BAB 15

4.9K 144 4
                                    

Kringgggg

''Kau balik dengan 'hubby' kau hari ni?'' tanya Asheera selepas loceng yang menandakan waktu pulang berbunyi.

''Hubby kepala hotak kau!'' tempelak Nadhia. ''Aku balik dengan kaulah. Malas pula nak kacau dia. Tadi aku nampak dia macam banyak kerja.''

''Relakslah. Aku tanya je.''

''So, dah siap? Aku nak balik awal ni.'' Zamrin pula datang entah dari mana.

''Oh, ya! Aku lupa nak bagitahu kau. Kita ikut Rapunzel hari ni sebab kereta aku rosak.'' kata Asheera sambil tersengih.

''Okey. Tapi, takut pula kalau aku kacau orang tu nak dating nanti.'' kata Nadhia sambil tersenyum nakal.

''Eww! Dengan dia?! Tolonglah! Baik aku dating dengan buku.'' bantah Asheera keras.

''Habis tu, kau fikir aku nak lah? In your dream, SHREK!'' balas Zamrin pula.

''Oke, okey! Aku faham. Dah. Jom balik.''

🌸🌸🌸

''Weyh, tengok tu!'' arah Asheera kepada Nadhia.

''Apa?''

''Tu!'' Dia menunjuk ke arah Irsyadi di lot parkir kereta.

''So?'' tanya Nadhia polos.

''Kau tak minta izin dia dulu? Isteri Derhaka!'' ejek Asheera.

''Aku dah bagitahu dia pagi tadilah.''

''Okay. Tapi, lucky you. Dapat husband yang handsome macam Sir Irsyad tu.'' puji Asheera.

''Memang pun.'' jawab Nadhia. Riak kejap. (hehehe😁😁)

''Aku lagi handsome, okay.'' celah Zamrin pula.

''Kau diamlah!'' marah Asheera. ''Tapi, aku memang tak sangkalah Sir tu hubby kau.''

''Kau boleh tak jangan guna perkataan 'HUBBY' tu? Aku gelilah.'' balas Nadhia pula. Sejak mengetahui tentang hubungan mereka, Asheera sering menggunakan perkataan itu setiap kali mereka berbual mengenai Irsyadi. Sebenarnya lebih kepada mengumpat.

Flashback~~~

Tangan Nadhia berhenti menulis. Dia sendiri terkejut.

''Kenapa kau tinggal satu rumah dengan dia?'' tanya Asheera curiga. Matanya dikecilkan. Nadhia pula semakin gelisah.

''Apa kau buat, hah?!'' tanyanya lagi dengan nada yang agak lin kali ini.

Nadhia membesarkan matanya. Apa yang minah ni fikir sebenarnya? Apa, dia ingat aku...

''Kau fikir apa ni? Aku bagi juga kau kau sebiji ni!'' kata Nadhia sambil menunjukkan penumbuknya.

''Mana ada aku fikir apa-apa. Kau yang negatif sendiri. Aku tanya, pasal apa ku tinggal dengan dia.'' nafi Asheera.

''Yeah right, Asheera!''

''Aku main-main je lah. Jadi, apa sebenarnya?'' tanyanya lagi.

Nadhia tiada pilihan lain selain menceritakan hal yang sebenar. Betapa terkejutnya duaanusia itu. Walaupun Zamrin agak blur pada mulanya, tapi dapat juga otaknya menangkap situasi sebenar.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now