#Queen by Pearl
PART 2
Lepas sembahyang subuh, Marsha bersiap² pergi sekolah. Ada anugerah kecemerlangan sekolah kunun. Awal dia keluar rumah belum lagi keluar matahari, dia sudah pergi jalan kaki. Dia masih lagi sakit hati di suruh kawin,jadi dia nda salam pacik hasan seperti hari sebelum²nya. Padahal pacik hasan sedang sediakan sarapan di dapur.
"uii Mar!! Awal kau o" syamir mengejar dari belakang. Tali leher dan butang baju sekolah belum terpakai rapi. Dorang dua seumuran, satu kelas lagi tu. Syamir pun boleh tahan bijak nya, dia nda mo kalah oleh Marsha. Apa si marsha ada, dia pun mesti ada. Time tingkatan 4,dorang dua tidak masuk aliran yang sama. Tapi syamir merayu supaya boleh satu kelas dengan marsha. Dan diterima masuk, tmpt duduk pun bersebelahan ja, sampai dorang selalu kena ejek "khawin gantung" sbb terlampau rapat. Macam belangkas betul."mestilah awal, semangat bah!! RM50 setiap 1A tuuu. Duit.. Duitt"
"untunglahhh, macam kamuu banyak A" memerli kunu si shamir.
"kau sambung di mana Mir??"
"di mana kau sambung?? Aku ikut ja. Hehe"
"aku nda sambung belajar, bapa ku mau kasi kawin aku sudah"
"KHAWINNNN????? aku belum sedia o, duit pun belum ada, macam mana aku mau piara kau??" syamir panik.
"eleh perasan, bukan sama kau."
"AIK, AKU SUDAH BOOKING KAU DARI KECIK, SIAPA PANDAI² MAU KAWIN SAMA KAU? " tinggi suaranya, kembang kempis hidung.
"si anu, si Zahid anak pacik Jambul"
"HAHAHAHAHAHAHAHA, punya bida muka nya tu macam ikan sumpit,pesan sama bapa nanti buruk muka cucu cicitnya semua kalau kasi kawin sama tu urang. "
"macam saja kau hensom"
"ini syamir lah, hensom, kacak jelita menawan tu semua tidak sesuai untuk aku. "
"jadi apalah konok?? "
"aku ni charming,tengok!!perati muka ku betul²"Yeah, tidak dinafikan syamir memang hensom, ramai murid perempuan obses sama dia ni, muka kpop lah katakan, sudah lah putih, tinggi, bibir pink,wangi lagi tu. Cuma satu ja lah, dia kurus hampir membongkok. Mungkin sebab tinggi 1'7 Kali aa.
Dorang dua jalan kaki ja pergi sekolah, sementara pacik hasan sudah pun selesai goreng mee dan hidang di atas meja. Lepas tu dia pergi ke bilik dan ketuk pintu Marsha.Knock knockk!!!
"nak, nanti kalau sudah siap, makan sarapan ya. Bapak tunggu di meja makan"Pacik hasan masuk bilik dia, bukak almari dan ambik kotak besi saiz A4.(begitulah lebar nya aa.)
Dalam box tu ada banyak barang kenangan. Ada beberapa keping gambar, cincin juga buku akaun asb atas nama MARSHA BINTI DANIAL.lepas belek² buku akaun tu, pacik hasan ambik sekeping gambar, gambar nya dengan Danial bapanya Marsha.
"kawan, marsha sudah besar, aku ndatau mau buat apa sudah. Biasanya arwah isteri ku yang buat keputusan. Betul ka keputusan ku kasi kawin dia tu a? Kau rasa macam mana? Dia mau sambung belajar, tapi aku takut nanti dia hanyut. Tapi ni duit semua kami simpan khas untuk dia juga. Aku binggung sekarang ni."
Air matanya mengalir dan menitis ke gambar lama tu.
Pacik hasan tutup box, tapi bawa tu gambar dengan akaun bank duduk di meja dapur, dia masih menunggu marsha untuk keluar. Keadaan di luar rumah sudah terang, cahaya matahari sudah mulai menyinari alam. Tapi marsha belum keluar, ya lah dia sudah sampai di sekolah kali. Tapi pacik hasan masih menunggu. Duduk dengan sabar, sambil berzikir.Sementara tu di sekolah pula. Marsha bergurau dengan kawan² lepasan SPM dia.
"kau sambung study di mana lepas ni mar?? " salah satu kawan dia tanya.
Tapi marsha tidak jawab, dia senyum saja.
