Lintah Darat

447 13 0
                                    

Perlahan-lahan Meloy menyusup di sebalik orang ramai. Matanya menangkap kelibat Lark dan konco-konconya. Pasti dia tiada peluang melepaskan diri kalau dijumpai Lark.

'Aduh habislah aku. Matilah aku kalau Lark nampak aku.' Meloy berusaha menyembunyikan diri agar tidak dapat dikesan buat sementara waktu. Dia cemas, gelisah, risau, takut semua perasaan itu bersatu.

Salah sendiri. Dia menghabiskan semua wang peninggalan Naritta dan Nobu. Dia yang diberi amanah untuk menguruskan wang-wang itu sebaiknya malah disalahgunakan. Satu sen pun tidak diberikan pada Hanna walhal itu adalah haknya.

Pap! Bahu Meloy ditepuk kasar dari belakang. Meloy gigit bibir. Pasti dirinya telah dijumpai. Jantungnya berdetap laju. Seperti dia baru menghabiskan larian pecut 100m. Dia boleh mendengar degupan jantung sendiri saat itu.

'Bila kau mau bayar hutang kau? Aku telefon, sms kau tidak pandai balas. Kau mau matikah Meloy?!' Leher baju Meloy direntap kuat. Badan Meloy terangkat di udara sedikit. Nyata bukan calang-calang kekuatan lelaki itu. Lark, salah satu ketua lintah darat. In the other words a loan shark in the area where Meloy and Hanna live.
'Errrr...bu..bu..bukan begitu boss. Saya demam. Tingu mata saya merah. Baru saja saya mau cari boss ni.' Pandai Meloy berdalih. Mencari alasan yang kurang disyaki.
'Hurmmm...' Lark pandang mata Meloy yang merah. Padahal dia tidak tidur semalaman memikirkan hutang-hutangnya yang makin berlambak.
'Lepas dulu boss.' Meloy memegang pergelangan tangan Lark yang masih mencengkam leher bajunya.
'Huh!' Lark melepasakan Meloy dengan kasar. Meloy jatuh terduduk. Tangannya kebelakang menyentuh jalan simen.

Meloy mengengsot ke belakang perlahan-lahan. Bibirnya bergetar ketakutan. Lark memandangnya bengis. Senyumannya senget. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Konco-konconya hanya memandang tindakan boss mereka. Back up. In case tiba-tiba Meloy pandai berkung fu macam kung fu Panda.

Ting! Lark mengeluarkan sebilah pisau lipat. Sesaat kemudian anak pisau lipat itu sudah terkeluar dari sarungnya. Berkilat tajam mata pisau itu. Ternyata tajamnya boleh jadi seperti sembilu. Peluh Meloy mula menitik. Bahang maut mula menghantui dirinya. Bagaimana jika nyawanya sampai disitu saja? Tidak! Dia ketakutan dalam hati.

Lark menghampirinya. Mata Meloy hampir terbeliak ketakutan. Peluh sebesar jagung menitik membasahi wajahnya. Badannya yang menggigil ketakutan sedaya upaya dikawal.

'Kau tau kan apa jadi kalau kau bohong.' Lark mengacukan pisau tajam itu di leher Meloy.
'Ya boss. Tolong boss. Bagi saya masa lagi.' Meloy merayu. Nafasnya turun naik.
'Aku sudah bagi kau banyak masa Meloy. Tapi kau tipu aku!' Gertakan suara Lark yang garang mengejutkan Meloy. Matanya dipejam. Lark menekan perlahan-lahan pisau itu di leher Meloy. Lehernya terasa pedih.
'Jangan boss. Saya janji saya akan bayar.' Meloy terus merayu. Berharap lintah darat itu melepaskan dirinya kali ini.
'Berapa lama saya perlu tunggu lagi hah?!' Herdik Lark lagi. Lagi kuat. Pisau itu ditekan lagi.

Pedihnya hanya Meloy yang merasainya. Darah merah mulai keluar dari kesan goresan pisau di leher Meloy.

