Neraka Lark

370 14 4
                                    

Hanna mempercepatkan langkah. Dia tidak sedap hati. Beberapa orang lelaki berbaju hitam mengekorinya dari belakang. Men in black! Bila dia berhenti dan menoleh ke belakang lelaki-lelaki iti turut berhenti dan berpura-pura bercakap sesama mereka.

Who are them? What they want? Hanna mulai risau. Degupan jantungnya mula berdetak laju. Dia mengatur langkah lagi. Lelaki-lelaki itu juga. Langkahnya dipercepatkan lagi. Lelaki-lelaki itu juga turut mempercepatkan langkah.

Hanna akhirnya berlari. Lelaki-lelaki itu turut berlari. Sah. Mereka mengejar Hanna. Hanna terus berlari. Dia cuba melengahkan lelaki-lelaki itu dengan menyisip di antara celahan orang ramai. Berharap jejaknya tidak ditemui selepas itu.

'Sorry.' Hanna menunudukkan kepala sedikit. Dia sempat minta maaf bila dia tidak sengaja terlanggar bahu orang dalam usahanya melepaskan diri dari lelaki-lelaki berbaju hitam yang mengejarnya.

Hanna menoleh ke belakang. Lelaki-lelaki itu sudah tidak kelihatan. Fuh! Hanna menghela nafas lega. Dia tercungap-cungap, penat. Dia membongkokkan badan sambil memegang lututnya. Kakinya bergetar ketakutan.Kemudian Hanna menyandar pada dinding bangunan. Hanna pejam mata. Dia tidak dapat berfikir apa-apa tika itu. Hanya rasa takut yang menguasai. Dia tidak dapat membayangkan nasib buruk yang bakal menimpa dirinya.

Sebaik dia membuka mata, lelaki-lelaki itu sudah mulai menghampirinya. Hanna terkejut. Panik dan cemas. Dia mahu lari tapi tiada jalan. Semua sudut sudah dikepung oleh lelaki-lelaki berbaju hitam yang sama. Sangkaannya mereka tidak mengejarnya lagi sama sekali meleset.

'Kamu siapa? Apa kamu mau?' Tanya Hanna. Bibir Hanna bergetar ketakutan. Badannya juga mulai menggigil. Setahu dia tidak pernah ada masalah dengan siapa-siapa. Apalagi kali ini. Jangan-jangan..

'Tangkap dia!' Arah seorang lelaki sambil menunjuk ke arah Hanna. Mungkin ketua mereka. Kelima-lima lelaki itu meluru ke arah Hanna.

Hanna mati akal. Dia tidak ada tempat untuk melarikan diri. Kedua-dua tangan Hanna ditarik kasar. Hanna cuba meronta tapi gagal. Cengkaman lelaki-lelaki itu sangat kuat. Hanna tidak mampu melawan tenaga mereka yang sikit pun tidak goyah bila Hanna cuba melawan.

'Lepaskan saya. Apa salah saya? Tolong!!' Hanna menjerit. Hanna cuba melawan tapi sia-sia. Pipinya ditampar kuat. Rambutnya ditarik kuat ke belakang.

'Diam! Kalau kau tidak mau mati, ikut saja.' Seorang lelaki mencengkam dagu Hanna kuat. Hanna masih cuba meronta. Dia cuba menendang lelaki-lelaki yang mengunci pergerakkannya.

Kemudian, Hanna menggigit tangan lelaki yang mencengkam dagunya sekuat hati.

'Arrrgggghh!' Lelaki itu menjerit kuat. Cepat-cepat tangannya ditarik.
'Kurang ajar!' Pipi Hanna ditampar sekuat hati.

Pedih. Pandangan Hanna berpinar-pinar. Tamparan itu membuat kepalanya menerima getaran yang kuat. Perlahan-lahan pandangannya jadi samar-samar dalam gelap yang mulai mencuri penglihatannya.

Salah satu lelaki berbadan besar dan tegap itu mengangkat Hanna dengan sebelah tangannya. Hanna digendong di atas bahunya. Hanna sudah tidak sedarkan diri. Kesakitan yang dirasai makin hilang. Dunianya beransur gelap. Dia sendiri tidak pasti apa yang terjadi padanya.

Sayup-sayup telinga Hanna menangkap suara-suara garau silih berganti. Dia bagaikan berada di satu sudut yang sangat sempit.

'Kasi bangun dia sekarang.' Suara itu seperti 500m jauh dari telinga Hanna.

Air sejuk yang memercik di mukanya menyedarkan Hanna. Perlahan-lahan dia buka mata. Samar-samar satu wajah yang amat dikenalinya betul-betul di depannya.

'Aunty..' Hanna menggosok-gosok matanya berulang kali. Memang benar. Meloy.

'Hanna..' Dia memegang bahu Hanna.
'Aunty, siapa dorang ni? Kita di mana?' Hanna kembali sedar. Lelaki-lelaki itu berdiri di setiap sudut bilik dipandang dengan rasa takut. Mereklah yang membawanya kesini. Dia pengsan terkena tamparan lelaki.

