Daim menarik Mailin untuk turun. Kini, mereka sudah sampai di kediaman orang tua Daim. Bukan Daim tak mahu bawa Mailin ke rumahnya, dia mahu sangat. Tapi, kalau dia bekerja, bagaimana dengan Mailin? bagaimana dia hendak makan? siapa yang hendak temankan dia nanti? Sekurang-kurangnya di sini, ada mummy, daddy dan kak Dania yang akan tengok-tengokkan Mailin.
"Abang, ni rumah siapa?" Tanya Mailin polos.
"Ni rumah mummy abang. Maknanya, mummy Mai jugalah. Dah, jom masuk."
Daim dan Mailin melangkah masuk. Kelihatan Hawa dan Darias sedang rehat-rehat di ruang tamu."Assalammualaikum, mummy, daddy." Daim memberi salam dan menyalami Darias dan Hawa.
"Macam mana dengan pengkebumian kakak-kakak dia? dah selesai?" Tanya Darias sambil memberi ruang anak dan menantunya untuk duduk.
"Alhamdulillah, daddy. Semua dah selesai. Kami tak nak lengah-lengahkan pengkebumian diorang." Terang Daim.
Sekali-sekala Mailin curi-curi memandang wanita anggun di sebelah ayah mertuanya."Kalau dah mak tu perampas, sampai ke anak-beranaklah dapat balasan. Kenapa kau bawa dia datang sini? kenapa?" Tanya Hawa keras.
Terkebil-kebil Mailin memandang Hawa. Dia tak tahu hendak beri reaksi yang bagaimana lagi. Alahai Mailin. tahukah enkau sekarang ini orang sedang memperkatakan tentang keluarga engkau? Kasihan dia."Mummy, sudahlah tu, mummy. kakak-kakak dia baru meninggal, mummy. Mummy tak kesiankan dia?" Tutur Daim lembut.
"Ahh, ada mummy kesah?" Tiba-tiba, Hawa menarik Mailin bangun dan menolaknya kuat. Tindakan Hawa pantas. Tidak sempat Darias dan Daim menghalang.
"Eh, perempuan. Kau tahu tak, sebab mak kau adik aku menderita. Tahu tak?"
Mailin jatuh. Kepalanya terkena bucu meja.."Ya Allah, mummy. Apa yang mummy buat ni?" Dania yang baru turun terkejut melihat adik iparnya diperlakukan sebegitu.
Comel adik ipar dia ini. Sejuk mata memandang."Kenapa mummy buat isteri Im macam ni? dia tak salah. Yang salah, ibu ayah dia. Dia tak salah, mummy." Rintih Daim kecewa.
Mailin yang sedang menangis teresak-esak, Daim peluk seerat mungkin."Abang, adik sakit, abang. Tolong adik. Ibu, adik sakit." Tangisnya sayu.
"Sudah Im. Bawa dia masuk bilik." Arah Darias tegas.
Daim dan Dania memimpin Mailin untuk bangun. Dania curi-curi pandang wajah Mailin. Ada iras-iras wajah Marsha.'Sha, kesian adik kau ni, Sha. Aku harap, kau dengan mak su tak hukum dia ni lagi. Cukuplah mummy buat dia.' Monolog Dania sendiri.
"Siapa nama isteri Im ni?" Tanya Dania memecah kesunyian.
"Mailin. Semua panggil dia Mai." Jawab Daim pendek.
Sebenarnya, dia sedang memikirkan tempat tinggal yang sesuai untuk Mailin. Di hadapan matanya dan daddy pun, mummy sanggup buat Mailin macam tu. Kalau di belakang dia nanti? Allah, dia tidak sanggup melihat isterinya tersiksa. Dia sangat lurus untuk menerima ujian sebesar ini."Sakit ya, sayang?"
Suara Dania telah melenyapkan segala angan-angan Daim."Sakit." Jawab Mailin sepatah.
YOU ARE READING
Sayang, abang
RandomMenceritakan kisah kembar empat . Ayah dan ibunya meninggal dunia .