PART 7

320 12 0
                                    

#Queen by Pearl

PART 7

marsha pergi kerja, kasi tinggal syamir yang tertanya² siapakah Juan ni?  Tapi perihal Juan tidak cukup menganggu fikiran nya. Dia sangat keliru sekarang. Dia sedih tengok keadaan Marsha, dia tidak mahu akun yg marsha sebenarnyaa.. Oh tidak. No no no no.  Mana mungkin. Semua ni tidak mungkin.

Syamir cuba jalani rutin harian dia seperti biasa, kemas rumah, basuh baju, sapu dan mop lantai. Selesai semua nya, dia duduk sarapan lewat pagi di dapur.

Tengok jam 11.48am sudah. Dia perhati sekeliling rumah. Lepas tu dia tutup semua tingkap dan masuk ke bilik. Syamir ambik beg, dia isi barang keperluan dia. Lepas tu off semua suis, kecuali peti ais.
Syamir ambik keputusan untuk balik ke kampung.

"tidak apa ka ni aa aku nda kasitau dia? Erm nanti sampai di kampung baru call lah"

Syamir drive sendiri.
Semakin dia cuba lupakan peristiwa semalam, semakin kuat bayangan difikirannya. Dia teringin mo tanya marsha, tapi hatinya tidak sanggup. Dia ambik phone, Banyak kali dia taip, tapi tidak send. Padam, taip, padam, taip balik. Begitu lah kejadian nya..tiba² wasap dari marsha masuk.

"abang!!! Aku ada berita gembira ni."
"berita apa tu? "

Syamir cuba act natural. Macam tiada apa benda pun. Dia balas wasap Dr marsha.

"nda lama nanti abang jadi bapa sudah.muahh!! Ni malam nda payah masak aa, kita makan di luar."

Terbeliak mata syamir baca tu. Dia terus parking tepi jalan.
Jantungnya berdetak kuat sampai dia boleh dengar sendiri. Happy betul ni, sampai perihal yg menakutkan dia lupa. Untuk seketika lah.
Dia nda teruskan perjalanan balik ke kampung, dia patah balik ke rumah marsha.

***************************
2minggu berlalu, marsha mulai mabuk bunting. Selalu mengidam yang bukan² majoriti memang mengelikan. Dia selalu teringin mau makan organ dalaman. Tapi syamir tidak kasi pun.

"aku mahu tu bah tolonglah"
"tidak boleh!! Nda bagus untuk bayi"
"mana tahu tidak bagus? Dia yang mahu makan ni."
"boleh tu boleh, tapi yang mentah? Aduh sayang ni"
"please abang!! "
"tidak boleh!! " syamir tarik tangan Marsha, cuba bawa dia pergi bahagian lain.

Syamir berkeras untuk tidak kasi marsha makan yang bukan²..kali ni dia tunjuk kuasa veto dia sebagai suami. Dia tidak menurut 1 pun cakap Marsha.
Itu buat marsha tercabar, sakit hatinya. Syamir yang sweet dan menurut keinginannya jadi sangat menjengkelkan.

"pergi lah kau balik kampung!! Aku boleh juga jaga diri!! "marsha teriak.
Ramai orang perhati dorang dua yg berdiri di bahagian bahan segar di supermarket.

"kau ni kan, nda sedar ka aku yg tanggung makan minum kau? Ada hati mau larang² aku makan!!! "
Nada suara Marsha tinggi betul. Dia macam mau kasi malu syamir.

"shhhh, janganlah cakap kuat2"
"apa??? Nah takutlah tu kedapatan nda kerja, aku yg bunting ni tanggung kau o. Nda pandai malu. Sedar lah sikit bah!! "

Marsha kasi tinggal syamir yg berdiri kaku di situ. Lepas tu dia toleh belakang, tengok syamir.

"apa lagi kau berdiri sana?? Jom lah balik kalau aku nda boleh makan tu pakai duit ku sendiri!! Bodoh punya laki!! "
Syamir betul2 nda boleh angkat muka, semua orang tengok kearah nya. Tidak kurang juga ada yang berbisik2 seperti memandang nya serong. Dia melangkah perlahan² keluar dari supermarket.

Sampai dalam kereta dia diam ja, drive dengan cermat.
"kau nda boleh lebih lambat dari ini ka??"
"sayang... Dengar aku dulu.. "
"apa?? Dengar apa???? Menyesal aku larang kau tu hari. Kau balik ja lah ya aku malas tengok muka mu!! "

QueenWhere stories live. Discover now