Run With Me

387 13 3
                                    

Hanna terpaksa mengukir senyum. Dress pendek yang melekap ditubuhnya di tarik-tarik ke bawah. Dia benci semua ini. Bau arak, bau rokok yang memenuhi ruang membuat kepalanya pening. Tempat ini bagaikan neraka baginya.

'Kau jangan buat hal lagi Hanna. Kalau kau mau hidup panjang.' Lark sempat berbisik di telinga Hanna semasa mereka bertembung di tangga.
'Kau bunuh aku sajalah.' Hanna sekadar menjeling Lark dan beredar pergi. Sesak hidupnya di tempat neraka ini.

Sejak Hanna bekerja sebagai pelayan, bar Lark makin dikunjungi ramai. Sekarang ini Hanna umpama batu permata Lark. A lucky charm. Hanna tersenyum tetapi hatinya berdarah. Dia jijik dengan dirinya. Dia terpaksa bersetuju bekerja di tempat itu demi menyelamatkan nyawa auntynya dan juga dirinya.

'Dengan satu syarat, saya tidak akan melayan sesiapa pun di ranjang. Kalau kau setuju dengan syarat itu saya sanggup kerja, kalau tidak saya sanggup bunuh diri.' Hanna menggugut mahu menikam dirinya di hadapan Meloy dan Lark.

'Jangan Hanna. Tolong aunty Hanna..' Meloy merayu pada Hanna yang sedang memegang pisau.
'Tolong boss, saya tida mau mati.' Meloy memang pentingkan diri. She never care of Hanna. Air mata Hanna berjuraian. Kejamnya Meloy.
'Baik. Aku setuju. Pastikan kau tidak lari. Kalau kau lari ,nahas kamu berdua.' Ugutan yang sama.

Lark tidak pernah mungkir janji, kata pasti dikota. How scary! Jika ada pelanggan yang cuba booking untuk bermalam dengan Hanna Lark akan menolak sekeras-kerasnya. Hanya untuk Hanna. Hanna menjadi pelayan kesukaan VVIP yang datang berseronok di bar Lark.

Hanna terpaksa. Dia sudah membuat perjanjian dengan Lark. Tetamu khas Lark pasti sentiasa setia menunggu kehadiran Hanna. Mereka berebut mahu dilayan oleh Hanna. Hanna yang berwajah Pan-Asian, badan ala model Kiko Mizuhara siapa tidak tergugat. Jika bukan batasan yang disyaratkan oleh Hanna pasti Lark untung banyak.

Hanna naik ke atas. Dia pergi ke corner yang menghadap laut. Rambutnya yang panjang dibiar ditiup angin malam. Belum ada pelanggan yang naik ke sudut itu.

'Aku patut bunuh diri ja masa tu.' Hanna menyesal. Kini dia tidak ubah berada di penjara neraka.

Hanna mengelus loket cangkerangnya. Setiap kali dia teringatkan mama dan papanya, loket itu digenggam erat.

'Puteri Aria.' Hanna menyebut nama itu. Kejadian yang sudah berpuluh tahun masih samar-samar dalam ingatannya.

Mermaid? Are they really exist? Isnt they are only a legend, a tale? Hanna melayan fikiran. Dia percaya pasti mereka wujud. She even meet Aria. Kalau tidak bagaimana dia mendapat loket yang begitu cantik dan unik. Limited edition. Memang tiada dijual di mana-mana. Loket itu penuh dengan nilai sentimental. It was made by her father special for her. And was given by a princess of the kingdom of the ocean.

'Hello young lady? Are you working here?' Seorang lelaki menyapa Hanna, mesra. Dia terus berdiri di sebelah Hanna.

Hanna diam saja. Lark tiada, jadi dia tidak perlu berlakon. Rasa sedikit selamat berada di ruangan itu. Sementara belum ramai pelanggan yang 'melanggannya' Hanna ambil kesempatan untuk melayan hati dan perasaannya.

'I guess so.' Hanna menjawab pendek. Dia terus memakukan pandangannya ke laut.
'Which one do you prefer, the night or the sea?' Lelaki itu tiba-tiba mengajukan soalan.

Red wine dalam wine glass di goncang perlahan. He looks experienced and familiar with wine. He then took a sip.

'I choose the sea. I wish I can swim, as I want. I wanna be free.' Entah kenapa dia tidak segan silu berkongsi cerita dengan lelaki itu. Hanna sebak. Ada air mata bergenang di hujung matanya.

'You really want to be free?' Soalnya lagi.
Hanna hanya angguk-angguk.
'I wish I can.' Hanna tunduk. Air mata yang cuba dibendung tidak mampu ditahan lagi. Laju dia kesat air mata supaya lelaki di sebelah itu tidak perasaan.
'Crying is the best medicine ever.' Lelaki itu tidak memandang Hanna. Pandangannya terpaku ke arah laut. Wine dalam gelas diteguk lagi.

The MermaidWhere stories live. Discover now