PART 5

356 15 0
                                    

#Queen by Pearl

PART 5

Marsha kasi bersih singki, lepastu siang ikan dan potong² ayam. Lalu simpan dalam kontena aiskrim dan susun didalam aisbox. Begitu juga dengan sayur, semuanya tersusun didalam peti sejuk.
Selesai didapur, dia pergi baring2 disofa sambil makan. Tv masih lagi hidup. Dia cek phonenya, skroll facebook,like like, komen komen, Skroll punya skroll tiba2 nampak iklan rumah untuk disewakan. Sangat familiar, cuma cat rumah tu berbeza. Si marsha stalk profil tuan punya post.

"Imran the Kpop Boy"
DP pun stail korea² lagi,
Betul² oppa lah ni imran. Haha

Banyak gambar yang dia upload, ada 1 gambar kelihatan seseorang yg sangat menyenangkan. Seseorang yg dirindui. Syamir sedang duduk sambil merokok,mendongak ke langit.

"Mir, dari dulu sampai sekarang hobi kau tetap sama kan. Langit ja lah"

Marsha save tu gambar, siap crop lagi bikin wallpaper screen dia.
Lepas tu dia ambik no phone dan terus wasap.

"hai, rumah tu masih available? " dihantar bersama screenshot iklan imran.
Tidak lama lepas tu panggilan masuk, imran call?  Erm..
Awalnya Marsha tidak angkat.dia ragu² mo jawab. Orang kampung dia kn.
Sebenarnya dia tidak mahu pun sewa rumah tu. Dia cuma mau tahu kenapa rumah tu disewakan. Bapak dia tinggal di mana klu rumah tu dikasi sewa?
Sampai 4x sudah panggilan masuk. Marsha angkat sajalah, pura2 tida kenal.

"hello" Marsha bilang..Tapi tidak berbalas,tiada suara.
"hai encik,rumah??" debilang lagi.
"Mar?? "

Gulp!!! Suara Syamir kedengaran. Ternyata tu no phone syamir bukanlah imran.

"Mar?? Encik cari siapa? Sy mahu tahu pasal rumah"
"Marsha binti Danial, cantik sudah kau sekarang kan? "

Marsha malaslah tarik tali, dia kasi iya sajalah dalam hati. Nda payahlah pura².

"yaa,aku dari dulu memang cantik. Tapi macam mana kau tau ni aku? "
"urmm, DP wasap kau tida private pun.aku kenal lah"
"oh ok" tu ja dia cakap.

Tuut tuutt tuuuttt.. Marsha putuskan panggilan.
Syamir hepi betul, bahagia betul dia rasa. Akhirnya dia dengar suara yang paling dia rindu.
Terus dia buang rokok dengan lighter. Sebab time dorang sekolah, dia sudah janji dia tidak merokok, dia mahu jaga paru² dia, supaya dia boleh hidup lebih lama bersama marsha.

**********************

Selesai solat ishaa' syamir sambung mengajar mengaji. Dia bersama imam kampung mengajar budak² mengaji setiap malam. Berbeza dengan malam² sebelumnya, malam ni dia sangat lembut dan banyak senyum. Anak² murid pun hairan. Apa jadi dengan abg syamir kesayangan dorang tu. Biasanya garang semacam. Banyak merokok daripada duduk mengajar. Dan pengajian berlanjutan sampai 2jam.

"abang, mau jam 10 suda ni. Mau tertidur sudah kami. Bila kami bulih balik? "
Saturang budak bambam dan berkulit gelap merungut sambil belek² muqaddam dia.
Budak² Yang lain mengiyakan juga. Dorang sudah keletihan. Ada yang tertidur sudah. Syamir melihat anak2 muridnya. Sambil tersenyum.

"baiklah, sampai sini saja ni malam. Esok kita sambung lagi ya kamurang boleh balik"
"terima kasih abang" satu² salam cium tangan syamir. Lepas semua budak² tu balik, imam Adnan pegang bahu syamir dari belakang.

"Mir..."
"ya pak imam"
"malam ni kamu nampak lain"
"lain ka? Biasa ja pun. Hehe" tersengih² dia.
"ya, malam ni kamu nampak gembira, ada apa² ka yang kamu sembunyikan? "
"urmmm, sebenarnya tadi sebelum magrib, aku jumpa Marsha tanpa sengaja"
"jumpa? Jumpa di mana? " kehairanan imam adnan.
"eh, maksud aku, anu bah. Aku dengan imran buat iklan difacebook mahu sewakan rumah arwah pacik hasan. Mungkin Marsha nampak iklan tu, dia hubungi aku tadi"

QueenWhere stories live. Discover now