Kerana Aku Seorang Ibu-4

13 1 0
                                    

Selepas aku dan anakku mendengar cerita daripada Tuk Razak kami mulai rasa berputus asa. Tetapi di dalam hati kami, aku tahu bahawa kami masih lagi meletak harapan yang Azrizal akan pulang. Tuk Razak hanya mendiamkan diri apabila dia melihat kami menangis , kemudian Tuk Razak berkata.

Jodoh pertemuan dan ajal adalah ketentuan Allah,
Percaya padanya dan kau kan mendapat petunjuk daripada Allah.
(Tuk Razak cuba untuk menenagkan kami)

Aku mulai tenang dan anak ku mulai tenang juga tetapi riak mukanya aku tahu bahawa dia masih tidak mahu percaya dengan pemergian Azrizal. Ia memang menyakitkan...untuk melihat seorang anak yang mengetahui bapa yang disayanginya pergi..Aku mulai terfikir.
Suatu hari nanti bila aku pergi apa yang dia perlu lalui adalah sungguh menyakitkan..aku tak mahu anak aku tersiksa sebegitu.

Apabila malam menjelang Tuk Razak bangun dari tidurnya dan keluar dari rumah.Aku hanya mendiamkan diri di dalam bilikku. Aku tahu bahawa Tuk Razak keluar setiap malam melakukan rondaan sekeliling kampung untuk memastikan keselamatan kampung ini. Aku rasa itu adalah permintaan Azrizal kepada Tuk Razak.

Abang, tidak kira dimanapun abang berada abang masih mahu lindungi kami sekeluarga......kenapa abang buat sebegitu, abang telah lalui terlampau banyak sengsara kenapa abang perlu menyeksa diri sebegitu....(Aku berkata-kata dalam bisik sambil mengalirkan air mata)

Sudah 3 hari berlalu kami meneruskan hidup seperti biasa bersama Tuk Razak. Hari yang cerah menjadi gelap apabila asap hitam yang besar muncul dari hutan. Tuk Razak mula berdiri dan memegang pedangnya yang disandarkan di tepi meja makan di dalam rumah. Tuk Razak menjerit.

Semua bergerak ke tempat yang selamat!! Bagi yang tahu berlawan ikut aku!!(Jerit Tuk Razak dengan muka yang serius)
Fatihah sambut ni!!(Tuk Razak mencampakkan pedang yang diberi oleh Azrizal sebelum Azrizal pergi)
Sebab Azrizal beri pedang tu kepada kamu adalah untuk melindungi orang yang kau kenal dan sayang!!!
Pergi bersama orang kampung ke tempat yang selamat dan lindungi mereka!!!(Tuk Razak menjerit sambil berlari ke arah hutan yang terbakar itu)

Kerana Aku Where stories live. Discover now