SAMBUNGAN PART 8

203 5 0
                                        

"Sakit." Jawab Mailin sepatah.

"Nama akak, kak Dania. Akak ni kakak Daim. So, akak kakak Mai jugalah. Mai tidur, okey? nanti, Daim sapu ubat."
Mailin tidak banyak kerenah seperti selalu. Dia rasa penat tika ini. Tiba-tiba sahaja kakak-kakaknya pergi tinggal dia seorang diri, tiba-tiba sahaja dia ada abang Daim, tiba-tiba sahaja mummy Daim tolak dia dan tiba-tiba sahaja dia ada kak Dania. Penat. Otak dia rasa penat sangat.

"Kesian dia, Im. Dahlah mental dia tak sihat. Akak tahu ni pun sebab akak dengar mummy dengan mak su borak-borak. Mummy ceritakan semuanya pada mak su."
Daim lepaskan keluhan dalam. Esok, dia ada mesyuarat penting di pejabat. Macam mana dengan Mailin?

"Dah tu, mak su cakap apa, kak? Tanya Daim.

"Mak su menangis aje, Im. Dia tak sangka, anak saudara kesayangan dia kahwin dengan anak perampas suami dia."

"Tapi itukan salah ibu dia, kak? kenapa mesti nak siksa orang yang tak berdosa, kak? esok Im nak pergi office. Ada meeting sikit. Daddy pun kjoin. Siapa nak tolong tengok-tengokkan Mailin ni?" Luah Daim risau. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi.

"Im, Allah kan ada, Im? Im serah semuanya pada Allah ya, dik? Akak yakin, Allah bantu dia. Dia teraniaya ni. Sudahlah, Im rehat, okey? akak keluar dulu. Good night, dik."

"Good night, kak Nia." Kata Daim perlahan.
Setelah Dania keluar dari kamar Daim, Daim merebahkan badannya di sebelah Mailin. Wajah polos Mailin Daim tatap penuh kasih. Air jernih yang terkumpul di kelopak mata si isteri, Daim kesat dengan jarinya.

'Tidurlah sayang. Mimpi indah, okey? waktu tidurlah Mai boleh keluar dari dunia realiti Mai. Pergilah kemana yang Mai inginkan. Tapi, apabila matahari menampakkan sinarnya, pulanglah ke pangkuan abang. Abang selalu menanti Mai.'

Sayang, abangCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang