tanya Bell sambil memejamkam mata .

"Aku Shafiqa . Bangunan tu sebenarnya rumah aku . Dia marahkan aku sebab suami dia sukakan aku . Aku tersiksa . Aku terkurung . Tolong mohon dan merayu pada dia supaya lepaskan aku "

"Aku akan cuba , tapi kau kena bagitahu aku apa yang patut aku buat " ucap Bell perlahan

"Cari dia . Dia ada dekat bangunan tu . Ada sebuah bilik dekat bangunan tu . Baca buku yang ada dekat situ " ucap Suara itu yang semakin lama semakin menghilang .

Bell tersedar .

"Patut ke kita tolong dia ?"tanya Zyan pada Bell .

"Aku rasa ya " jawab Bell .

TBC . Enjoy . Keep reading and Vote . Thanks You😊 . (Maaf kalau ada Typo)

TRAUMA!Where stories live. Discover now