BAB 69

3.1K 94 18
                                    

"Sebenarnya abang masuk hospital semalam dan hari nie abang ada surgery. Doktor cakap, abang ada kanser usus tahap 3." ujar Chrisevia.

Nadhia terkejut. "Via cakap apa nie? Akak tak faham."

Chrisevia menghela nafas. Wajah kakak iparnya dipandang sayu. Pasti kakak iparnya tidak tahu.

"Sepatutnya abang buat surgery minggu lepas lagi. Tapi, bila Kak Nad hilang abang terus batalkan appointment dengan doktor. Mula-mula tak serius pun, tapi 2 hari lepas abang muntah-muntah dan tak lalu makan. Via takut sangat bila abang mula muntah darah." kata Chrisevia lagi.

Nadhia kaku. Irsyadi sakit? Patutlah suaminya itu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Bila ditanya, boleh pula lelaki itu bergurau. Dia langsung tidak menyangka akan hal itu.

"Tapi, kenapa tak ada sesiapa yang bagitahu akak pasal benda nie? This is serious matter." soal Nadhia. Matanya mula bergenang. Mengapa dia langsung tidak menyedarinya?

"Sebelum nie, abang tak nak akak tahu sebab doktor kata pembedahan tu 80% akan berjaya. Dia tak nak akak risau sebab akak tengah pregnant. Masa tu, he's still in 1st stage. Tapi, semalam doktor kata abang dah naik ke stage 3. Kemungkinan besar sebab abang cedera kat perut that's why sel barah merebak cepat. Sepatutnya benda nie dah lama hilang, tapi bila abang selalu bertangguh sebab tu makin teruk." jelas Chrisevia.

"Dan abang kata lagi akak tak perlu tahu sebab akak dah tak sayang dia. Akak tak nak jumpa dia pun. So, doesn't matter you know about it or not. Akak dengan abang ada masalah ke? Via kenal abang Via. He loves you so much. I know walaupun abang cakap macam tu, deep inside dia nak sangat akak ada dengan dia. He really needs you right now." kata Chrisevia lagi.

Empangan air mata Nadhia akhirnya pecah. Kecederaan di perut yang Chrisevia sebut tadi, pasti akibat dari kisah aksi yang dia rakamkan bersama Kelvin hari itu. Tapi, pregnant? Bukankah itu maksudnya sudah sangat lama? Sedangkan saat ini Izzrar sudah masuk 5 bulan 26 hari. Tidak satu pun tanda menunjukkan  Irsyadi sedang sakit-- ataukah hanya dia yang tidak perasan? Mengapa dia sangat tidak peka?!

"Kak--"

"Via, bawa akak jumpa abang. Please? Akak perlu jumpa abang. Sekarang!"

🌸🌸🌸

"Aku tak tahu nak buat apa lagi. Kau boleh tolong aku, kan?" pinta Irsyadi.

Aiman melepaskan keluhan. "Suka hati kau lah! Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Lagi 10 minit nurse datang untuk bawa kau ke bilik bedah."

"Thanks, Aiman."

Aiman keluar dari wad tersebut tanpa membalas ucapan Irsyadi. Selang melangkah, Aiman membetulkan kot doktor yang dikenakan pada tubuhnya.

"Abang Aiman!"

Aiman menoleh sesaat namanya diseru. Chrisevia dan Nadhia sudah berada di situ. Irsyadi memang mengusutkan kepala!

"Via dengan Nadhia! Ada apa nie? You discharge hari nie kan, Nadhia?"

"I have to see Irsyadi. Where is he?" Pinta Nadhia.

"I don't know where he is. Kenapa rushing sangat nie?" soal Aiman pura-pura tidak tahu.

"Abang Aiman, bagitahu je lah. Via dah cerita pun pada Kak Nad. Abang mana?" soal Chrisevia pula.

Aiman mengeluh. Nadhia dan Chrisevia dipandang silih berganti.

"I minta maaf, Nadhia. Tapi, I dah janji pada Irsyadi yang I takkan bagitahu you apa-apa. I'm sorry. Yang pasti, I tak beri 100% jaminan husband you akan sembuh macam dulu." ujar Aiman sedikit kesal.

"Aiman, tolong selamatkan Irsyadi. I berdosa pada dia. Tolong bagi I kesempatan. I masih perlukan dia dalam hidup I. Tolonglah, Aiman." ucap Nadhia dalam sedu sedan.

"I'll try my best. Pastikan you doa banyak-banyak. I've got to go." ujar Aiman sebelum meninggalkan Chrisevia dan Nadhia. Dia harus ke bilik bedah untuk memeriksa keadaan pesakitnya, Irsyadi.

"Kak, banyakkan berdoa. InsyaAllah, abang akan selamat." ujar Chrisevia cuba menenangkan kakak iparnya.

Setengah jam berlalu, Ilham yang baru tiba langsung mendapatkan adik kembarnya yang sudah lencun dek air mata.

"Sis, kau okey tak? Syad macam mana?" soal Ilham.

"Aku tak tahu. Dah setengah jam, tapi doktor tak keluar pun lagi. Aku takut sangat, Am. Aku nak jumpa Irsyadi. Aku salah sebab tak percayakan dia. He risks his life for me. Aku nak Irsyadi." Nadhia menangis lagi. Tubuh Ilham didakap erat.

Ilham mengusap lembut belakang adik perempuannya. Dia tahu Nadhia pasti terkejut.

"Dia akan okey. Kau masih sakit, tak boleh macam nie. Kau dah makan atau belum?" soal Ilham pula.

"Belum lagi. Kak Nad tak nak makan. Dah puas Via pujuk. Kak Nad kata, dia nak tunggu sampai abang keluar." kata Chrisevia pula.

Ilham menghela nafas. Irsyadi, Irsyadi, Irsyadi. Apa yang kau dah buat nie?

🌸🌸🌸

"I minta maaf, Nadhia. Berlaku komplikasi semasa pembedahan. I don't know if he's gonna make it or not."

Seakan hendak luruh jantung Nadhia mendengarkan kata-kata Aiman. Air matanya tidak berhenti mengalir. Malah, semakin deras.

"Abang, bangunlah! Abang kata Dhia nyawa abang. Abang kata abang nak Dhia bahagia. Macam mana Dhia nak teruskan hidup kalau abang tak ada? Dhia perlukan abang. Macam mana Dhia nak bahagia tanpa abang? Dhia masih perlukan abang sebagai pembimbing Dhia. Please, wake up." Nadhia meronta sambil memeluk tubuh lelaki itu.

"Dhia masih sayangkan abang dan akan selamanya sayangkan abang. Dhia tak bermaksud pun nak cakap macam tu. I love you. I really do. Dhia tak nak putuskan ikatan dengan abang. Dhia perlukan abang. Izz perlukan abang. Abang, tolonglah bangun." Teresak-esak Nadhia dibuatnya.

Tiba-tiba bunyi 'bib' yang panjang membuatkan Nadhia memalingkan wajah pada mesin yang mendeteksi(?) denyutan nadi. Satu garisan lurus itu cukup membuatkan Nadhia tergamam.

"No! Abang jangan macam nie. Abang jangan tinggalkan Dhia. Abang!"

Aiman menghampiri katil pesakit. Nafas dihembus sesaat dia selesai memeriksa nadi Irsyadi.

"Innalillahiwainna--"

💎💎💎💎💎

Akankah berakhir dengan kematian?

Hmmmm

Keep voting and comments...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now