BAB 36

3.7K 107 6
                                    

Cahaya matahari yang menembusi cermin tingkap membuatkan Nadhia menggeliat. Masih belum bersedia menghadapi sinar pagi. Selimut ditarik agar menutupi wajahnya. Namun, bunyi deringan telefon bimbitnya membuatnya terbangun juga. Alarm yang menggangu mimpi indahnya dimatikan. Dia cuba bangun, tapi kepalanya terasa agak berpinar. Matanya dibuka perlahan.

Alangkah terkejutnya Nadhia melihat dirinya hanya dilitupi selimut tanpa seurat benang pakaian pun yang tersarung pada tubuhnya.

Apa dah jadi? Kenapa aku macam ni? Syad! Mana Syad? Nadhia menoleh sekeliling bilik itu, namun kelibat Irsyadi langsung tidak dilihatnya. Telinganya menangkap bunyi aliran air dari bilik mandi.

Kepalanya sakit lagi. Kejap, macam mana aku boleh ada dalam bilik ni? Semalam aku jumpa Syasya, lepas tu... Aku pening. And...

Air matanya mengalir deras. Ya, dia mengingati semuanya. Bukan Irsyadi yang salah. Dirinya sendiri. Dia yang mendorong Irsyadi. Dia malu. Malu dengan kelakuannya sendiri sebagai seorang wanita.

Pintu bilik mandi terbuka. Irsyadi keluar dengan memakai bathrobe sahaja. Air mengalir dari rambutnya yang masih basah.

Dia melihat Nadhia telah bangun or maybe dah sedar. Dan, Nadhia menangis. Segera dia menghampiri Nadhia.

"Sayang, kenapa nangis ni? I'm sorry. Abang tak berniat nak ambil kesempatan pada Dhia. Tapi,.."

Kata-katanya terhenti akibat tindakan drastik dari Nadhia yang tiba-tiba memeluknya. Lambat-lambat dia membalas pelukan itu. Pelukan hangat seorang isteri.

"Dhia minta maaf. Dhia tahu Dhia tak patut berkelakuan macam tu semalam. Dhia..."

"Shhh. Sayang tak salah pun. Abang yang tak sepatutnya sentuh Dhia dalam keadaan macam tu. Stop crying, please? Kalau Dhia nangis, abang yang rasa sakitnya." Pelukan direnggangkan. Air jernih yang mengalir di pipinya diseka.

"Pagi dah ni. Pukul 9 dah. Pergi mandi. Lepas tu nak pergi shopping  dengan Sheera, kan?"

Nadhia masih berdiam diri. Pandangannya diarahkan ke bawah. Masih tidak berani hendak berbalas pandangan dengan suaminya.

"Sayang, dengar tak ni? Atau nak rehat je dalam bilik? Nak abang bagitahu diorang Dhia tak sihat?"

Nadhia menggeleng perlahan.

"Kejap, abang ambilkan bathrobe."

Almari dibuka, sehelai(?) bathrobe putih di ambil dan dihulurkan pada Nadhia.

🌸🌸🌸

"Nad, kau okey tak? Zam kata semalam kau pengsan." Soal Asheera risau. Zamrin baru saja memberitahunya kononnya dia pengsan semalam.

"Pengsan?" Soal Nadhia semula. Pandangannya terarah pada Zamrin. Zamrin segera melarikan mata. Dia begitu berharap Nadhia tidak mengingati hal semalam.

"Ha'ah. Kau pengsan semalam, kan? Lepas tu ki... kitorang bawa kau pergi bi... bilik Syad." Jawab Zamrin. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus gagap hanya dengan soalan dari Nadhia.

Ilham tergelak kecil melihat Zamrin.

"Oh! Ha... Ha'ah. Aku pening semalam, lepas tu pengsan dekat lobi. Kau ke yang bawa aku balik bilik?" Soalnya semula. Fikirnya Irsyadi yang menjumpainya dan membawanya balik.

"Taklah, Ilham yang bawa kau." Balas Zamrin lagi.

"Ilham?" Dia seperti teringatkan sesuatu tentang Ilham. Matanya membulat. Ilham! Dia yang paph aku semalam. Dan, aku... peluk dia?! Mukanya merona merah. Irsyadi dan Ilham perasan akan hal itu.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now