Hero

353 18 1
                                    

Dia mendongak ke atas langit yang gelap. Hujan yang turun bagaikan anak panah yang berjuta menghujani wajahnya. Hanya beberapa saat saja seluruh wajahnya basah. Dia raup dengan sebelah tangan. Terdetik juga dihatinya kenapa hujan tiba-tiba turun begitu lebat. Seperti DIA sedang menghukum bumi dan isinya dengan bencana alam.

'I hope you get away safely, Hanna.' Bisiknya dalam hati. Kalaulah dia tahu...

Lelaki itu menekup luka dengan tangannya yang masih tidak berhenti memuntahkan darah bercampur air hujan yang deras. Sakitnya mencucuk bagaikan tubuhnya dicucuk seribu jarum. Dia terpaksa berdiri tegak dalam kesakitan. Sekarang dia perlu menghadapi dua orang lelaki yang sasa dalam keadaan yang cedera. Satu sudah tumbang menerima tumbukan padunya yang bervoltan tinggi.

Orang-orang Lark yang mengejarnya masih memakukan pandangan padanya. Bagaikan menunggu lelaki itu bertindak dahulu. Mereka juga berulang kali meraup muka yang dibanjiri hujan.

'Come on man!' Salah seorang daripada mereka memancing gerakan lelaki itu. Senyumannya sinis. Temberang sungguh. Dalam hati, mudah untuknya menewaskan pihak lawan sudah tidak berdaya.

Dia sengaja memberi peluang pada lelaki atas kecederaan yang dialaminya. Dia melompat-lompat kecil sambil mengacukan penumbuknya ke depan dan ke belakang beberapa kali. Gaya seperti peninju yang sedang bertanding merampas gelaran juara.

Keadaan yang tiba-tiba hujan lebat dan berangin menghadkan jarak penglihatan lelaki itu. Hampir-hampir dia tidak mampu menyeimbangkan badannya dengan sakit yang mencucuk. Namun digagahi juga. Dia mengatur gerakan dengan teliti. Actually, he was a master of martial arts. Kali ini dia perlu membuat strategi yang tidak memerlukan dia bertarung dengan kedua-dua lelaki itu serentak. Tapi mengalahkan mereka berdua serentak. The saying quotes said killing two birds with one stone.

'Hiaaaarrrrhhh!' Dia melompat tinggi dan menghayun kakinya sekuat hati kearah lelaki yang sudah mengatur strategi cuba menyerangnya. Seluruh tenaga yang dia ada disatukan dalam tendangannya. Lelaki itu tersungkur jatuh bila tendangan tepat mengenai kepalanya.

'Brurrrrrr!' Darah dan air keluar dari hidung serta mulut lelaki yang terkena tendangan lalu menghempap kawannya yang berada di belakangnya.

Air keruh yang bertakung memercik tinggi bila kedua-dua lelaki itu tersungkur dalam lopak yang dipenuhi air hujan. Kemenangan berpihak pada lelaki itu. Keadaan cuaca yang tidak baik memihak pada dirinya yang masih bermandi darah.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh lelaki itu untuk melarikan diri sebelum geng-geng yang lain datang memberi pertolongan. Dia harus buat sesuatu dengan luka tikaman itu sebelum dia terus bertarung dengan mereka.

Kelebihan mereka adalah jumlah mereka yang ramai, dia hanya boleh bergantung dengan seni mempertahankan dirinya yang sudah di tahap professional. Pasti tiada masalah baginya namun kecederaan yang dialami membataskan pergerakannya. Tambahan lagi hujan, angin, kilat dan guruh silih berganti menyelebungi malam yang gelap.

Dia tercungap-cungap dengan sakit yang menusuk. Tangannya yang memegang luka tikaman sudah dipenuhi darah. Dia menoleh ke arah belakang. Ada beberapa lelaki mulai mengejarnya. Dalam keadaan hujan yang lebat mereka juga tidak putus asa untuk menjejakinya.

Lelaki itu berhenti. Nafasnya turun naik. Tubuhnya mulai lemah. Dia kehilangan terlalu banyak darah. Badannya mulai lesu dan lemas. Rasa sejuk juga mulai menyengat tubuhnya. Darah dan air hujan bercampur masih mengalir deras pada luka tikaman di perutnya. Such a pity.

'Jangan biarkan dia terlepas.' Lark dan geng-gengnya sudah berada dekat dengannya.
'Mana kau mau lari, hah?!' Lark tersenyum jahat. Rambutnya yang basah diraup ke belakang kepala. Dia sudah tidak sabar mahu menerkam musuhnya.

Lelaki itu berundur setapak ke belakang. Dia menoleh ke belakang, tebing tinggi. Kedengaran bunyi ombak yang ganas menghempas batu. Dia tiada pilihan lain. Dia terpaksa bertarung mati-matian dalam keadaannya yang nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa dia akan rebah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Biar putih mata jangan putih tulang. Lelaki itu lebih rela mati bermaruah. He has to.

Prakkk! Kakinya tergelincir. Dia tersilap langkah. Dia gagal mengawal keseimbangan badannya lalu terjatuh melayang ke bawah tebing tinggi.

Lark dan konco-konconya bergegas berlari di hujung tebing. Nampaknya lelaki itu menemui ajal yang sama seperti Hanna.

'Dia pasti mati boss. Luka terkena tikaman itu sudah cukup untuk membunuhnya.' Salah seorang anak buah Lark bersuara.

'Huh! Mari kita pergi.' Lark dan anak-anak buahnya berlalu pergi dari situ.

Mereka yakin lelaki itu pasti mati jatuh ke dalam laut ataupun terhempas di atas batu. Kalau tidak, kehilangan darah yang banyak. Mereka benar-benar percaya pasti kematian memihak padanya.

Hujan masih tidak berhenti. Sesekali kilat dan petir silih berganti. Guruh menjerit lantang dan diam lagi.

'Aaaarrrggghhh!' Lelaki itu cuba berpaut pada tumbuhan-tumbuhan menjalar yang berupa tali atau apa saja yang mampu dicapai oleh tangannya sebelum dia betul-betul terjunam jatuh di dalam gaung.

Dia cuba untuk memanjat naik ke tebing. Kegelapan malam membataskan penglihatannya. Sesekali pegangannya terbabas. Licin akibat air dan lumpur yang bercampur. Sakit akibat tikaman sudah tidak dipedulikan. Misinya hanya satu, mendaki puncak tebing untuk menyelamatkan dirinya.

'Ryotaaa..' Bibirnya terketar-ketar mengucap kata. Dia berharap Ryota mendengar seruannya. Dia berdoa Ryota datang menyelamatkan dirinya pada masa itu. Semoga ada keajaiban yang berlaku pada masa itu.

Tiada orang lain yang dipercayainya selain Ryota dan Martha. Hanya mereka kekuataannya untuk terus hidup selama ini. Dia gagahkan diri untuk memanjat tebing itu biarpun tangannya sudah hampir-hampir berputus asa. Tangannya menggigil lemah. Hujan lebat yang menghentam tubuhnya turut menyusahkan lagi pergerakannya. Biar lambat asal selamat.

Saat tangannya mencapai puncak tebing tinggi, pandangannya yang sudah samar-samar menangkap kasut yang amat dikenalinya. Merah jambu. Dia tersenyum. He knew he was safe. Tangannya yang hampir terlepas ditarik kuat naik ke atas. Selepas itu dia tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Miracle do happen only if you put your trust into it. 100%.

The MermaidWhere stories live. Discover now