Hanna mengelus kalung yang tersarung kemas di lehernya. Laut biru yang terbentang luas dipandang hambar. Kejadian 25 tahun yang lepas samar-samar mengimbau memorinya. Everything just a memory. It was buried deep in her heart.
'How I wish you were here, mama and papa.' Hanna berbisik perlahan. Betapa rindunya pada ibu dan bapanya. Hilangnya mereka tidak berganti.
'Hanna, aunty and uncle accident in Japan.' Jantung Hanna bagaikan terputus dari tangkainya. Dia jatuh terduduk bila sepupunya menyampaikan khabar duka yang mengubah hidupnya 360 darjah.
Sekelip mata saja dia kehilangan dua insan dalam hidupnya. Dia juga hilang tempat bergantung dan tempat bermanja. Terasa baru saja semalam ibu dan bapanya membelai lembut rambutnya penuh kasih.
Bermulalah episod hidupnya bersama auntynya yang mengambil alih segala harta peninggalan kedua ibubapanya. Tamak haloba yg menguasai auntynya Meloy menyebabkan mereka disytiharkan muflis. Bagaikan jatuh ditimpa tangga hidup Hanna kucar kacir.
Pada usia 20 tahun Hanna nekad. Dia akhirnya membuat keputusan untuk mencari kerja sambilan sambil belajar. Tiada jalan lain jika dia mahu meneruskan pengajiannya. Aunty Meloy takkan sekali-kali memberinya walau sesen pun.
Hanna mempunya simpanan peribadi yang dibuat oleh ibubapanya sejak kecil. Wang itulah yang menjadi sumber perbelanjaannya. Hanya wang simpanan itu saja yang tidak diketahui kewujudannya oleh aunty Meloy.
'Mana lagi duit yang lain kau simpan? Bagi aku, aku mau bayar hutang-hutang ibubapa kau.' Bohong Meloy. Dia memandang Hanna. Bengis.
Padahal itu adalah hutang peribadinya sendiri. Sengaja menggunakan nama ibubapa Hanna. Meloy memang sudah hilang pertimbangan. Sifat tamaknya membawa rugi pada dirinya sendiri.
'Saya mana ada duit lagi anti. Anti sudah ambil semuanya.' Hanna berdalih. Walau apapun terjadi duit simpanannya tidak akan diberi. Itu untuk masa depannya.
'Apa?! Kurang asam punya budak. Kau ingat kau siapa?! Kau ingat siapa bagi kau makan bila mama dan bapa kau mati?' Aunty Meloy mendekati Hanna. Rambut Hanna ditarik kuat.
'Aduh!! Sakit anti.' Hanna mengadu kesakitan.
'Sakit kan?!' Meloy tarik lebih kuat lagi sehingga kepala Hanna terikut sama.Hanna hanya mampu memegang tangan Meloy. Berusaha menahan agar makciknya berhenti menarik rambutnya.
'Sakit aunty. Tolong aunty. Saya memang tidak tau apa-apa lagi. Ampun anti. Lepaskan Hanna.' Hanna mulai menangis. Sakitnya bukan kepalang. Mahu tercabut semua rambutnya dibuat oleh Meloy. Sungguh kejam wanita itu. Tidak punya rasa simpati.
'Tak guna! Huh!' Meloy melepaskan Hanna dengan kasar. Dia beredar meninggalkan Hanna yang masih menangis. Dimatanya, Hanna adalah beban berat yang perlu ditanggungnya. Sebaliknya dia yang menjadi beban kepada Hanna.
Badan Hanna terhumban ke arah dinding. Nasib baik Hanna sempat menahan dengan tangannya. Kalau tidak, pasti kepalanya sudah berdarah mencium dinding konkrit.
Hanna duduk memeluk lutut sambil menangis. Rambutnya dibiar serabai. Dia sedih mengenangkan nasibnya yang tidak ubah ditimpa musibah berkali-kali.
'Kalaulah mama dan papa masih hidup.' Hanna mengeluh dalam tangisan. Tiada tempat mengadu. Kesakitan dipendam sendirian. Setiap kali Meloy memukulnya, wajah ibu dan bapanya menjadi kekuatan.
Pernah juga dia terfikir untuk berhijrah ke Jepun tapi dia belum cukup kuat. Dia juga tidak mahu menyusahkan nenek dan datuknya yang sudah berusia.
'Mido, kalau Mido perlu apa-apa call nenek saja. Kalau Mido mahu ke sini, kami boleh uruskan. Mama dan papa Mido juga bersemadi di sini. Apalagi yang Mido tunggu. Tidak ada apa-apa lagi yang tinggal di sana untuk Mido.' Neneknya berleter panjang sewaktu genap 90 hari pemergian ibubapanya dahulu.
Hanna buntu. Dia tidak mahu berhijrah ke Jepun. Dia cintakan tanah tumpah darah ibunya. Rasa bersalah juga pada kedua ibubapanya, namun Hanna pasti ibunya mahu dia tinggal di Borneo. Kali terakhir dia ke Jepun, semasa pengebumian kedua mendiang ibubapanya. Hanna tidak dapat mengawal perasaannya bila berada di tanah Jepun. Air matanya mudah sekali tumpah. Sekurang-kurangnya kalau dia di Sabah, hatinya tabah. Dia mampu menahan hati untuk tidak menangis banyak.
'Watch over me, mama, papa.' Hanna hanya mampu berdoa. Kalau ikutkan hati hari-hari dia mau menangis. Macam gelas kaca yang pecah terhempas di atas batu. Berderaian.
Namun dikuatkan juga semangatnya demi hari-hari esok yang mendatang. Kadang-kadang Hanna berharap dia bebas berenang di lautan dalam yang biru. Tidak perlu merana, tidak perlu takut untuk hari-hari esok yang bakal ditempuhi.
'Hanna, kau tinggalah sama saya. Kasian saya tengok kau selalu kena pukul dengan mak cik kau tu.' Alice kawan baik Hanna menawarkan bantuan. Her offer is not bad actually.
'Tak boleh Alice. I still can handle it. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa.' Hanna tunduk. Dia segan dengan Alice. Alice selalu membantunya walaupun berulang-kali dia tolak. Dia tidak mahu dikatakan ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
'Hanna, if you still love me as your friend, please..please dont be like this. We are friends, that is what friend for!' Alice seakan merayu persetujuan Hanna.Dia ikhlas mahu membantu. Keluar segala hujah ala-ala peguam, maklumlah Alice sememangnya aktif dalam pidato. Untung Hanna mempunyai kawan macam Alice.
'Alice, this is not your wonderland.' Hanna menjawab seraya bergurau. Dalam keseriusan Alice tergelak. Pandai juga Hanna buat lawak. Bakat terpendam barangkali.
'Thats not funny Hanna.' Alice pukul bahu Hanna lembut. Mereka sama-sama ketawa. Hilang sesak di fikiran Hanna untuk seketika.
Hari ini adalah sejarah, esok itu misteri. Tiada siapa yang tahu apa yang akan bakal terjadi. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan.
Just be ready and prepare even strong. You never know when the tornado is coming. Be strong, that is what Hanna has to.

YOU ARE READING
The Mermaid
Fantasi#19 Highest Rank Hanna Midori gadis berdarah kacukan Jepun satu-satunya puteri tunggal Naritta dan Nobu. Semasa kecil Hanna bertemu ikan duyung yang menamakan dirinya Andromeda Aria sewaktu berkelah di tepi pantai dengan kedua ibu bapanya. Malang ti...