BAB 25

4.3K 113 1
                                    

'Aku merajuk. Aku tak nak cakap dengan kau hari ni.'

Irsyadi tersenyum. Sejak dia pulang kerja tadi, Nadhia langsung tidak bercakap dengannya. Fikirnya, pasti Nadhia merajuk.

Sebab?

Dia tak bagi Nadhia keluar sehari ni. Menurut umi, Nadhia memang tak pernah cuti or duduk rumah dalam waktu SEHARI SUNTUK. Mesti dia akan keluar bersiar-siar atau hang out dengan kawan-kawan dia.

Tak sangka pulak dia nak dengar 'arahan' aku tu sampai macam tu sekali. Dengar cakap juga dia ni.

"Nak merajuk sampai bila ni?"

"Sampai sajat mengandung." Balas Nadhia selamba. Matanya hanya difokuskan pada kaca televisyen.

Irsyadi ketawa besar. Nadhia pula pelik. Dah kenapa dia ni? Lawak ke?

Irsyadi beralih duduk di sebelah Nadhia.(act tdi drg duduk sofa yg brtntngn.) Nadhia hanya membiarkan sahaja.

"Kata brutal. Abang baru tak bagi keluar rumah, tu pun nak merajuk.  Baru ingat nak bagi hadiah tadi sebab dia duduk rumah diam-diam."

Mendengar Irsyadi menyebut 'hadiah' Nadhia terus berpaling. "Hadiah apa?"

"Tadi kata nak merajuk sampai sajat mengandunglah, apalah. So, abang dah cancel dah."

"Mana boleh macam tu. Kalau dah niat nak bagi tu, bagi jelah. Mana boleh cancel." Kata Nadhia pula tidak puas hati.

"Nak hadiah?" Soal Irsyadi lagi.

"Nak!"

"Tunggulah masa birthday awak nanti." Ujar Irsyadi seraya ketawa.

Nadhia menjadi speechless dengan kata-kata Irsyadi. Dia ni memang minta kaki ke apa. Aku ingat je kau ni suami aku.

Nadhia memalingkan(?) wajahnya ke kaca televisyen semula.

Irsyadi ketawa kecil. Dia bangun dan menuju ke tingkat atas. Tidak lama kemudian, dia kembali bersama satu beg kertas di tangannya.

Nadhia mempamerkan riak pelik apabila Irsyadi menyuakan beg kertas tersebut kepadanya.

"Apa ni?"

"Ikan goreng." Balas Irsyadi selamba. And Nadhia be like 😒.

"Ha ha ha. Lawak!" Perli Nadhia.

Kenapa dengan dia ni, eh? Sejak semalam perangai dia pelik. Aku yang pengsan ke atau dia yang pengsan sebenarnya.

Irsyadi ketawa mendengar balasan(?) Nadhia. "Bukalah. Tadi kata nak hadiah, kan. Tu abang dah bagi."

Nadhia mengeluarkan isi(?) beg kertas tersebut. Matanya membulat.

"Seriously?! Mana abang tahu Dhia nak benda ni? Rasanya Dhia tak pernah pun bagitahu sesiapa."

Bapak arh! Siapa yang tak terkejut bila nampak Vivo V7 yang kau dah lama idamkan ada depan mata.

Irsyadi tersenyum lagi. "Tak ada siapa bagitahu pun. Abang tahu sendiri. Hebat, kan."

Nadhia mencebik. "Elleh! Tak payahlah nak puji diri sendiri tu. Riak!"

"Merajuk lagi tak ni?"

"Vivo ni abang bagi Dhia atau tak?" Nadhia membalas soalan Irsyadi dengan soalan juga.

"Bergantung. Sebenarnya abang bagi pinjam je. Kalau keputusan STPM awak menurun dari trial, abang ambil balik. Tapi, kalau naik abang bagi terus. Abang check tau." Ujarnya selamba dan langsung tiada unsur rasa bersalah.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now