BAB 59

2.8K 86 6
                                    

"Kenapa ada guard kat depan pintu? Aku nak masuk pun dia minta IC bagai."

"Tulah! Tak malu ke tengok IC orang? Macam tak ada sendiri punya."

"Sorry, aku cuma nak pastikan Nadhia selamat. That's all."

"Dah terlebih selamat pun! Dah wad VIP, ada pulak guard. Rimas, tahu?"

"Ermm..."

Nadhia membuka matanya. Langsung saja dia tercantap pada figura 5 orang manusia berada di dalam wad yang ditempatkan untuk dirinya. Mungkin mereka sedang berbincang. Tapi, suara terlebih volume. Itulah mengapa tidur Nadhia terganggu.

"Sayang!" Irsyadi mendekati Nadhia dan membantunya untuk bangun.

"Congrats, Nad!" Ucap Asheera dan Syakinah serentak.

"Thanks." Nadhia tersenyum. Baru saja beberapa jam yang lalu dia menerima kunjungan dari ibu bapa serta keluarga mentuanya. Kini, didatangi pula oleh rakan-rakannya.

"Tak sangka aku tiba-tiba jadi tua. Dah dapat gelaran 'Pakcik'. Sedih hidup!" Ucap Ilham.

"Awak memang dah tua pun. Tak sedar lagi ke?" Ejek Ain.

"Umie dengan abah dah balik?" Soal Nadhia.

"Baru je balik. Katanya dapat emergency call dari Uncle Azhar berkenaan cawangan kat Itali. Ada masalah sikit. So, umie dengan abah kena bergegas naik flight balik sana." Jelas Ilham.

Nadhia mengangguk faham. Dia beralih pada Irsyadi pula. "Ibu dengan ayah?"

"Kebetulan, rupanya diorang rakan kongsi kat Itali. Jadi, ayah dengan ibu pun pergi sana juga." Jelas Irsyadi pula.

"Bila nampak kau macam nie, aku tiba-tiba rasa macam tak nak kahwin." Ujar Ain tiba-tiba.

"What?! Mana boleh macam tu!"

"Asal kau pulak yang emo, Ilham?" Soal Asheera.

"Erkhm! Bukan apa, semua manusia kan dijadikan berpasangan, jadi mana boleh kalau fikir macam tu." Ujar Ilham.

"Memanglah dia yang emo. Macam mana dia nak ada waris nanti kalau Ain tak nak kahwin?" Ujar Nadhia selamba.

"Sis, kau dah terlantar kat atas katil hospital nie pun masih nak kenakan orang lagi kan?" Ilham menatap Nadhia dengan pandangan kau-cakap-lagi-aku-dera-anak-kau .

Ain hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur akan hal kembar tak seiras itu. Nadhia ketawa kecil. Tangannya diangkat tanda menyerah.

🌸🌸🌸

"Diorang dah balik?" Soal Nadhia.

"Dah. Kalau tidak, tak adanya ruangan nie senyap, sayang." Balas Irsyadi. Nadhia tayang senyum.

"Abang dah makan?" Soal Nadhia.

"Dah kenyang, sayang. Kenyang tengok muka baby kita yang comel macam mama dia." Balas Irsyadi lalu mengundang tawa Nadhia.

"Sayang, thank you so much. Terima kasih sebab sanggup lahirkan anak abang. I love you so much." Ucap Irsyadi. Tangan Nadhia dicium kasih.

"Sama-sama kasih. Siapa nak lahirkan anak abang kalau bukan Dhia, kan?" Balas Nadhia.

"Abang sayang Dhia sangat. Sangat-sangat." Ucap Irsyadi lagi.

〘✓〙My Little Young WifeWhere stories live. Discover now