PART 13

444 16 1
                                    

#Queen By Pearl

PART 13 FINAL

Marsha terkejut sama mendengar bunyi tembakan dibalik langsir,air matanya mengalir laju sambil mengintai bayinya menangis ketakutan.
Pacik Danial juga kelihatan seperti tidak bermaya,dia tidak larat lagi mahu memujuk baby.

Marsha mahu keluar dari langsir,tapi pintu tiba² dibuka.si azlan kelam kabut angkat baby dan pujuk. Mukanya sangat serius,sambil² tu dia cek kalau² bayi tercedera,mata marsha pun tengok setiap selakan kain baju baby,syukurlah baby dalam keadaan baik.

Lepas si azlan bawa baby keluar dari bilik tu,polis pertama masuk dan cek keadaan pacik danial.dia masih hidup,mungkin terlalu penat sehingga nampak macam seorang yg nazak.
Erm,betulkah dia sekadar penat? Kita tidak tahu lagi.
Setelah ambulans tiba,dan pacik danial dibawa pergi bersama macik andak juga mayat junaidah. Tinggal marsha sendiri masih bersembunyi dibalik langsir.

Dia sangat tertekan,dimana dia mahu pergi lepas ni? Terlalu banyak yang dia fikirkan sehingga dia tidak sedar yang dia perlu makan.

Tengok jam di dinding,masih lagi tengah hari. Dia terpaksa menunggu disitu,paling awal pun lepas asar baru dia boleh keluar.

"sekarang bukan masa untuk salahkan diri atau orang lain Mar,kau mesti kuat.berjanjilah yang kau tidak akan makan manusia atau sesuatu milik mereka"

Marsha cakap dengan diri sendiri.sebab dalam waktu sukar begini,tiada masa untuk menyesali dan menyalahkan orang lain. Dia perlu teruskan hidup.dia perlu terima kenyataan yang dia seorang penanggal yg tidak mempunyai badan.dia sudah tidak boleh hidup sebagai manusia normal.
Organ dalamannya mulai kering dan pedih akibat terdedah dgn udara. Dia mulai tidak selesa,cuaca yang panas sangat² menyiksa fizikal dan mentalnya.
Tapi dia tiada pilihan lain selain menunggu...

***********************

6jam berlalu,macik andak sudah sedarkan diri. Badannya yang lemah tiba2 bertenaga melihat bayi dalam pelukan azlan.
Macik andak ambik baby,baby yang sangat comel.

"berapa bacaan kuning dia?"
"tadi saya cek,97 ja tinggal.lepas ni tidak perlu cek kuning lagi"
"baguslah,marilah kita pulang.nanti ayah kamu risau pula"
"baiklah mak,erm...saya hantar mama pergi kreta dulu ya"

Azlan urus procedure keluar hospital macik andak dan pacik danial.
Selesai tu,azlan papah pacik danial masuk dalam kereta.

Macik andak macam mahu pengsan balik,lepas nampak pacik danial duduk di sebelahnya.sangat kurus dan keding kering kontang betul orang tua ni.

Macik andak tengok banyak parut di kulit tua pacik danial.hatinya sayuu.tapi dia buat2 kuat ja.dia nda mau menangis dalam kereta. Pacik danial menyandar di pintu kereta.sepanjang jalan dia termenung.
Sampai di halaman rumah Azlan.
Macik andak turun dari kereta,dia di sambut oleh imam.

Si azlan pula pergi buka pintu penumpang tempat pacik danial duduk.tapi pacik danial macam tidak mahu turun walaupun azlan cuba papah dia.

"anak,tahu dimana tempat abang ahmad?"

Garuk kepala ba si azlan.

"pacik mahu pergi rumah diorang ataupun kuburan diorang?"

Senyum ja pacik danial,dia mahu pergi kuburan.waktu malam begini. Azlan bawa ja,ya lah permintaan orang tua kan.orang tua ni sensetep.permintaan dorang mesti dipandang serius,sebab kalau dorang merajuk.payah mo pujuk ohh.

********************

Keadaan kuburan yang samar²..
Hanya disinari cahaya daripada lampu dipondok tengah² tanah pekuburan.
Pacik danial melangkah berhati2. Selipar jepunnya berbunyi² melastik di tapak kaki,pasir2 beterbangan dan melekat di seluar panjang warna hitamnya.
Dia berhenti di depan sepasang kubur, kuburan pacik ahmad dan macik alia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

QueenWhere stories live. Discover now