BAB 23

4.2K 116 14
                                    

Setelah makan(?) di kantin, mereka bertiga berura-ura hendak ke kelas. Tiba-tiba, mata Harfizah tercantap sesuatu.

Di mencuit agak kasar lengan Asheera dan Nadhia.

''Apa kau ni?!'' soal Nadhia bengang.

''Entah dia ni!'' sokong Asheera lalu menampar lengan Harfizah.

''Ouch!'' aduh Harfizah. Lengannya digosok lembut.

''Bukanlah! Tengok tu.'' ujarnya sambil menuding jari ke arah seorang murid lelaki yang baru berlalu ke pantri.

''Tu Hafiezy, kan?'' soalnya teruja.

''Kalau dia pun, kau dah kenapa?'' soal Asheera hairan.

''Rindulah nak tengok muka dia yang cute tu.'' ujarnya sambil meraup pipinya sendiri.

Nadhia dan Asheera memandangnya dengan pandangan kau-pahal-ni?

''Kau tak payah nak gedik sangatlah. Aku debik, kang!'' ujar Asheera memberi amaran.

''Gedik?! You are just like Syasya!'' sokong Nadhia pula.

Harfizah membeliakkan matanya. ''Syasya?! Eww! I'm totally opposite!''

''Weyh! Coklat tu nampak sedaplah.'' ujar Asheera tiba-tiba apabila matanya tercantap pada Vivian yang sedang makan(?) coklat.

''Kau nak ke? Pergilah beli dekat pantri.'' ujar Vivian.

''Kumpulan siapa hari ni?'' soal Nadhia pula.

Kebiasaan bagi mereka. Setiap hari akan ada satu kumpulan dari setiap kelas yang akan menjual 'air tangan' mereka di pantri sekolah.

''Hari ni kumpulan Zeen, Fiezy, Zamrin dan Ilham. Oh! Refqee and Herry too.'' jawab Vivian sambil menikmati coklat marshmallow yang dibelinya tadi.

''Patutlah beria-ia(btlkh eja) sangat suruh aku buat dessert untuk dia semalam.'' ujar Asheera pula.

''Jom pergi tengok!'' ajak Harfizah.

🌸🌸🌸

PANTRI...

''Fizah, tadi kau kata nak belanja kitorang kan?'' ujar Asheera selamba.

''Eh, bila masa pulak?!'' soal Harfizah terkejut.

Nadhia yang berura-ura hendak mengeluarkan duitnya terus tidak jadi. ''Betul tu, Sheera.''

''Teruklah korang ni. First day masuk sekolah kot hari ni. Apalah nasib...'' keluh Harfizah. Namun, tetap juga dibayar.

''Tak baiklah korang buat Fizah macam tu. Treatlah dia elok-elok.'' tegur Hafiezy dengan sopan sambil menyambut huluran(?) wang Harfizah.

Pipi Harfizah bertukar merah mendengar teguran Hafiezy. Siapa yang tak happy bila kena back up dengan crush sendiri. Dia tersenyum mengejek pada Asheera dan Nadhia.

''Asheera memang teruk! Dari dulu lagi.'' tambah Zamrin. Lidahnya dijelirkan pada Asheera.

Kali ini muka Asheera pula yang berubah merah. Bukan blushing tapi menahan marah(act geram).

''Kau jangan tambah-tambah, boleh tak?!'' bentaknya. ''Orang dah tolong bukan nak cakap terima kasih ke thanks ke apa.''

Sekali lagi Zamrin menjelirkan lidahnya.

''Zam, dahlah tu.'' tegur Hafiezy.

''Kejap lagi loceng bunyi. Korang pergilah masuk kelas.'' ujar Ilham pula.

''Kau dengan yang yang lain pula?'' soal Nadhia pula ingin tahu.

Sejak mengetahui Ilham adalah saudara kandungnya, panggilan mereka pun berubah. Mereka kerap menggunakan aku-kau dan Ilham kerap menggelarnya ‘sis’.

''Kalau kitorang masuk kelas, siapa nak kemas semua ni, sis?'' soal Ilham semula sambil tersenyum simpul.

''Eh, Fizah! Tadi kau kata nak tolong kemas, kan?'' soal Nadhia pada Harfizah pula.

''Eh, taklah! Tadi dia kata biar je dia kemas sorang sebab hari ni dia nak kumpul pahala. Kan, Fizah?'' balas Asheera selamba.

Harfizah pula terpinga-pinga. What the fish! Hish! Apalah nasib dapat kawan macam ni!

Hafiezy hanya mampu menggeleng melihat karenah sahabat-sahabatnya. Dia tahu, sebab mengapa Harfizah hanya mengikuti apa yang mereka kata adalah kerana dia mempunyai semangat setia kawan yang kuat.

Walaupun selau dibuli, tapi mereka tetap kawan baiknya. Cuma Harfizah sering kalah dengan mereka berdua dari segi mental, fizikal dan IQ.

''Kalau macam tu jomlah kita masuk kelas.'' ujar Razeen pula yang terlebih teruja. Siapa yang tak gembira kalau tak payah mengemas. Dahlah dia memang pemalas. Dia bukan kisah sangat pun pasal Harfizah.

''Pergi masuk kelas sana! Aku boleh buat sendiri.'' ujar Harfizah merajuk.

Hafiezy tersenyum. ''Korang masuklah dulu. Biar aku tolong Fizah. Kesian pula dia kemas sorang.''

''Wah, wah, wah!'' usik Herry. Diikuti dengan yang lain. Lebih-lebih lagi Asheera dan Nadhia.

''Jomlah kita masuk kelas. Ada orang tu nak MENGEMAS. Kacau pula kita nanti.'' usik Refqee pula. Muka Harfizah semakin merah. Hafiezy pula hanya tersenyum sambil menggeleng. Tahu benar perangai sahabat-sahabatnya itu.

''Dahlah. Jom masuk kelas. Jangan dating lama-lama tau.'' pesan Nadhia pula yang lebih kepada mengusik.

🌸🌸🌸

Nadhia melalui lorong form 3 tidak senang hati. Sedari tadi dia merasakan ada orang yang mengikutinya. Bila memandang ke belakang, tiada pula sesiapa.

Tiba-tiba dia ditarik kasar dari belakang. Badannya disebamkan(?) ke dinding.

💎💎💎💎💎

HuhuHu... No idea...

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now