PART 8

350 12 0
                                    

#Queen by Pearl

PART 8

"sayang" suara syamir kedengaran.
Marsha mulanya tidak begitu peduli, dia masih menikmati pemandangan diluar hotel. Bilik nya terletak di tingkat yg agak tinggi, so pemandangan memang menarik. Lepas tu dia dengar lagi suara memanggil namanya.

"marsha, apa semua ni? " syamir bilang. Dia melutut di tengah ruangan bilik.
Melihat kehadiran syamir buat marsha jadi benggang.
"aduh, lelaki ni nda habis2 bah!! Dalam mimpi pun mau kejar² aku juga." dalam hatinya.

Lepas tu Dia bergerak kearah syamir, dia cuba untuk bercakap tapi suaranya tidak terkeluar. So dia menggangap yg dia sedang bermimpi aneh. Kenapa penglihatan dia begitu tinggi? Seingat dia, dia tidak setinggi tu. Tapi marsha tetap tenang. Sebab dalam mimpi tiada yang mustahil. Itulah yang difikirnya.

Marsha sebenarnya rasa bersalah melayan syamir begitu kasar, dia sangat syg dgn syamir ni. Sudahlah baik, rajin, pandai masak dan layan dia macam permaisuri ja. Memang suami idaman lah.
Lepas berkahwin, Marsha jadi panas baran tiba²,dan nafsu dia pun semua nya naik, daripada nafsu cari duit, kerja, shopping, melaram dan yg ehem pun sama. Meningkat secara drastik. Dia sedar kalau dia selalu menyusahkan syamir, tapi dia tidak boleh kontrol. Macam ada sesuatu yg kawal perasaan dia.
Lepas dia berpusing² dalam bilik, dia tengok jam di dinding pun sudah jam 4am.  Marsha rasa penat betul.
Jadi dia tutup mata,masih lagi terbang² mengelilingi bilik.

Sementara syamir duduk bersila dan berzikir. Sesekali tu dia buka mata, tengok dimana sudah kepala marsha, masih dalam bilik ka.??
Yeah, nasib baik ia masih dalam bilik lagi, tapi semakin rendah dan mendekati badan nya sendiri. Mata marsha tertutup. Organ dalamannya bergerak² dan memasuki badan marsha. Macam ja tu organ ada mata bah, pandai betul cari laluan masuk dari leher Marsha.
Syamir terkejut tengok situasi tu,dia ambik gambar Marsha guna telefon bimbit nya.sambil tertanya² lagi Kenapa begini?  Syamir pernah dengar juga, biasanya penanggal akan rendam isi perutnya di tempayan cuka supaya ia kecut dan memudahkan proses pencantuman.
Berbeza dgn marsha, sangat lain.
Proses pencantuman mengambil masa yg agak lama,mungkin sebab laluan sempit.
Dan Setelah semua organ dalaman marsha masuk kedalam badan,marsha tertidur disitu,diatas lantai. Syamir yg jelas ketakutan cuba kasi berani diri. Nasib baik dia saturang ja yg melihat. Cuba kalau orang lain? Mesti marsha sudah kena bunuh. Klu tidak pun badan dia di ambik dan dibakar.

Lepas pastikan marsha betul² tidur dan kepala tidak tercabut lagi, Syamir menarik nafas lega sekurang2nya isterinya tidak nampak mengerikan lagi. Jadi dia angkat marsha dan ampai di tilam perlahan² untuk biar dia berehat.
Dia duduk ja dikerusi menunggu sehingga marsha terbangun.

6am.

Marsha terjaga sbb perut yang sangat lapar.dia duduk dan mengosok2 matanya. Dan melihat syamir, buat marsha hilang mood. Syamir masih duduk di kerusi memerhati marsha yg baru bangun.

"kau buat apa sini?? " nada menyampah sambil tengok syamir.
"sayang,mari kita sarapan. Syg mesti lapar kan?
Syamir cuba berbaik dengan marsha. Mungkin dia takut kena makan kali. Tu lah baik. Kan? 😬

Marsha pada mulanya mahu jual mahal, tapi perutnya betul² lapar, macam boleh makan kuda sudah tu kelaparan dia.
Tanpa sepatah kata, dia tarik ja tangan syamir, bawa keluar dari bilik, nda cuci muka lagi tu. Haha.

Lepas checkout hotel, syamir bawa Marsha pergi kedai mamak, sebab marsha mau makan murtabak kunun. Sampai ja di restoran, bukan ja murtabak dia oder. Segala2 nya dia mau makan. Dan makanan yg terhidang kalau dikira memang untuk 6 orang punya. Marsha ni selim, dimana dia simpan tu makanan semua aa? Mungkin penanggal punya kadar metabolism sangat tinggi. Ya lah kan, daging mentah pun hanya tahan semalaman. Apatahlagi makanan yang sudah masak kan? Selesai dia makan, syamir bawa marsha balik. Tanpa kata, tanpa reaksi. Dia atur ja bini kesayangan nya tu.

QueenWhere stories live. Discover now