BANG!
Tembakan dilepaskan. Zainal menarik nafas panjang. Lantas wanita yang teresak sambil menundukkan wajahnya itu didekati. Langsung tidak dihiraukan dua lelaki yang sudah terkulai meraung menahan kesakitam akibat kesan tembakan pada lengan dan kaki.
"Cik, cik okey? Boleh sebutkan nama?" Pinta Zainal
"Amira." Perlahan saja suara Amira membalas.
Zainal memberi isyarat pada anak buahnya untuk membantu wanita itu. Dia memapah wanita itu bangun. Terperanjat bukan kepalang apabila matanya melihat wajah wanita itu.
Cepat-cepat Amira menunduk semula bila terpandangkan Zainal. "Maaf." ujar Amira sepatah.
"Tak apa." Zainal memberi isyarat pada anak buahnya untuk membawa wanita itu keluar. Dua orang pegawai polis memapah Amira keluar.
Dalam masa yang sama, 10 orang lagi lelaki lengkap bersenjata memasuki ruangan itu. Zainal sudah memaki hamun Rayyan.
Bodohlah Rayyan nie! Dia pergi tinggal aku?! Kalau aku mati kat sini, memang aku akan hantui kau sampai bila-bila Rayyan! Zainal menyumpah Rayyan di dalam hati.
Mereka dikepung. Senyuman sinis melapisi bibir anak-anak buah Kelvin.
"Kalau kau ingat boleh tangkap bos aku? Memang silap besarlah!" ejek seorang lelaki yang agak berisi.
Zainal tidak mengendahkan kata-kata itu. Dia memberi isyarat pada pasukannya untuk memulakan pergerakan. Mereka mula membelasah anak buah Kelvin satu persatu hingga jatuh menyembam lantai. Satu-satu digari.
"Aku tak bolehlah macam nie. Korang semua nie dahlah tak ada rupa, perangai pulak entah apa-apa. Itulah, dulu mak suruh pergi sekolah, kau pergi jadi samseng. Inilah padahnya! Meringkuklah kau dalam penjara tu selama-lamanya!" hambur Zainal. Dia pulak yang sakit hati menengok bebudak yang perangai tak berapa nak macam orang nie.
"Bawa mereka semua keluar. Saya akan cari Inspektor Rayyan dan Wolf. Amir dan Kamal, awak ikut saya." Arah Zainal.
"Baik, tuan." Pegawai yang dipanggil Amir dan Kamal itu menjawab serentak.
"Tuan, perempuan nie macam nie? Perlu ke kita panggil ambulans?" soal seorang lagi ahli pasukan Bravo.
"Kenapa? Mangsa cedera ke?" soal Zainal. Seingatnya tadi, Amira tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.
"Saya tak pasti, tapi mangsa mengadu sakit dan ada pendarahan di bahagian paha mangsa. Saya risau kalau..." Kata-katanya tidak diteruskan. Zainal langsung meluru pada Amira yang hanya menunduk.
"Cik, cik okey? Ada sakit kat mana-mana?" soal Zainal risau.
Amira diam. Dia dengar apa yang dikatakan oleh pegawai polis itu tadi. Memang Kelvin ada memberi arahan pada anak buahnya untuk memperkosa dirinya, namun tiada apa-apa yang terjadi kerana Zainal dan pasukan Bravo telah sampai lebih awal.
Amira menggeleng laju. Bibir bawahnya digigit. "S-sa-saya..."
"Just tell me. Awak tak perlu takut. Diorang ada buat apa-apa ke pada awak?" soal Zainal lagi.
"Saya datang bulan."
Merah padam wajah Zainal mendengarkan 3 perkataan yang keluar dari mulut Amira.
Amir yang berada di sebelahnya sudah menahan tawa dari meledak. Kesian pun ada dengan ketuanya. Benda senang pun tak tahu.
"Maaf. Saya tak tahu." Zainal langsung bangun. Spontan tangannya meluku kepala ahli Bravo tadi. Buat malu je!
"Kau nie pun satulah, Zairi! Lain kali fikirlah dulu. Aku juga yang tanggung malu. Hish!" Zainal mendengus geram.
Kepala yang duluku oleh ketuanya digosok perlahan. "Manalah saya tahu. Saya lelaki bukannya perempuan."
YOU ARE READING
〘✓〙My Little Young Wife
Romance"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau jadi milik aku." - Kelvin Syafwan ❧❧ ❧❧ ❧❧❧❧❧ ❧❧❧ ❧ Status ; Complete ✔ Start ; 2...