Tetapi eraku di medan perang sudah tamat.Aku memulakan hidup baru bersama isteri ku dan anak ku.Isteri ku berumur 29 tahun dan dia adalah mangsa peperangan di medan perang.Anak ku pula berumur 12 tahun dia sudah pandai berbicara,berfikir,mengira dan juga seni pertahan diri yang diajar oleh ku.Maklumlah di dalam dunia yang sebegini kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dan aku juga mengajar dia untuk solat dan membaca Al Quran kerana Allah itu adalah Maha Besar ,tiada siapa yang mampu menyelamatkan kita melainkan Allah.
Nama isteri ku ialah Nur Fatihah,anak ku pula Abdul Razak dan aku pula Azrizal. Aku memeluk Islam pada umur 15 tahun dimana peperangan paling sengit berlaku di dalam sejarah dunia.Ditengah medan perang dimana 10 000 angkatan tentera kedua belah pihak berperang, ada seorang tua yang memakai seperti pengembara terjebak di dalam peperangan . Aku pergi untuk menyelamatkan si tua itu tetapi aku terhenti daripada berlari dan dilihat oleh ku tiada satu anak panah pun yang terkena pada tubuh nya dan dia adalah guruku.Orang yang mengajar ku erti kehidupan dan apa itu Islam yang sebenar-benarnya.
YOU ARE READING
Kerana Aku
Short StoryAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.