Kerana Aku Seorang Ibu-1

18 1 0
                                    

Pergi dari sini!
Abangkan tahan mereka di sini,
Pergi! Jodoh pertemuan dan ajal adalah ketentuan Allah,
Percaya padanya dan kau kan mendapat petunjuk daripada Allah.
Pergi!!

Itulah kata-kata terakhir daripada suamiku. Ia juga menjadi kali terakhir aku melihat wajah suamiku.Suamiku mengarahkan aku untuk lari bersama anak ku dan memberiku sebilah pedang yang dimana aku tidak asing dalam menggunakannya. Aku adalah mangsa peperangan,tersepit diantara peperangan dua negara. Sebelum aku bertemu dengan Azrizal, aku dan keluarga ku terpaksa membunuh untuk hidup. Kami melakukan sebegitu kerana itu sahaja jalan keluar yang kami ada. Kami berjaya untuk terus hidup tetapi tidak kira bagaimanpun kita buat kita tidak akan boleh lari daripada ajal.

Keluargaku akhirnya dibunuh di depan mataku sendiri dan aku hilang segala harapan,hanya menunggu masa aku tuk pergi dan disitulah dia muncul.Lelaki yang berani dan tabah,berlari menyelamatkan ku. Sekelip mata segalanya berakhir begitu saja, dengan tubuh yang tidak begitu sasa menumpaskan lima pahlawan yang gasar. Segalanya bermula dari situ sehinggalah kini. Aku berlari bersama anak ku dengan sebilah pedang. Di kejar askar-askar yang perkasa dan sepintas lalu aku teringat kata-kata suamiku

Setiap perkara ada hikmahnya,
Allah tidak memberikan kesusahan tanpa sebab dan Allah tidak memberikan kesenangan tanpa usaha,

Kata-kata itulah suamiku katakan pada aku semasa pertemuan pertama kami. Kata-kata yang membuatkan aku terus berlari dan melindungi orang yang aku sayang. Aku berlari dan terus berlari sambil mendukung anak ku. Terdengar jeritan Azrizal bergema. Di dalam hati aku penuh dengan rasa risau.

Aku berlari dan berlari tanpa henti sehingga tapak kaki ku berdarah. Aku memeluk anakku dengan erat

Nak, bersabar ya?
Nanti kita sampai tempat yang kita nk pergi.
Ibu, mana ayah pegi?( tanya anakku dengan mata yang berair)
Tiada apa Nak , ayah datang lambat sikit ,dia ada perkara yang perlu dilakukan.
Nanti dia balik laa..( aku berkata dengan suara yang menggeletar dan tidak dapat menahan perasaan yang membuak-buak di dalam hati ku)

Akhirnya aku sampai di destinasi bersama orang-orang kampung yang terselamat. Kami semua berkumpul dan menubuhkan kempin. Aku dan anak ku menunggu suamiku pulang tetapi dia langsung tidak munculkan diri..

Kerana Aku Where stories live. Discover now