"Kau biar betul, Yan? Kenapa Syad boleh ada kat situ pulak?" soal Zainal tidak percaya.
"Aku pun confuse juga, tapi takkanlah aku tak kenal sepupu aku? Kau sendiri pun nampak gambar tu, kan?" Ujar Rayyan.
"Yes, but that--"
Tok! Tok!
"Tuan, maaf mengganggu. Saya dah dapat maklumat tentang suspek."
Rayyan dan Zainal menoleh pada empunya suara yang memanggil mereka. Sebuah buku nota kecil disuakan pada mereka.
"Menurut siasatan, suspek adalah CEO ILHAM Holdings, Tengku Iqbal Irsyadi."
"So, awak dah sahkan yang lelaki tu CEO ILHAM Holdings?" soal Zainal pula.
"Dah, Tuan. Pekerja kedai tu yang sahkan."
"Pekerja kedai?"
"Ya. Menurut kata saksi, suspek baru saja pindah dan memperkenalkan dirinya sebagai Iqbal Irsyadi, pemilik syarikat pembangunan, ILHAM Holdings." jelasnya lagi.
"Ada apa-apa lagi yang mencurigakan tentang suspek?" soal Rayyan pula.
"Kami mengesan pergerakan yang tidak wajar di sekitar kawasan tersebut. Ada sebuah Proton Waja yang melalui kawasan tu. Kami dah periksa dan itu kereta sama dengan kes yang ditutup 4 tahun lepas." Ujarnya lagi.
"Kes 4 tahun lepas? Yang berkenaan pelajar sekolah tu?" soal Rayyan dan dibalas dengan anggukan.
"Something fishy is going on here."
"Sediakan waran tangkap dan pergi ke kediaman Tengku Irsyadi." Arah Rayyan
"Pastikan Team Bravo bersedia dan tunggu arahan saya." Arah Zainal pula.
🌸🌸🌸
"Asal pintu tak berkunci nie? Dahlah sorang-sorang dengan Izz. Orang pulak risau pasal dia bla bla bla" Irsyadi membebel sendirian sambil membuka kasutnya.
Mana tidak membebel laki orang tu bila sampai je kat rumah, pintu terbuka luas. Itu satu hal, bila dia masuk pulak lahai sambung membebel lagi.
"Ya Allah! Nadhia?!" panggil Isqar sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.
"Nadhia? Sayang! Kenapa rumah bersepah nie, sayang?!" seru Irsyadi.
Mana tidaknya, rumah bersepah macam lepas kena taufan. Keberadaan Nadhia dicari merata tempat.
"Mana pulak nie?" Irsyadi mula mengatur langkah mendaki anak tangga sehingga sampai di bilik tidur mereka.
Kelihatan susuk kecil seorang Izzrar Darwish sedang bermain sendirian. Segera didekati anak lelakinya itu.
"Anak papa" ucap Irsyadi sambil mencium kasih pipi anaknya. Ketawa Izzrar dibuatnya.
"Mama mana, sayang?" soal Irsyadi pada anaknya. Izzrar yang tidak faham apa-apa yang dikatakan oleh papanya hanya ketawa manja.
"Sayang? Nadhia?" seru Irsyadi lagi. Dia memeriksa bilik mandi dan tandas, tapi hampa. Keduanya kosong dan langsung tiada sahutan dari sesiapa.
"Ya Allah, mana dia nie?"
Hatinya kini dirundung perasaan resah. Cepat-cepat telefonnya dikeluarkan. Nombor Nadhia didail pantas.
"Jawablah!"
Dirt~ Dirt~
Irsyadi memandang pada meja solek. Smartphone yang berdering itu segera dicapai. Terpapar nama pemanggil, 'Kesayangan💘' di skrin itu.
YOU ARE READING
〘✓〙My Little Young Wife
Romance"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau jadi milik aku." - Kelvin Syafwan ❧❧ ❧❧ ❧❧❧❧❧ ❧❧❧ ❧ Status ; Complete ✔ Start ; 2...