Part 3

388 11 0
                                    

#Queen by pearl

PART 3

kereta cikgu azlan berhenti di depan rumah. Marsha turun di ikuti dengan cikgu dari belakang. Pintu rumah terbuka luas.

"asalamualaikum, aku sudah pulang. Pak oh pak"
Marsha masuk ke ruang tamu. Sambil tengok sekitar rumah kalau2 ada nampak pacik hasan. Tapi tiada orang. Cikgu azlan tengok ja dari pintu.

"bapa kau tiada di rumah agaknya."
"yaa, nanti la esok cikgu datang lagi ya. " debilang.
Cikgu azlan tercengang.

"jadi saya kena balik lah ni? "
"ya lah, cikgu mahu tunggu?" marsha kasi keluar kepalanya sambil tengok rumah² jiran nya dari pintu.
"baiklah, saya balik ya. Esok saya datang."
Marsha tengok ja kereta cikgu azlan keluar dari kawasan kejiranan.

"heyy orang tua ni pun satu hal, biasa time begini dia pulang sudah ni.ntah pigi mana lagi dia mengayau." merungut lg dia sendiri.

Dia pergi dapur masak untuk tengah hari tapi tidak masak banyak, cukup untuk dua orang ja. Selesai dia masak, dia tidak makan lagi. Dia tunggu pacik hasan tapi tiada juga balik. Jadi dia masuk dalam bilik lah, beguling2 di tilam yang nda berapa mau luas tu. Tilam single kan. Oleh sebab gundah, bergerak sana sini Tu buku akaun dan gambar bapanya si danial termasuk pula di bawah bantal. Sambil² dia tengok ceiling biliknya yang hampir mereput oleh air hujan dia berhayal.

"Kalau aku kawin nanti aku tinggal di sana, mesti hidup lebih teruk dari sekarang. Manada orang mau kasi belajar bini dia, gila juga kan? Aduh, kenapa la bapa bebuduh buat keputusan begitu. Babi betul orang tua ni bah!! Ndalah mau kasi peluang orang tengok dunia luar, mau juga kali kasi ikut² keturunan dorang kawin awal, jadi katak bawah tempurung.!! Gila betul.!! Buduh bahh!!  Ehhh daripada fikir benda bikin panas!!  Bagus aku tidur!!"
Lama juga si Marsha tidur, dari tengah hari sampai jam 8 malam. Tiba² dia terbangun sebab anjing menggonggong di bawah kolong.

"adeh, jam berapa sudah ni?"
Dia tengok jam dinding tunjuk 8.05 sudah. Tengok tingkap pun gelap sudah di luar,suara budak² baru balik dari mengaji di luar pun kedengaran lagi. Ada yang menghalau anjing, bunyi selipar jepun melastik di tapak kaki pun kedengaran. Marsha urut batang hidung nya yang mancung.

"lama juga aku tidur, nasib baiklah tadi pagi aku period. Dapat juga cuti sembahyang.aduhh lemasnyaaaaa"

Dia bangun, terus pergi ke dapur, mata nya belum lagi terbuka luas.
Tengok meja, tudung saji masih di situ, dia fikir pacik hasan sudah makan la tu. Perutnya pun lapar sudah dari pagi manada sarapan. Tapi kebiasaannya dia mandi dulu baru makan, jadi dia pergi mandi dulu.

Dalam bilik air pun menghayal. Mo 15 minit baru dia gayung air dalam besen dan bersiram. Mengantuk lagi tu mandi malam. Sudahlah ndada heater. Gila sejuk nya. Selesai dia mandi terus masuk dalam bilik. Cek beg sekolahnya cari sampul yang dia dapat semasa anugerah kecemerlangan tadi siang.

"wahh boleh tahan kalau begini banyak, nda sia2 aku nda cukup tidur gara2 belajar dulu"

Dia bercakap sendiri sambil kira duit saguhati dari dalam sampul. Ada RM500 semuanya. Lumayan betul dia kan.
Dia letak duit dalam dompetnya, lepas tu dia pergi dapur. Duduk depan tudung saji.
Terkejut juga dia nampak makanan tidak terusik.

"Dia tida makan ka apa? Atau dia makan di luar? Atau dia belum balik? Ahh lantaklah, bagus aku makan. Peduli lah kau kalau nda mau makan situ. "

Marsha makan banyak2 sebab dia ada plan mau buat. Lepas dia makan, dia masuk bilik. Ambik bahai plastik, lepas tu isi baju² nya yang paling bagus. Ada 2 pasang ja sekali yang di dalam² tu. Sabun, berus gigi juga shampoo pun dia bungkus dalam plastik. Lepas tu simpan dalam bahai bajunya. Semua settle, tinggal ic nya lagi mau ambik.

QueenWhere stories live. Discover now