Kerana Aku Seorang Ayah-3

22 2 0
                                    

Kuatkanlah imanmu dan percayalah bahawa Allah itu ada,dan pasti Allah akan melindungi kamu.

Itulah yang sering dikatakan oleh guru ku yang bernama Abdul Razak.
Ya nama itu sama dengan nama anak ku dan aku berharap suatu hari nanti anak akan menjadi seorang yang kuat dan tabah seperti guru ku.Kini guru ku pergi keluar merantau dan aku perlu meneruskan hidup aku.

Semuanya bermula dengan baik,Alhammdulillah aku mendapat anak  dan semuanya berjalan tanpa sebarang liku sehinggalah suatu hari kampung dimana kami duduki menjadi medan perang dan diserang hendap oleh negara sebelah.Kampung ku dibakar dan orang kampung berlari menyelamatkan diri. Mereka dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan ada dari mereka gelak dan seronok sambil membunuh orang-orang kampung.Hatiku berasa panas dan badanku menggeletar dari kemarahan tetapi aku cuba bersabar dan membawa anak dan isteri ku untuk melarikan diri.Aku memberi senjata kepada isteri ku dan menyuruhnya melarikan diri bersama anakku.Isteri dan anak menangis dan meraung di dalam malam hutan yang gelap. Aku memaksa mereka pergi tinggalkan aku di kampung.Aku mengambil pedang yang berada di atas tanah dan melibaskan ke arah musuh ku dengan keinginan untuk melindungi keluarga aku walaupun aku berperang seorang diri. Aku melibaskan pedang tanpa henti , satu per satu musuh jatuh ke tanah. Jeritan ku bergema di angkasa, pedang ku menjadi merah dan tubuh ku disaluti darah.Tangan ku tidak mampu lagi mengenggam tetapi akukan terus melibas pedang ku.Aku dihujani darah dan di kelilingi mayat musuh ku dan aku terfikir kata-kata guruku

Kerana Aku Where stories live. Discover now