Seorang lelaki hanya memandangnya sinis. Mukanya berparut buruk. Asap rokoknya dihembus perlahan-lahan. Dialah yang memberi arahan untuk menangkapnya tadi.
'Aunty, speak something!' Hanna goyang bahu Meloy. Hanna sudah dapat menghidu sesuatu. Meloy dipandang tajam.
'Ini semua salah kau. Kalau kau bagi anti duit, kita tidak akan jadi begini. Ini semua salah kau!' Pipi Hanna ditampar kuat lagi oley Meloy.

Hanna hanya mampu memegang pipinya. Sakit tidak lagi perlu dikatakan. Hanna terpempam. Ternyata itu semua gara-gara Meloy yang celaka. Sanggup dia buat begini gara-gara duit. Memang benar sangkaannya.

Lelaki yang merokok tadi memberi isyarat mata. Kelima-lima lelaki tadi bergegas keluar.

'Meloy!' Dia memanggil Meloy kasar.
'Ya boss!' Cepat2 Meloy datang dekat dengan lelaki itu. Menggigil seluruh badannya. Dia hanya tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.
'Kau dengar sini..' Kepalanya ditarik kasar. 'Ya..ya..boss..saaa..saaya dengar..' Meloy memegang tangan lelaki yang sedang menarik kepalanya kasar. Sakit.
'Kau pastikan anak buah kau tu buat kerja seperti yang aku suruh. Kalau tidak, kau mati.' Meloy ditolak kasar ke arah Hanna. Meloy tersungkur menghempap Hanna.

'Ingat tu! Suruh dia pakai baju tu dan keluar layan pelanggan.' Lelaki itu menujah kepala Meloy sebelum dia keluar.

Pang! Pintu dihempas kuat. Hanna menekup telinganya.

'Aunty, what have you done?' Dia menggoncang-goncang bahu Meloy.

Air mata Hanna mulai merembes. Dia sedar kini dia telah dijual oleh antinya sendiri. Tergamak antinya sendiri buat begini.

'Ini semua salah kau. Kau tau ka tidak? Kalau tidak aku tidak perlu jual kau pada dorang.' Meloy malah memukul Hanna berulang-kali.

God! Apalah malang nasibku. Hanna merintih dalam hati. Tangisannya makin kuat. Wajah mendiang ibu dan bapanya bermain-main di mindanya.

'Mama, papa..' How she wish they are here to save her now. Take her away, very far away from that hell.

'Sudah! Kau jangan nangis lagi. Pakai baju ni. Kalau kau buat kerja bagus-bagus, kau pasti cepat keluar dari sini.' Meloy cuba memujuk Hanna. Tidak semudah kata-kata.

'Sampai hati aunty. Saya tida mau aunty. Kita lari dari sini.' Hanna menggenggam tangan Meloy. Cuba memujuk rayu Meloy supaya mereka melarikan diri dari tempat kotor baginya.
'Tak ada gunanya. Kita takkan dapat lari. Kau jangan cuba-cuba lari. Kau lari bermaksud kau cari mati.' Meloy menepis tangan Hanna.
'Aunty..' Hanna kecewa. Meloy ternyata tidak kisah akan nasibnya. Langsung tiada rasa bersalah dengan perbuataannya.
'Sudah! Pakai baju ni.' Meloy ambil baju yang menyangkut di sudut bilik. Dia lempar saja ke arah Hanna yang diam membisu seribu bahasa.

Dress. Dress yang melekat mengikut bentuk badan penuh dengan blink-blink. Dadanya terdedah luas. Panjangnya separas lutut. The bitch dress!

'Hanna tida mau aunty..' Hanna masih tidak berganjak. Dress itu ditolak ke tepi. Dia masih melukut di sudut bilik. Dia lebih rela mati dari menjual maruahnya. Seluruh tubuhnya lemah dan lesu.

'Hanna! Kau memang degil kan..' Meloy meluru ke arah Hanna.

Rambut Hanna ditarik. Pipi Hanna ditampar lagi. Hanna tidak mampu melawan lagi. Dia biar saja tubuhnya ditampar, dipukul oleh Meloy. Dia tidak berdaya lagi mahu melawan. Tenaganya di tahap kosong.

Puas membelasah Hanna, Meloy keluar. Balik-balik pintu dihempas kuat. Pintu tempat melepas marah yang paling mudah. Hempas saja dengan kuat, tidak akan melawan. Pintu oh pintu!

Hanna merasakan hidupnya tiada makna lagi. Sengsara yang menghimpitnya buat dia rasa lemah. Putus asa untuk terus berjuang. She miss her parents. Hanna menangis lagi dengan rasa sakit yang menyengat seluruh badannya. She was sleeping teary all night along.

The MermaidWhere stories live. Discover now