PART 2

383 6 0
                                    

“Maz, kau dah gila ke? Ya, memang kita kawan baik. Tapi, tapi, Maz, aku tak boleh terima adik kau tu. Kitorang tak kenal antara satu sama lain pun.” Kata Daim panjang lebar.
Dia benar-benar terkejut dengan Kata-kata Mazliana. Dia ingatkan, hal apalah yang membuatkan Mazliana menelefonnya malam-malam. Rupa-rupanya Mazliana inginkan dia memperisterikan adik kembar Mazliana yang bongsu? Aduh, pitam sekejap. Daim tahu, Mazliana mempunyai tiga saudara kembar.

“Daim, tolong aku, Daim. Kau tak kesiankan adik aku ke? Dia dah tak ada siapa-siapa lagi dah. Andaikata jadi apa-apa pada aku dan dua orang lagi adik aku tu, siapa lagi nak jaga dia, im? Cuma kau yang aku harapkan.” Pujuk Mazliana lagi. Dia akan buat apa sahaja untuk adik tercintanya ini. Dia sangat sayangkan Mailin dunia akhirat.

“Maz, aku bukan tak nak tolong kau. Tapi, aku tak kenal dia, Maz.”

“Kau boleh kenal dia kalau kau nak. Sebenarnya kau tak nak, kan? Kau tak nak dekat adik aku tu sebab dia bukan macam perempuan lain, kan? Ya, aku tahu dia memang tak sempurna macam orang lain. Tapi bagi aku dan adik-adik aku, dia sempurna, paling sempurna. Tak apalah Daim, sorry kalau aku ganggu kau. Aku balik dulu. Assalammualaikum.” Mazliana terus bangun. Panggilan Daim Mazliana pura-pura tidak dengar. Biarlah, hatinya sakit sekarang ini.
Mazliana tahu apa yang Daim cuba hendak sampaikan. Dia tidak mahu memperisterikan Mailin kerana Mailin cacat kan? Dia faham. Sangat-sangat faham. Padanya, adik bongsunya itu tidak cacat. Dia Cuma terkejut, troma. Itu sahaja.

Daim menghempaskan badannya ke atas katil. Sesak kepalanya memikirkan permintaan Mazliana yang tidak masuk akal ini. Aduh, parahlah dia.

‘Lain yang aku maksudkan, lain pula si Mazliana ini fikir. Apa harus aku buat ni? Terima, ke?’ Monolognya. Sungguh kepalanya pening sekarang.

“Daim sayang, dengar cakap mak su ni, kalau Daim pening nak buat keputusan, istiqarahlah. Insya-Allah, Daim akan dapat jawapan tu.” Tiba-tiba terngiang-ngiang suara mak sunya. Dia sangat rindukan maksunya.

“Im rindu mak su.” Perlahan-lahan tangan Daim diletakkan didada. Matanya terpejam rapat. Wajah mak sunya bermain-main di ruang mata. Dia tidak boleh bertahan lagi. Telefon bimbit yang berada di celah bantal Daim ambil. Papan kekunci handphone dia sentuh beberapa kali. Setelah itu, dia melekapkan handphonenya di telinga.

“Helo?” Belum sempat pemanggil sana memberi salam, dia terlebih dulu menyapa di balik sana.

“Helo, handsome boy, dah tak ingat kitorang, ke? Amboi, lamanya hilang? Sesat tak jumpa kitorang ya?” Suara di sana sinis memerli.
Daim tergelak kecil. Luculah.

“Assalammualaikum, kak asha, maaflah, Im busy sikit lately ni. Emm,akak sihat, tak?” Kata Daim cuba memujuk.
Marsha mencebik berkali-kali. Dia tahu Daim tidak Nampak. Pedulilah, dia nak buat juga. Poyo saja adik sepupunya ini.

“Eleh, baru nak Tanya khabar. Akak sihatlah yang jawab call Im ni. Yang Im tu, Sihat tak? Ni call ni, kenapa? Tanya Marsha. Masih lagi bernada sinis.

“Aik, dah tak boleh telefon ke, akak? Im call, sebab Im rindulah. Itu pun tak tahu?”

“Eleh, yalah tu rindu. Ni call ni, nak cakap dengan mama tak?” Duga Marsha.
Daim sedikit terjerit.
“eh, mestilah nak. Im rindu sangat ni, kak.”
Marsha disebelah sana tergelak mendengar suara gelabah adik sepupunya ini. Sungguh dia sudah menganggap Daim seperti adiknya sendiri.

“Ha, yalah, kejap akak panggilkan mama.” Kata Marsha.
Daim tersenyum dengan telatah kak marshanya. Dia sudah menganggap Marsha ini seperti kakak kandungnya. Kebetulan, Marsha dan kakak kandung Daim iaitu Dania Izana berkawan baik. Marsha selalu sahaja datang rumah Dia borak-borak dengan kakak dia. Itu yang makin akrab tu.

Sayang, abangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang