Hanna berlari mengikuti langkah lelaki itu. Tangan mereka masih bertaut erat. Dia sendiri tidak pasti kenapa nalurinya setuju menurut kata-kata lelaki itu. Crazy idea. Namun, Hanna sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Dia sudah tidak kisah. Apa jadi, jadilah. Yang penting dia dapat melepaskan diri dari tempat kotor itu.
'Hoiii lepaskan dia!!!' Ada jeritan kuat dari arah belakang. Seems like they have been found. Run and found! Bukan lost and found.
Hanna sudah menjangka pasti mereka tidak akan terlepas begitu mudah. Thats impossible. Maybe this is really impossible. Really impossible.
'Macam mana ni?' Hanna bukan setakat bimbang. Ketakutan sudah menyeluputi seluruh badannya.
'Whats your name?' Ada masa lagi lelaki itu bertanyakan nama Hanna pada saat-saat genting begini. Masa kecederaan.
'Hanna.' Hanna menjawab juga.
'Calm down, Hanna. When I say run, run. Just run away. Dont mind me dont mind anything. Remember!' Lelaki itu memegang kedua-dua bahu Hanna. Hanna memandang lelaki itu dengan bingung tapi akhirnya dia angguk-angguk kepala saja. Tanda tidak faham tapi pura-pura faham.'Now..'
'Dont kiss me. Run!' Lelaki itu menahan bahu Hanna. Hanna keliru. Rupa-rupanya dia salah faham. Dia fikirkan 'now' itu hint untuk dorang 'act accordingly' macam tadi. God! Hanna is so naive and innocent.'Now run!' Lelaki itu mengarahkan Hanna yang masih berdiri kaku, macam patung.
'Thank you.' Suddenly, Hanna walk closer toward him and kissed his lips softly for a second. She smile, so lovely.
'Be safe.' She whispered at his ears again before she turn around and run.
Lelaki itu terpempam. Dia terkedu dengan tindakan Hanna. He wasn't expecting her quick action. The instructions is a plan, the kiss was not. Senyuman dan kucupan lembut Hanna menimbulkan satu perasaan ajaib dalam hatinya. Dia tiba-tiba lupa dia dalam bahaya. Dia tiba-tiba leka.Zup! Ada benda keras yang tajam menusuk di tepi perutnya. Lelaki itu tidak sempat mengelak. Perhatiannya terpesong dengan tindakan Hanna yang diluar jangkaannya. Kelalaiannya membawah padah. Now, his life is really in danger. Half critical condition.
'No!!!' Hanna sempat menjerit bila dia menoleh lelaki itu sudah ditikam oleh salah seorang dari konco-konco Lark. Kalau dia tidak memikirkan kata-kata lelaki itu dia pasti patah balik. Dari jauh, Hanna dapat melihat wajahnya berkerut seribu menahan sakit.
'Just run!' Lelaki itu berkata perlahan. Pasti tidak dapat didengari oleh Hanna tapi yang pastinya Hanna mengerti.
'Damn it!' Lelaki itu cuba berlagak normal dan memberi satu tumbukan padu pada perut lelaki yang menikamnya. Lelaki itu tersungkur seraya menarik keluar pisau yang menikam tepi perut lelaki yang membawa Hanna keluar.
'Arrrrgghh!' Lelaki itu menjerit kesakitan sambil memegang luka tikaman yang mula memuntahkan darah pekat.
Langkah Hanna terhenti. Tidak! Dia menjerit dalam hati. Rasa bersalahnya bertimpa-timpa. Tidak pasal-pasal dia mengorbankan nyawa orang yang tidak dikenalinya. Nama pun dia tidak tahu. Tapi hatinya turut sakit dan sedih. Lelaki itu mungkin akan mati gara-gara dirinya. Dia tidak patut mengheret orang lain dalam masalahnya. Hanna mula dihimpit penyesalan. Dia pasti tidak dapat memaafkan dirinya kalau apa-apa terjadi pada lelaki itu. Dia berjanji dalam diam akan mencari lelaki itu jika dia berjaya melarikan diri. Itu tekadnya.
Dia tahu lelaki itu pasti tengah bergelut dengan anak-anak buah Lark dalam keadaan cedera parah. 3 lawan 1, Hanna berdoa lelaki itu selamat. Baru saja Hanna meneruskan langkahnya, kakinya tersepak batu. Dia jatuh tersadung menyembah bumi.
'Ouch!' Hanna mengerang kesakitan. Fokusnya juga tergganggu bila mendapat tahu lelaki itu cedera ditikam.
'Mana kau mau lari Hanna? Kau bergerak lagi aku tembak kepala kau.' Lark sudah berdiri sambil memandangnya bengis.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Mermaid
Fantasía#19 Highest Rank Hanna Midori gadis berdarah kacukan Jepun satu-satunya puteri tunggal Naritta dan Nobu. Semasa kecil Hanna bertemu ikan duyung yang menamakan dirinya Andromeda Aria sewaktu berkelah di tepi pantai dengan kedua ibu bapanya. Malang ti...