"Assalammualaikum Mohd Danial Imran? sihat ke? kenapa lama tak call kitorang? dah tak rindulah tu, ya?"
Suara sebelah sana membuatkan Daim bahagia sekali."Maksu, Waalaikumusalam. Rindulah, gila tak rindu maksu kesayangan ni? just busy sikit lately ni. Maksu sihat tak?"
"Alhamdulillah sayang. Maksu sihat. Ni, mummy dengan daddy cakap Im dah lama tak call diorang ya?"
Daim tergelak sungguh-sungguh mendengar kata-kata mak su dia ini. Amboi, dasyat mummy dengan daddy dia. Anak bongsu tak telefon pun diorang mengadu dekat adik diorang ni."Ala, mummy dengan daddy ni. Tak rock langsung. Ada ke itu pun diceritanya dekat mak su. Im bukan tak nak call. cuma macam Im cakap tadilah, Im busy sikit. Emm.." Daim terdiam seketika. Berkira-kira hendak memberitahu tentang masalahnya ini atau tidak.
"Yess, ada masalah ke? mak su tahu, kalau Im call malam-malam ni, ada masalahlah tu kan?"
Daim senyum. Bijak mak su dia ini."Kawan Im suruh Im kahwin dengan adik dia. Im tak tahu nak buat apa. Im nak tolak tapi, Im kesiankan dia. Ayat-ayat sedih dia tu buatkan Im tak sampai hati nak tolak. Tambahan pula, adik dia tu ada masalah sikit. Mental dia drop lepas mak ayah dia meninggal. So, perangai dia macam budak-budaklah. Apa yang Im nak buat, mak su?" Cerita Danial panjang lebar.
Laila mendengar khusyuk."Im dah solat istaqarah? kalau belum, nanti solat sungguh-sungguh. Kadang-kadang, jodoh kita ni datang banyak cara. Tanpa kita sedar, dia tu jodoh kita."
Kata-kata dan pertunjuk solat istiqarahnya jugalah dia bersetuju memperisterikan gadis yang dia tidak kenal. Esok sahaja hari bahagianya akan tiba.
Esok? cepatnya. Sudah bersediakah dia?

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang, abang
De TodoMenceritakan kisah kembar empat . Ayah dan ibunya meninggal dunia .