Impian.

60 6 0
                                    

Mata bersinar menyerlahkan keyakinan,
Bak pahlawan gagah bakal menewaskan pendurjana,
Semangat padu mengejar impian yang satu,
Sungguh berkobarnya semangat itu mengatasi segala kerisauan.

Namun, ianya luntur.
"HA HA HA" terngiang-ngiang di telingaku,
Sungguh rapuh hatiku. Hancur!
Terdetik dihatiku, "Adakah ini cuma angan-angan? Mengapa perlu ditertawakan? Adakah impian ku lucu?"

ABAIKAN! Ini IMPIANku.
Positifkan apa yang orang lain fikir,
Yang penting, IMPIAN ditanganku.
Jangan biarkan ianya jadi angan-angan.
Biarlah orang tertawa, pasti akhirnya orang akan tercengang,
dan berkata "WAHHH"
Melihat kejayaanku.

Kerana,
keputusan kejayaan masa depan di tangan kita,
bukan ditangan orang lain.

Puisi NafsiWhere stories live. Discover now