Sudah beberapa hari aku bersama anak ku dan orang kampung menetap di dalam hutan bersembunyi.Kami masih menunggu kemunculan Azrizal tetapi masih tiada tanda. Selepas seminggu kami menetap ,kami membuat keputusan untuk bergerak dan mencari perkampungan baru. Dengan berat hatinya aku meninggalkan kawasan hutan dan mara ke perkampungan baru di bahagian persisiran pantai.
Tidak kira berapa lamapun kau menghilang kamikan tetap menunggu kau wahai suami ku.
Masa berlalu dengan pantas, sudah setengah tahun aku dan anak ku menunggu Azrizal tetapi masih tiada tanda-tanda kemuculannya. Razak tidak berhenti-henti bertanya pada ku.
Bila ayah nk balik ibu?(tanya anakku setiap hari)
Tunggu saja la ya anak.(aku menjawab dengan yakin bahawa Azrizal akan pulang)Masa berlalu sungguh pantas, tanpa ku sedar Abdul Razak sudah berumur 13 tahun. Walaupun Abdul Razak berumur 13 tahun tetapi dia dan aku masih lagi menunggukan kepulangan Azrizal tanpa was was.Pada suatu hari kami memdapat khabar bahawa ada seorang lelaki menuju ke arah perkampungan kami. Setelah mendengar aku dan anak ku tersenyum lebar dan gembira.
Ibu ini mesti ayah ,ibu!!
Ayah dah balik ibu!!(Abdul Razak berkata sambil berlari ke luar rumah bersama ku)Kami menunggu di luar rumah dengan teruja. Kami menunggu dan kelihatan seorang lelaki yang memakai jubah ,dia semakin mendekati kami. Lama kelamaan kami mulai sedar bahawa lelaki itu sudah berumur dan berjanggut. Lelaki itu menunjukkan rupanya dengan membuka tutup kepalanya. Rupa-rupanya lelaki itu bukanlah Azrizal tetapi Abdul Razak , guru kepada Azrizal . Kami berasa agak kecewa dalam masa yang sama gembira kerana dapat melihat Tuk Razak sihat sejahtera.
YOU ARE READING
Kerana Aku
Short StoryAllah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.