"Innalillahiwainna--"
"Jangan lebih-lebih, Aiman."
Nadhia mengangkat wajah. Pandangannya silih berganti. Tergamam? Kaku? Apa nie?
"Bangunlah woi! Aku tukar bandage kat lengan kau je pun. Tak ada maknanya sampai boleh mati. Dahlah memenuhkan bilik bedah. Aku hempuk juga guna kerusi nie kang." Aiman meluku kepala Irsyadi sekadar bergurau.
Irsyadi akhirnya membuka mata. Tangan Aiman ditepis laju. Kedengaran tawa kecil keluar dari mulutnya.
"Abang...?"
Irsyadi menoleh pada Nadhia pula. Sengihan ditayang. "Hei, sayang!"
Nadhia menyeka kasar air matanya. Tajam pandangannya menikam mata Irsyadi sebelum beralih pada yang lain.
"Apa nie?"
"Via belum makan tengah hari, kan? Jom, Abang Am belanja. Ada satu restoran nie, nasi kerabu dia sedap gila!" kata Ilham pada Chrisevia.
"O-oh! Jom! Via pun tengah lapar sangat nie! Via pergi dulu, eh?" kata Chrisevia pula sebelum meninggalkan wad tersebut bersama Ilham.
"Pandai buat masalah, pandai settle. Good luck, iparku!" ucap Ilham sebelum keluar.
Nadhia meluru ke arah Irsyadi. Butang baju hospital yang lelaki itu kenakan dibuka kasar. Tak ada! Sehelai kain bandage pun tiada membaluti tubuh itu. Hanya ada satu balutan pada lengan kirinya.
"Apa nie?! Abang tipu Dhia? Aiman?!"
Aiman segera mengangkat kedua belah tangannya. "I minta maaf, Nadhia. Hubby you yang ugut I. Dia gunakan persahabatan kami. Bukan salah I."
"What--"
"Sayang, dengar dulu apa abang nak cakap. Please?" pinta Irsyadi.
"Nak cakap apa lagi?!"
"Okey, aku rasa better aku keluar dulu. Korang berbincanglah elok-elok. Jangan sampai ada yang patah riuk pulak, ya? Nadhia, I keluar dulu." pamit Aiman sebelum menghilang dari pandangan. Sepantas kilat dia keluar dari wad tersebut. Takut punya pasallah tu bila kena jeling.
"Sayang..."
"Sayang apa?! Hari tu abang cakap abang tak pernah tipu Dhia. Tapi, hari nie? Nie, nadi nie hampir hilang denyutan, tahu tak? Apa yang abang fikirkan?! Abang suka sangat tengok Dhia menangis macam tu ke?" bentak Nadhia.
"Tak! Sayang dengar dulu--"
"Apa lagi?!"
Irsyadi melepaskan keluhan. Tiba-tiba lengan kirinya terasa sedikit pedih. Namun, langsung tidak dihiraukan.
"Abang tak ada niat nak tipu isteri abang. Abang sayang Dhia sangat-sangat dan abang tak boleh berpisah dengan isteri abang. You are my other half, my soul. Abang tak boleh terima bila Dhia kata Dhia nak berpisah. I love you so much. Baru tadi semuanya terbukti. Dhia yang tipu abang dan diri Dhia sendiri." ucap Irsyadi.
"Tapi, ini bukan caranya--"
"Apa pun caranya, abang sayang Dhia sampai bila-bila. InsyaAllah, cinta abang takkan berubah hingga nyawa memisahkan kita."
Mengalir air mata Nadhia saat kata-kata itu menyentak gegendang telinganya. Tangannya naik mengusap lembut pipi Irsyadi sebelum dia menyembamakn wajah ke dada lelaki itu.
"Tolong jangam buat macam tu lagi. Dhia minta maaf sebab tipu abang dan Dhia minta maaf sebab tak percayakan abang. Dhia sayang abang sampai bila-bila." Nadhia memeluk erat tubuh itu seakan tidak mahu dilepaskan.
YOU ARE READING
〘✓〙My Little Young Wife
Romance"Janji jangan tinggalkan Dhia?" - Zahratul Nadhia "Memiliki sayang adalah detik yang paling bahagia dalam hidup abang." - Iqbal Irsyadi "Aku nak kau jadi milik aku." - Kelvin Syafwan ❧❧ ❧❧ ❧❧❧❧❧ ❧❧❧ ❧ Status ; Complete ✔ Start ; 2...