Apabila Razak dan ibunya lari dan keluar dari kawasan hutan, Azrizal berasa lega kerana dia tidak perlu bimbangkan tentang melibatkan mereka lagi dalam pertempuran ini.
Azrizal menoleh ke arah gergasi itu dengan muka yang bengis. Aura keinginan membunuh Azrizal sungguh kuat sehinggakan hidupan di hutan meraung dan berlari dari tempat pentempuran. Gergasi itu mulai berundur sedikit demi sedikit.
Lalu Azrizal berlari dengan pantas dan menjerit;"Kau nak ke manaaa!!!!!!!!"
"Setelah apa yang telah kamu lakukan kepada orang-orang ku!!!!"
Jeritan Azrizal bergema di angkasa.Dengan pantasnya melompat Azrizal menggengam kepala gergasi tersebut dan menghempas ke bumi,letupan dan dentuman yang kuat didengari sehinggakan bumi retak dan pecah.
Lalu pertempuran itu berakhir begitu sahaja, gergasi itu mati akibat kepalanya hancur dihempas ke bumi.Azrizal melihat ke arah gergasi yg terlentang di atas tanah itu dan menyedari ada besi yang terkeluar dari dada gergasi tu. Akibat berasa hairan Azrizal membelah dad gergasi tu dan apakah yang mengejutkan besi itu adalah bersambung kepada balang yang ada di dalam badan gergasi ini. Azrizal terkejut apabila melihat di dalam balang itu adalah tangan kiri nya yang dicantas ketika hari kampung dia diserang. Balang tersebut bersambung dengan tiub-tiub dan tali besar yang bewarna merah dan hitam ke seluruh badan gergasi itu. Perkara ini membuatkan Azrizal keliru dan buntu memikirkan apa yang terjadi ini. Akhirnya Azrizal mengambil keputusan untuk cabut balang tersebut dari tubuh gergasi itu dan bawak ia pulang.
"Hmmm bawak sajalah balik,lagi pun ini memang tangan aku pun hehehheheh" gelak azrizal bergurau dengan diri sendiri.
"Ok, semuanya dh selesai biarlah aku fikirkan misteri ini di hari yang lain.
Jomlah pulang yaa Azrizal dh berapa lama dah aku tidak berjumpa mereka" Pesan Azrizal kepada dirinya sendiri.Lalu Azrizal pun pulang ke pangkuan isteri dan anaknya.sesudah sahaja sampai ke kampung Razak terus dipeluk oleh anak nya;
"Ayahh mane ayah pegi selame nii.."
Tangis Razak sambil memeluk ayahnya."Hehhehe ayah terpaksa berjauh sekejap untuk menyelesaikan masalah yang kampung kita hadapi tapi tidak apaa semuanya sudah selesai, ayah dah tak kemana dah yaa Razak." Jawap Azrizal sambil mengusap kepala Razak.
"Ibu kamu mcm mana keadaannya sekarang"tambah Azrizal.
"Ibu sudah dalam keadaan selamat tetapi dia masih tak sedarkan diri"Razak menjawab teresak-esak.
"Mari anak ku, mari ke pangkuan ibu kamu" ajak Azrizal sambil tersenyum kepada anaknya.
"Hmm!" Angguk Razak sambil berjalan memegang tangan bapanya.
Akhirnya keadaan kembali aman dengan kehadiran Azrizal. Tetapi Allah sentiasa memberi hambanya ujian, Allah memberi ujian ini adalah kerana Allah tahu yang hambanya mampu untuk menghadapi ujiannya.
Nama aku Azrizal,
Aku seorang suami,
Aku seorang ayah,
Aku seorang pemimpin,
Aku tidak tahu siapa yang mengganggu keluarga dan orang-orang ku,
Tetapi siapa yang melakukannya tak akan berhenti disini sahaja,
Mereka akan datang lagi dan lagi,
Mereka akan terima padahnya,
Meraka gilakan peperang dan berlawan,
Mereka nak perang, aku sendiri akan berperang,
Jangan kau apa-apakan keluarga dan orang-orang ku,
Kerana Aku Sudah Kembali.Tamat
Bersambung Kerana Aku 2
YOU ARE READING
Kerana Aku
Short StoryAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.