Kerana Aku Seorang Ibu-final

7 1 0
                                    

Aku dan anak ku berlari ke arah kawasan selamat bersama orang kampung. Kami berkumpul di kawasan lembah dimana tempat kami menyimpan segala bekalan untuk situasi kecemasan. Aku dan Razak berdiri di luar sebuah bangsal dimana orang-orang kampung bersembunyi. Aku hanya berdoa kepada Allah agar semuanya akan berakhir dengan selamat. Dengan tiba-tiba bumi bergegar seketika dan kelihatan letupan yang besar dari kampung. Asap hitam yang besar kelihatan di langit. Hati aku mulai risau dan takut tetapi aku tetap berdiri dan lindungi orang-orang kampung. Kemudiannya bumi bergegar sekali lagi, kemudiannya ia berbunyi lagi dan lagi. Bunyinya mula berubah seperti bunyi tapak kaki yang mara ke arah kami.

Aku dan Razak sudah bersedia hadapi apa sahaja makhluk yang mendatang. Pedang di tarik keluar dan hati mulai menggengam rasa untuk bertarung. Aku dan Razak terkejut apabila melihat makhluk gergasi seperti manusia yang memakai perisai di tubuhnya dan memegang pedang yang besar. Apabila ia melihat kami berdua , gergasi tersebut mula menjerit dengan begitu kuat. Jeritan sang gergasi bergema di udara. Aku dan Razak mara untuk menyerang, kami menyerang secepat yang mungkin supaya kami boleh bawanya pergi jauh dari tempat orang kampung bersembunyi. Razak melompat dan menetak pedang di kepalanya akan tetapi di halang dengan hanya libasan pedang besarnya. Aku cuba untuk menyerang dari belakang tetapi baju perisainya terlampau keras ,membuatkn pedang ku berdesing dilantun semula.

Aku tidak akan menyerah!!! Aku akan terus berdiri kerana keluarga aku masih memerlukan aku!!.

Kekuatan gergasi ini tak terbandingnya dengan kami, tetapi kemahiran dan pengalaman kami berlawan membantu kami untuk terus hidup........untuk terus berlawan......

Kerana Aku Where stories live. Discover now