#Queen By Pearl
PART 12 SEMI FINAL.
Marsha menyandar di pintu, dia putus asa. Dia perhati orang tua sedang duduk sambil menyandar di dinding. Terketar2 tangannya.
"uncle,apa maksud si bangsat tadi tu?anak beranak? Kau bapaku ka? Si Danial."
Tapi tu pacik tengok lantai ja, dia menarik nafas dari mulut.saat dia menelan liur kelihatan perit. Kering sangat tekak dia.
Dia nda jawab soalan si Marsha,dia hanya sekadar angguk ja.Perasaan marsha macam apa ja. Bercampur baur. Dulu masa dia kecik² dia teringin mau peluk ibubapanya.
Tapi lepas dia tahu asal usulnya dan dia terpaksa jadi penanggal.
Perasaan sayang tu bertukar benci,benci yang membusuk sebusuk hati yang mereput.
Marsha masih menyandar,melangui ku atas sambil tutup mata.dia tidak tahu mahu buat apa sudah. Lama dia berfikir."kalau pintu tidak boleh buka,baik buka benda lain"
Pacik Danial hanya melihat si marsha yg tiba2 duduk dilantai dan cuba menolak kepalanya ke atas.
"kenapa kamu pilih untuk jadi benda ni?" debilang,wajahnya jelas ketakutan dan terkejut.pacik Danial undur ke belakang,dia duduk di penjuru sudah.
"kau cakap apa tadi? Pilih?" si marsha berdiri,dan mendekati pacik danial.
"kenapa kau menjauh?kau takut? Takut mati? Jangan risau,aku tidak akan makan makhluk paling menjijikkan dimuka bumi ni"Si Danial,menghembus nafas lega,lepas dengar kata2 marsha.ya lah,Junaidah selalu mengugut untuk memakannya. Walaupun dia teringin mati,tapi bukan begitu caranya.kadang2 dia minta bunuh sebab dia sudah tidak tahan dikasi takut².itu sangat seksa.
Menyeksa jiwa sanubari.aiseh.madah betul.Si Danial duduk menyandar dinding,dia melihat kearah Marsha.
"aku tidak tahu nak,aku minta maaf.."
"apa yang kau tidak tahu aa orang tua?"
"aku tidak sanggup,aku tidak tahu macam mana mau cakap,aku tidak sangka kita akan berjumpa dalam keadaan begini. Aku gembira tapi dalam masa yang sama,aku sedih melihat kau masih hidup"Mata Marsha berair,dia berdiri dengan pantas dannnn mendekati pacik danial.
Bannmmmmm!!!!!!!!!
Tumbukan padu ke dinding,ngam2 di sebelah telinga pacik danial.marsha sangat marah,riak muka nya sangat ganas,macam dia mau koyak2 ja bapanya tu.
"KALAU KAU SEDIH.!!KENAPA DULU KAU TIDAK BUNUH SAJA AKU!!!??????"
pacik danial alihan pandangan,dia tengok ketepi. Menangis sudah tu beliau.
"JAWAB LAH ORANG TUA!!! KENAPA TIDAK BUNUH AKU SAJA?"
Bibir Marsha bergegar,dia menahan diri daripada termenangis di situ.sakit betul hatinya.
Sambil tutup mata,pacik danial menjawab."sebelum aku jawab,kau boleh buat benda yang sama pada anak kau?"
Lepas tu Pacik danial buka mata dan tengok lantai, marsha terdiam. Hati nya serta merta sakit. Jiwanya Menjerit Anak ku.. Anak ku..!!!
***************
Jam demi jam berlalu pergi.
Marsha intai keluar tingkap,macam pagi sudah..
lama juga dia terkurung di situ.
Pacik tu tidur sudah,kesejukan lagi,ndada selimut.kenapalah si junaidah tidak bunuh ja si danial ni. Kesian betul. Tapak kakinya putih sudah.
Si marsha masih lagi berdiri di tepi tingkap.
Tiba2 dia dengar bunyi kunci pintu di buka..
Pelan2 dia melangkah dan dia berdiri di depan pintu,bersedia untuk keluar menerpa apa saja di didepannya.Jantungnya dup dapp dup dapp,jelas kedengaran bersama setiap nafas yang dihela.dia sangat bersedia untuk keluar dari situ.
Cahaya dari ruangtamu memasuki ruang bilik,Junaidah yang sudah berbaju menolak daun pintu kedalam bilik,sambil tersenyum sinis.
Dia tidak menduga Marsha sudah bersedia menyerangnya.
YOU ARE READING
Queen
HorrorAmaran, cerita ni saya tulis tidak bertapis. Perjalanan seorang penanggal,yang tidak seram TAPI.. Penanggal yang struggle untuk tetap hidup semasa dia mengandung. Enjoy your stay. 🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