Irsyadi menghamburkan pandangannya ke sekeliling. Permainan apa yang sedang mereka mainkan? Tiba-tiba sahaja dia diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis. Keadaan bilik soal siasat itu sedikit tegang.
"Apa benda kau merepek nie?"
Rayyan menghela nafas. "Aku bukan nak tuduh kau, tapi bukti merujuk pada kau. Bukan setakat saksi mata dan keterangan mulut, tapi ada gambar. Kau nak nafikan yang orang dalam gambar tu bukan kau?"
"Yes! He's not me. Aku ada alibi. Masa tu aku ada meeting dengan suppliers dari Jerman. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya staf aku." Jelas Irsyadi.
"Kami dah ambil keterangan pekerja kat kedia tu dan--"
"Yan, listen. Aku tak ada masa dengan semua nie. Nadhia hilang and she's definitely in danger right now. Takkan kau tak boleh brain benda nie?" ujar Irsyadi lagi.
"Aku tahu--"
Krekk
Bunyi pintu bilik siasatan dibuka membukatkan Rayyan berhenti bercakap. Seorang lelaki mendekatinya.
"Tuan Zainal nak bercakap dengan tuan." ujar lelaki itu. Rayyan mengangguk.
"Zainal mana--"
"Syad, aku terpaksa tahan kau buat masa nie. Tolong jangan masuk campur dalam hal nie." Cantas Rayyan.
"Tapi--"
"Syad, tolonglah. Ini hal polis, biar polis yang selesaikan." Cantas Rayyan lagi lalu meninggalkan Irsyadi.
"Yan..."
🌸🌸🌸
"Sayang, aku bawakan kau makanan." Ujar Kelvin dengan nada ceria sambil
mendekati Nadhia.Nadhia tidak memberi sebarang perhatian kepada Kelvin. Dia berteleku memeluk lutut di atas katil yang baru saja menjadi saksi kecurangannya pada malam semalam. Habis lencun wajah Nadhia akibat air mata yang asyik mengalir deras.
"Sayang,"
"Jangan sentuh akulah!" Jerkah Nadhia apabila kulit tangan Kelvin hampir bersentuhan dengan kulitnya.
Kelvin mengukir senyuman manis. "Sayang, kenapa kasar-kasar nie? No, no! Tamau kasar-kasar."
"Jangan berlagak baiklah, Kelvin. Kalau kau sayang aku, kau takkan buat aku macam nie. Aku nie isteri orang, Kelvin. Apa yang susah sangat kau nak faham haa?!" Jerkah Nadhia lagi.
Tidak sekali tercantap di dinding minda milik seorang Zahratul Nadhia bahawa Kelvin akan bertindak agresif sebegitu. Tidak sekali Nadhia terfikir Kelvin Syafwan akan menodai dirinya hanya kerana satu perasaan yang tidak berbalas. Adakah itu yang disebut-sebut sebagai hasutan syaitan dan nafsu serakah?
Sungguh, saat ini Nadhia merasakan sangat jijik dengan dirinya sendiri. Apa yang akan dia lakukan nanti jika perlu berhadapan dengan Irsyadi, suaminya? Akankah Irsyadi menerimanya kembali sebagai seorang isteri?
Kini, Irsyadi tiada lagi. Hanya wajah seorang Kelvin Syafwan yang mirip dengan suaminya yang menjadi santapan mata. Seorang lelaki yang telah berjaya menodainya.
"Nadhia, aku dah cakap dengan kau jangan tinggikan suara dengan aku. Aku nie suami kau." Kata Kelvin. Wajah tenang masih dikekalkan.
"Sejak bila kau suami aku? Bila masa kau lafaz akad dengan nama aku? Jangan butakan mata hati kau kerana nafsu, Kelvin. Sedarlah! Ingat Allah, Kelvin--"
PANG !!
Satu tamparan hinggap di pipi seorang Zahratul Nadhia. Entah yang ke berapa kali sejak dia menjejakkan kaki di tempat ini. Satu demi satu tamparan dihadiahkan buat dirinya oleh Kelvin Syafwan yang mengaku amat mencintainya.
Adakah itu simbol cinta yang perlu dia banggakan? Adakah itu kasih sayang yang patut dia terima dari seorang lelaki yang mengaku sangat mencintainya?
"Nadhia--"
"No. Aku benci kau, Kelvin Syafwan." tutur Nadhia.
