PART 3

253 4 0
                                    

"Kak ngah, kenapa ramai orang datang? kenapa Mai kena makeup cantik-cantik? kenapa banyak makanan-makanan? nak kahwin memang macam ni ke?" Polos Mailin bertanya. Sejak akhir-akhir ini, orang disekililingnya asyik sebut pasal kahwin sahaja.

"Iya, sayang. Nanti, bila Mai dah kahwin, Mai kena dengar cakap suami Mai, okey? jangan melawan dia." Pesan Mastura. Entah mengapa, rasa berat dia hendak melepaskan adik kembarnya yang bongsu ini kepada orang. Bimbang orang apa-apakan dia. Mailin ini bukan macam orang lain.

"Angah, bawak Mai turun. Family Daim dah sampai." Kata Mazliana dan turun semula mendapatkan tetamu.
Dua pasang mata galak memerhati Mazliana. Tidak berapa lama kemudian, Mastura, Marissa dan Mailin turut turun ke bawah.
Makin terbeliak mata kedua-duanya melihat mereka.

"Kembar empat ke?" Salah seorang dari tetamu yang hadir bertanya.

"Iya, mak cik. Kami kembar seiras. Empat orang." Jawab Mazliana bagi pihak adik-adiknya.

"Ooo. Jarang nampak kembar empat ni. Selalunya yang kerap tengok kembar tigalah kan?"
Tersenyum sahaja mereka berempat. Tiba-tiba, salah seorang wanita yang asyik merenung mereka berempat bertanya,

"Boleh tahu nama mak ayah kamu?"
Masing-masing bingung mendengar pertanyaan Wanita itu. Marissa menjawab juga soalan wanita itu.

"Nama ayah Malim bin Mustapha dan nama ibu, Asiyah bt Asmadi mak cik."
Tiba-tiba, wanita yang bertanya tadi pengsan.

"Mummy, kenapa ni, mummy?" Daim cemas tiba-tiba.

"Tak apa, kita teruskan saja. Sekurang-kurangnya lepas akad nikah budak-budak ni." Darias selaku ayah kepada Daim membuat keputusan.

Sayang, abangWhere stories live. Discover now