PART 10

210 5 0
                                    

Daim meletakkan ais batu pada benjolan di kepala Mailin. Daim benar-benar tidak sangka, mummy sanggup buat isteri dia macam itu.

"Abang, sakit..adik sakit, abang. Adik rindu kakak-kakak, adik rindu ibu. Kenapa semua tinggal adik?" Tanya Mailin sebak.
Daim cuba untuk senyum. Dia tidak mahu Mailin tertekan lagi. Dia tidak mahu Mailin sedih lagi.

"Alaaa, janganlah sedih. Abang kan ada? Mai tak suka ada dengan abang ya?" Tanya Daim sambil menyapu ubat pada luka Mailin.

"Hmm. Suka. Tapi, kalau abang pergi kerja, adik kena tinggal dengan mak cik tu. Adik tak naklah. Abang, jomlah jumpa ibu. Adik tak tipu..Tadi adik nampak ibu."

"Tak, Mai. Itu mak su, bukan ibu, sayang. Ibu dah tak ada." Pujuk Daim lembut. Entah sekarang ini dia rasa kasihnya sudah tumpah buat adik arwah kawan baiknya.

"Tak, bang. Adik nampak ibu. Jomlah kita pergi jumpa ibu. Adik nak jumpa ibu. Adik nak tinggal dengan ibu. Adik tak nak tinggal sini. Abang tahu, tadi mak cik tu tarik rambut adik kuat-kuat. Mak cik tu hantuk kepala adik kat dinding, mak cik tu kurung adik. Dia tak bagi adik jumpa ibu. Adik lapar, adik belum makan."
Allah, Daim tidak dapat lagi menahan airmatanya. Pelukan pada Mailin, Daim ketatkan. Dia rasa bersalah sangat kerana buat hidup Mailin menderita. Suami apa dia ini?

"Maafkan abang, Mai. Abang tak mampu lindungi Mai. Abang mintak maaf." Rintih Daim. Lajunya airmatanya tidak dia hiraukan.

"Abang, kenapa abang nangis?" Mailin memegang pipi Daim. Airmata Daim, Mailin sapu perlahan.

"Abang janganlah nangis. Adik sayang, abang. Adik tak suka tengok abang nangis. Adik lagi sakit." Kata Mailin sambil terus memegang pipi Daim.

"Mai, abang sayang Mai. Kita keluar dari sini ya? Mai cakap aje, Mai nak pergi mana. Abang bawakann."

"Jumpa ibu."
Permintaan itu membuatkan Daim serba-salah. Kalau boleh, memang dia ingin bawa Mailin bertemu mak su. Tapi, dia bimbang, akan menambah luka dalam diri Mailin.

"Nanti abang usahakan, okey? sayang tidur dulu. Abang nak kemaskan barang-barang kita." Kata Daim sambil bangun dari katil. Telefon bimbitnya, Daim keluarkan.

"Helo, kak Sha. Boleh datang sini tak? Im ada nak discuss something..

SABAR YEE, NANTI SAYA SAMBUNG LAGI. SY TIDUR DULU. SELAMAT MALAM SEMUA.

Sayang, abangWhere stories live. Discover now