Kerana Aku Seorang Ibu-3

13 1 2
                                    

Kami bertanya kepada Tuk Razak sama ada dia ada terserempak dengan Azrizal semasa perjalanan di kampung yang diserang itu. Tuk Razak berkata kepada kami.

Kenapa kau masih menunggu kepulangan dia? (Tuk bertanya kepada kami dengan muka yang serius)
Tidakkah kau terfikir bahawa Azrizal mati di medan perang? (Tuk menambah soalannya)
Tidak Tuk,kami masih percaya Azrizal masih hidup.
Tak kira apapun yang orang lain katakan kami tetap akan menunggu Azrizal (Jawab aku dengan berlinangan air mata)

Tuk Razak memandang ke bawah dengan muka yang bersalah.

Sebelum Tuk sampai sini, Tuk singgah di kampung korang yang diserang. Kampung tu dah tiada lagi ,semuanya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal melainkan mayat yang sudah reput. Tuk berjalan dan tuk jumpa..ini (Tuk Razak mengeluarkan sesuatu dari bagnya)

Aku terkejut dan melihat Tuk Razak mengeluarkan cincin perkahwinan kami. Aku rebah melutut ke tanah, air mataku mengalir di pipi ku.Anak ku memelukku dari belakang ,dia cuba menabahkan diri dan tahan dari menangis walaupun aku tahu bahawa dia menangis dengan perlahan di belakang ku. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan..

Kerana Aku Where stories live. Discover now