Kerana Aku Seorang Ayah-4

18 1 0
                                    

Lelaki yang kuat bukanlah lelaki yang mampu menggerakkan gunung,
Tetapi lelaki yang kuat ialah lelaki yang mampu melindungi keluarganya.

Mungkin apa yang guru cakapkan adalah benar dan sebab itu aku tak boleh jatuh disini,aku akan terus berdiri dan lindungi keluarga aku!!.Aku terus melibas dan melibas tanpa henti sehinggalah tiada satupun musuh yang berdiri.Tinggal aku seorang di medan perang, diselubungi oleh beratus mayat musuh ku dan tenggelam di dalam sungai yang merah.Aku dapat merasakan masa aku sudah sampai,badan ku dipenuhi oleh luka-luka dan darah yang mengalir terlampau banyak. Penglihatan ku semakin kabur dan tubuh ku rebah ke tanah.

Anak maafkan ayah,ayah sudah tidak mampu lagi untuk temani kau dengan ibu kau..(air mata ku mengalir tanpa henti)
Maafkan ayah ya,
Ayah sudah tidak mampu lagi lihat kau membesar..ayah harap kau jaga ibu kau ,tidak kira sekuat manapun dia,namun dia tetap insan yang lemah..ayah terpaksa pergi jadi jaga diri ya..Ya Allah kau lindungilah keluarga ku Ya Allah,lindungilah mereka daripada segala malapetaka di dunia ini Ya Allah,sesungguhnya engkaulah Ya maha berkuasa dan maha pemurah..amin(aku tidak mampu menadah tangan untuk berdoa tetapi aku tahu Allah itu maha mengetahui)

Penglihatan ku menjadi gelap,badan ku berasa sejuk. Aku tidak menyesal walau sedikitpun kerana aku seorang ayah.

Kerana Aku Where stories live. Discover now