Aku berlawan dan berlawan sehingga mata pedang ku tumpul dan sumbing. Razak dan aku tidak lagi berdaya untuk berdiri lagi.Namun Razak berdiri dan tetap mara, menahan libasan sang gergasi tidak terdaya oleh kami. Tidak ku jangka , libasan aku mencalarkan gergasi itu akan tetapi pedang aku tidak mampu menahannya. Pedang aku patah dan aku di tepis ke tepi dengan kuat.
Razak terkedu....dan gergasi itu lari menuju ke arah razak.
Aku dalam keadaan yang parah sehinggakan aku tidak mampu menggerakkan tubuh ku.Adakah ini pengakhiran bagi aku.
Adakah ini pengakhiran bagi keluarga aku Ya Allah.
Ya Allah kau selamatkan lah anak ku itu ya Allah, kau lindungi laa dia Ya Allah, aku tidak mampu berbuat apa-apa Ya Allah.(Aku hanya berdoa di dalam hati dengan hati yang pasrah)...Masa seperti terhenti seketika, tiba-tiba muncul seorang lelaki kudung tangan kirinya di depan Razak. Razak terkedu,
Siapakah dia, bagaimana dia boleh berada di depan mata aku tanpa aku sedar dan kenapa dia memandang ke arah aku?( Razak terkejut dan langsung tidak mengenali siapa lelaki itu)
Assalammualaikumm!!!( lelaki itu berkata dengan senyuman yang lebar)
Maaf kan Ayah yaa kerana lambat..Ayah......? ( mata Razak terbuka luas dan terkejut dengan apa yg dikatakannya...)
Adakah ini ayah aku yang selama ini aku tunggu..Mata ku kabur tetapi aku nampak lelaki itu, tidak mungkin aku kan lupa lelaki yang menyelamatkan hidup aku selama ini....Azrizalll!!!! (Aku berteriak dan menangis teresak-esak terbaring di atas tanah, Ya Allah doa ku selama ini ... engkau telah makbul kan , terima kasih Ya Allah..terima kasih Ya Allah!!!( aku menangis sambil bersyukur, Allah telah mengurnikan doa aku)
Gergasi tersebut berhenti seketika, keliru dengan kehadiran lelaki itu.Lalu Azrizal memandang ke arah gergasi tersebut dengan muka kemarahan di dalam kesabaran, Azrizal berkata kepada Razak...
Anak ku pergi ke pangkuan ibu kamu, bawa die ke tempat orang kampung berkumpul dan rawat dia dengan segera. Razak di dalam kekeliruan dan memandang ke arah ibunya dan bergegas ke arah ibunya. Razak mengankat ibunya dan melihat ke arah Arizal..
Azrizal berkata jangan risau anak ku nanti ayah akan pulang selepas selesaikan hal di sini, bunyi libasan yang kuat dan pantas telah menggocak angin seperti ribut...sekelip mata tangan gergasi itu putus dan jatuh ke tanah..
Razak terkejut dan tidak tahu lagi apa yang patut dia fikirkan..
Pergi!! Sekarang anak ku! (Azrizal menjerit kepada Razak)
Baik..... Ayah!!( Razak membalas dan membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan.
Azrizal tersenyum, hehehehe dah besar daa anak aku nii! (Azrizal tersenyum kerana akhirnya setelah lama dapat juga berjumpa dengan keluarganya)
.
....
YOU ARE READING
Kerana Aku
Short StoryAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.