Kelvin meraup wajahnya. Rambutnya dihamburkan. Marah? Sakit hati? Itulah yang dirasakannya saat ini. Itulah perasaan yang Kelvin Syafwan rasakan setiap kali suara Nadhia menyebut betapa dia benci akan dirinya.
"Nadhia, kenapa kau benci aku? Tak pernah ke, walau sesaat sekali pun, tak pernah ke kau jatuh hati pada aku?" soal Kelvin lagi. Matanya kini berkaca. Air mata bergenang di tubir matanya.
Nadhia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Adakah ini benar Kelvin Syafwan yang dia kenal selama ini? Kelvin Syafwan yang baik dan Kelvin Syafwan yang selalu mengkhawatirkan dirinya?
"Kenapa kau berubah, Kelvin? Kenapa--"
"Jawab aku, Nadhia!" Jerkah Kelvin membuatkan Nadhia sedikit terhinjut akibat terkejut.
Nadhia memperbetulkan nafasnya. Wajahnya diangkat, memberanikan dirinya untuk bertentang mata dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
"Tak. Tak pernah. Aku, Tengku LZahratul Nadhia Tengku Mukhlis, tak pernah, walau sekali pun, walau sedetik pun dalam hidup aku, tak pernah terbit perasaan suka pada kau melainkan rasa hormat pada seorang abang. Tapi, kau sendiri dah musnahkan rasa hormat aku pada kau. And now, there's only disgust. I feel disgusted of every inch of you."
Kelvin diam. Cuba untuk menghadamkan setiap tutur kata yang terbit dari mulut mungil milik wanita yang memenuhi segenap ruang di hatinya itu.
Hormat? Abang? Itu bukanlah jawapan yang Kelvin Syafwan cari-cari selama ini. Air mata Kelvin bergenang dan perlahan cecair jernih itu jatuh membasahi pipi.
"Nadhia--"
"Aku benci kau." Nadhia memotong laju kata-kata Kelvin. "Aku benci kau sampai bila-bila."
🌸🌸🌸
"Yelah! Fine! Aku benarkan."
"Thank you so much, Zai. I owe you big time. Aku tahu kau mesti percayakan aku punya!" ujar Irsyadi.
"Zai, kau serius ke buat keputusan nie? Aku risaulah." soal Rayyan menyuarakan kebimbangannya.
Zainal menjongket bahu. "Entahlah, Yan. Aku pun tak sedap hati. Tapi, kita sama-sama kenal Syad. Takkan kau tak percayakan dia?"
Giliran Rayyan pula melepas keluhan. Ada benarnya juga kata-kata Zainal. Bukan baru sehari dua dia mengenali Tengku Iqbal Irsyadi. Walhal, mereka sudah berkawan baik sejak betada di tingkatan 3 lagi. Tapi, tidak salah bukan jika dia berasa risau?
Biarlah, Irsyadi boleh lakukan apa saja mengikut kehendaknya. Sudah dewasa, malahan sudah menjadi suami bahkan ayah kepada seorang anak lelaki. Memang sepatutnya dihapus rasa kegusaran di dalam kotak fikirannya itu. Mungkin dia saja yang ter-overthinking?
"Tak payah fikir sangatlah, Yan! Kita jumpa lagi kat meeting room untuk atur strategi. Things started to get messy inside my head right now." ujar Zainal lagi.
Rayyan hanya mengangguk sebagai balasan. Nampaknya, dia harus merelakan saja keputusan yang telah dibuat. Apa lagi yang boleh dia lakukan? Irsyadi juga bukan orang baru. Akhirnya, Rayyan Mikael hanya melepaskan keluhan panjang.
"Just focus on your work, Rayyan! Jangan biarkan benda remeh-temeh macam nie buatkan kau lost focus." Keluh Rayyan sendirian.
Akhirnya, Rayyan turut membuntuti langkah Zainal menuju ke bili perbincangan dengan hati yang bergelora.
💎💎💎💎💎
Late update ehek jangan marah sis okay? Bukan salah sis tp pakcik wattpad nie yg tak nak bg sis update
HAAA MEHHH KECAM PAKCIK WP NIE RAMAI RAMAI
Eh eh jangan nnti majok plk dia terus padam acc sis BAHAHAHAHAHA
k k k sis guro je gais
Eh bnyk plk aku merapu kali nie
btw,
Keep voting and comments...
YOU ARE READING
〘✓〙My Little Young Wife
Romance"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau jadi milik aku." - Kelvin Syafwan ❧❧ ❧❧ ❧❧❧❧❧ ❧❧❧ ❧ Status ; Complete ✔ Start ; 2...