"si marsha ni nda study,dia mau kawin!! HAHAHAHA" tiba² syamir menyampuk. Nah si marsha marah lah kn, kenapa juga mau kasitau orang begitu? Bikin malu ja, dia kejar syamir mau pukul tapi laju betul dia lari. Si marsha berhenti ngam² di taman science.berdiri dia situ berabis tarik nafas.
Cikgu Azlan yg nampak dan dengar situasi tu datang ke arah taman sains dan duduk di kerusi.
"mar, mari sini." sambil lambai tangan nya. Si marsha pun berdiri di depan cikgu.
"ya, ada apa cikgu? "
"betul ka kau mau kawin??"
"ya cikgu,bapak saya suruh saya kawin ja"
"alah, sayang lah. Dengan result begitu kau boleh sambung dimana ja kau suka tau"Marsha tunduk ja,perhati kasut cikgu. Dia pun sebenarnya mau juga merasa masuk U. Tapi pacik hasan mau kasi kawin dia. Apa bulih buat?kawin sajalah.
"Marsha, kau ok ka ni? "
"saya tidak tau cikgu"
"erm, nanti habis majlis anugerah tu kamu ikut cikgu k, saya mahu bincang dengan bapa kamu pasal ni"
"boleh ka cikgu?? Tidak menyusahkan? "
"boleh, kita cuba pujuk dia dulu. Kalau dia tidak makan pujuk, sekurang2 nya kita sudah cuba kan? "
"baiklah cikgu"
"ok, sekarang pergilah, majlis mau mula sudah tu."Marsha pergi kearah dewan,kawan² nya masih berdiri menunggu dia di depan pintu.
***********************pacik hasan tengok jam di dinding sudah jam 8.30am. Dalam fikirannya si Marsha masih tidur ni, dia terlupa yg dia perlu pergi sekolah. Jadi pacik hasan perlahan² bergerak melangkah kearah bilik Marsha. Ditangannya ada akaun bank juga gambar nya dengan Danial.
Knock!!! Pacik ketuk sekali ja, dia kelihatan lemah pucat dan bongkok sedikit.
"anak, bangun lah. Aku ada mau kasi ni"
Tapi tiada respon, dia buka pintu. Dia tarik Nafasnya panjang lepas nampak bilik kosong. Dia melangkah masuk dan duduk di atas katil usang milik Marsha.FLASHBACK
"tolong jaga anak aku ini hasan"
"ya tuhan, apa sudah jadi ni?"
" Isteri aku... Isteri aku.. Iskk iskk... "Danial menangis tidak sampai hati teruskan kata. Pacik Hasan dan macik alia sangat kesian melihat Danial dtg keadaan mencurigakan. Luka2 kecil dibadannya ntah datang dari mana saja.
"marilah anak mu tu, biar aku piara, tapi sementara ja ya. Nanti lepas aku bersalin, kau mesti datang ambik balik" debilang.
"terima kasih Alia, aku janji aku datang ambik balik"Kata janji danial tinggal kenangan. Dia tidak datang balik pun. Malah lesap, cerita pasal dia pun hilang.
Danial asal dari belanda, seorang backpacker yang selalu menghinap di rumah tumpangan hujung kampung. Dia selalu datang rumah pacik hasan, lepas berkahwin dengan Junaidah pun dia masih lagi selalu menolong pacik hasan menumbak.FLASHBACK END
"aku minta maaf nak, mungkin aku nda sempat bagi kau ini"
Pacik ampai buku akaun sama gambar di tepi bantal. Lepas tu dia berjalan perlahan² ke bilik nya. Sebelum dia baring, dia pakai selimut siap² menutup kakinya sampai ke pinggang.lepas dia baring,dia susun kedua2 tangannya di atas perut.
Dia sudah sedia untuk "pergi",dia sudah merasa ajalnya akan datang menjemput. Mulutnya tidak habis2 berzikir berselang mengucap.
Hatinya tenang sudah, dia izinkan Marsha pergi sambung belajar didalam hati."nanti tunggu aku di pintu syurga ya nak, aku minta maaf sebab selalu biarkan kau sensara. Aku minta maaf sebab tidak berani melindungi mu. Semoga kau sentiasa dilindungi tuhan. Aminn"
Dia berdoa lembut, dan di akhiri dengan ucapan khalimah syahadah.
3x hembusan nafas terakhir. Pacik hasan meninggal dirumahnya,tiada siapa yang tahu.
YOU ARE READING
Queen
HorrorAmaran, cerita ni saya tulis tidak bertapis. Perjalanan seorang penanggal,yang tidak seram TAPI.. Penanggal yang struggle untuk tetap hidup semasa dia mengandung. Enjoy your stay. 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