Irsyadi perasan akan sikap Nadhia yang agak dingin dengannya.
Selesai sarapan pagi, Irsyadi mengikuti Nadhia menonton rancangan Didi&Friends di ruang tamu.
Irsyadi merampas remote tv dari tangan Nadhia dan menukar siaran.
''Apa ni? Tak nampak ke orang tengah tengok tv? Bagi balik!''
''Tak nak!''
Nadhia berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya.
Irsyadi seakan ingin tergelak melihat gelagat isterinya.
''Still mad at me about last night?'' tanya Irsyadi seakan memujuk.
''Tak pun!''
Flashback~~~
Nadhia begitu takut. Apa ingin Irsyadi lakukan?
Irsyadi mendekatkan wajahnya ke tepi muka(?) Nadhia. Dia membisikkan sesuatu. ''Bersih-bersih, ya. Masih ada tetamu lagi dekat bawah tu.''
Irsyadi mejauhkan mukanya. And Nadhia is like 'What?!' Ooo... So, nak kata aku busuklah sebab baru nak mandi? Tahulah dia tu dah mandi.
Nadhia memberikan jelingan maut kepada Irsyadi. ''Yalah!'' katanya lalu melangkah laju ke bilik air.
Irsyadi hanya ketawa. Sengaja ingin mengusik Nadhia.
Flashback end~~~
''Betul tak marah? Wow! Isteri contoh ni.'' kata Irsyadi sengaja ingin menyakat Nadhia.
Nadhia bertambah geram. Dia mengetap giginya menahan marah.
Irsyadi menahan ketawanya daripada meledak.
''Okeylah, I'm sorry. I was just kidding, okay.'' kata Irsyadi sambil mengangkat kedua tangannya seakan menyerah.
Nadhia masih tidak bereaksi. Sebenarnya dia bukannya marah sangat pun. Dia tahu Irsyadi sekadar bergurau. Tapi, mahu juga dia lihat sejauh mana 'suaminya' itu ingin memujuknya.
''Baru ingat nak ajak pergi shopping tadi. Yelah, petang ni nak pindah rumah baru. Tapi, macam tak nak je abang tengok.'' kata Irsyadi lagi cuba menarik perhatian Nadhia.
Mata Nadhia bersinar mendengar perkataan 'shopping'. Walaupun dia bukan jenis yang shop-holic, tapi memang ada barang yang hendak dibelinya. Sesuatu yang baginya penting.
''Betul ni?'' tanyanya teruja.
''Tadi memang nak pergi, tapi ada orang tu still merajuk. Tak jadilah.'' jawab Irsyadi pula.
''Siapa merajuk? Mana ada orang merajuk. Tak ada pun.'' nafi Nadhia.
''Betul ke ni?''
''Betullah. Jomlah kita pergi. Petang ni kan nak pindah rumah baru.''
Irsyadi tersenyum dengan gelagat Nadhia.
🌸🌸🌸
Setelah selesai bershopping, Nadhia dan Irsyadi pulang ke rumah. Agak banyak juga barang yang dibeli oleh Nadhia.
''Tak apa. Biar abang tolong. Bukannya banyak pun, 5 paper bag je.'' kata Irsyadi semasa merekabaru keluar dari kereta.
''Mentioned orang nampak? Alah, abang yang bagi lampu hijau tadi. Abang kata, 'Pilihlah apa yang Dhia nak. Abang belanja.' sebab tu Dhia beli semua ni.'' kata Nadhia sambil mengajuk kata Irsyadi sewaktu di shopping complex tadi.
Irsyadi hanya tersenyum.
Mereka masuk beriringan ke dalam rumah.
''Kamu nak pindah petang ni, kan?'' tanya Tengku Hajar semasa Nadhia dan Irsyadi berehat(?) di dapur.
''Ye, umi. Sebab Syad dah lama tak pergi tengok rumah tu. So, memandangkan lusa hari Isnin hari ni kena kemas rumah tu lah.'' jawab Irsyadi.
''Tak balik rumah ibu kamu dulu?'' tanya beliau lagi.
''Nak balik sanalah kejap masa on the way nanti.''
''Umi, Nad naik dululah. Melekit dah badan ni.'' kata Nadhia seraya beredar dari situ.
🌸🌸🌸
Setelah ke rumah Tengku Melina, mereka terus ke rumah Irsyadi.
Cantik rumah dia. Agak besar juga. Mungkin mempunyai 3 atau 4 bilik. Yang paling Nadhia suka adalah cat rumah itu. Berwarna biru akua dan hijau pudina.
Selang 3 rumah dari rumah 'mereka' tersergam sebuah banglo bercat kekuningan.
Cantik!
Tapi, macam familiar. Seperti pernah dia melihat rumah itu sebelum ini. Tapi, tidak ingat bila. Ah, lantaklah! Mereka beriringan masuk ke rumah.
''Okay. Welcome to my house. As from now it's yours too.''
Terpegun sebentar Nadhia di situ. Fikirnya, sebagai orang bujang sebelum ini rumah Irsyadi pastilah simple. Namun, semuanya lengkap. Dan rumah pun kelihatan bersih. Walaupun perabotnya agak berhabuk mungkin kerana telah lama tidak di jengah.
''Sure. Thank you.''
''So, where should we start?''
''Start what?''
''The house is dusty, my dear. Ni baru living room. Belum bilik lagi yang tak pernah di jenguk tu.''
Nadhia hanya mengangguk. Tapi sebut pasal bilik. ''Bilik separate, kan?''
''Yes. Dhia boleh pilih bilik mana yang Dhia nak. Tingkat atas ada dua bilik, tingkat bawah ada tiga. Pilihlah.''
Nadhia tersenyum lalu mengangguk.
''Tapi, sebelum tu kena kemas rumah dulu. Tak tahanlah rumah berhabuk mcam ni.'' rungut Irsyadi lalu bersin.
Kata ibu, Irsyadi memang jenis yang pembersih. Sedangkan berangnya berhabuk sedikit sudah bersin mengalahkan orang yang selesema.
''Okey.''
🌸🌸🌸
Sambil mengemas Nadhia meneroka semua bilik yang ada. Semuanya lengkap. Cuma saiz bilik dan katil yang berbeza.
Setelah siap mengemas, mereka meng'unpacking'(tk thu nk tlis apa) di bilik masing-masing. Nadhia memilih bilik yang kedua besar berwarna biru laut. Manakala Irsyadi pula di bilik sebelahnya.
Nadhia melabuhkan punggungnya di katil bersaiz queen. Dia membuka shawlnya dan menguraikan rambut panjang miliknya. Kemudian, dia merebahkan tubuhnya.
Ah, selesanya! Dia menutup matanya sebentar.
YOU ARE READING
〘✓〙My Little Young Wife
Romance"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau jadi milik aku." - Kelvin Syafwan ❧❧ ❧❧ ❧❧❧❧❧ ❧❧❧ ❧ Status ; Complete ✔ Start ; 2...