'Bagi saya 7 hari boss.' Meloy menggigil ketakutan.
'7 hari?! Aku bagi kau 3 hari! Ingat!!! 3 hari!!!' Lark melepaskan Meloy. Terbatuk-batuk Meloy. Dia usap2 lehernya yang pedih. Kesan darah melekat di jari jemarinya.
'Baa..aik boooss.' Meloy menjawab dengan gugup.
'3 hari. Ingat tu!!!' Lark bagi sign 3 jari telunjuknya di muka Meloy sebelum dia berdiri.
'Huh!' Lark mendengus garang sebelum meninggalkan Meloy yang masih menggigil ketakutan.

'Arrrggghhh! Celaka kau Lark!' Meloy menjerit sambil mencengkam kepalanya. Berani kononnnya dia kalau Lark sudah hilang dari pandangan.

Meloy balik ke rumah dengan kepala yang kusut. Rambutnya juga kusut tidak ubah macam sarang tikus. Mungkin sarang tikus lebih kemas. Jaket lusuhnya ditanggalkan. Hanya disangkut pada kerusi. Dia mencapai peti pertolongan cemas di atas almari. Cecair Dettol dikeluarkan. Dia mengambil sedikit kapas dan menuangkan cecair sanitari itu. Lepas tu kapas itu ditekan lembut pada luka di lehernya.

'Mana aku mau cari seratus ribu dalam masa 3 hari. Mati aku kalau begini.' Bukan setakat lehernya akan dikelar, malah seluruh badannya pasti jadi makanan buaya ganas.

'Hanna. Hanna pasti ada duit.' Meloy teringatkan Hanna. Dia pasti Hanna akan bersimpati dengannya.

Tak! Pintu di tolak dari luar. Hanna. Dia menumbuk-numbuk bahunya yang lenguh. Selepas kelas dia bekerja sambilan di sebuah restoran di dalam hotel. Walaupun gajinya tidak banyak tapi sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaannya sehari-hari.

'Hanna, tolong anti.' Tiba-tiba Meloy menerpa kaki Hanna. Hanna cuba menarik kakinya tapi Meloy makin kuat menguncinya dengan kedua-dua tangannya.
'Anti, kalau anti mau minta duit. Saya pun tiada duit. Betul-betul saya tiada duit.' Hanna berdiri macam robot. Dia dapat mengagak apa yang Meloy mahu bila dia bertindak begitu.

Hatinya sudah tawar mahu membantu mak ciknya. Baginya tiada langsung rasa kasih untuk mak ciknya selepas dia selalu jadi tempat melepaskan amarah dengan memukulnya.

'Takkan sikit pun tiada Hanna. Kau sanggup tengok anti mati? Tolong anti Hanna.' Meloy mula menangis. Kaki Hanna masih dipegang erat.
'Sudahlah anti. Saya penat. Saya memang tiada duit.' Hanna tidak peduli dengan rayuan Meloy. Badan Meloy ditolak jauh dari kakinya.

Meloy cuba memegan tangannya namun ditepis oleh Hanna kasar. Dia tidak peduli kalau Meloy membelasah dirinya pada masa itu. Dia rela jikalau Meloy membunuh saja dirinya. Dia sudah tidak tahan dengan hidup yang segan tapi mati tidak mahu.

'Kurang ajar!' Meloy menolak belakang Hanna sehingga Hanna terdorong ke depan.
Hanna diam, melawan pun tidak. Hanna tiada tenaga sudah mahu bergaduh dengan mak ciknya. Dia sudah menjangkakan Meloy hanya berlakon untuk menagih simpati darinya. Dia terus masuk dalam bilik. Terus dikunci dari dalam. Perlahan-lahan dia duduk menyandar pada pintu. Secara fizikal dan mental dia penat. Terlalu penat.

'How I really wish I am with you now, mama and papa!' Hanna menangis pilu. Sebak dadanya. Dia tunduk dan tekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya.

Mahu saja dia berputus asa untuk hidup. Jika imannya tidak kuat, pasti dia sudah bertindak bodoh. No, Hanna! Where is the will, there is a way.

Benarkah? Hanna ragu.

The MermaidWhere stories live. Discover now