Mailin rasa kepalanya sakit. Dia cuba pejam mata rapat-rapat. Tapi, ada orang yang cuba menariknya bangun dengan kasar.
"Hoi! bangun!" Pekik Hawa sekuat hati. Telinga Mailin, Hawa tarik sekuat hati.
"Adik dah bangun. Janganlah tarik telinga adik, adik sakit." Jawabnya lirih.
Hawa tidak hiraukan semua itu. Dia menarik rambut Mailin untuk bangun dan mengikutnya."Adik sakit.."
Hawa tidak hiraukan tangisan Mailin itu. Makin kuat Hawa menarik rambut Mailin. Makin Mailin merintih tersiksa, makin Hawa puas."Kau ingat, kau boleh senang-lenang macam puteri raja ke? boleh. Tapi, bukan kat rumah aku ni." Hawa menolak kepala Mailin kuat-kuat ke dinding. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Kau duduk sini sampai petang. Ingat, tak ada makan untuk kau!" Kata Hawa dan sengaja dia menumpahkan sabun yang banyak di lantai dapur.
"Kau mop lantai ni sekarang?"
Mailin memandang Hawa dengan pandangan simpati."Adik tak tahu buat." Jawab Mailin.
"Itu sebab mak kau, bodoh!" Serentak dengan itu, Hawa menampar Mailin sekuat hati.
Teresak-esak anak ini menahan keperitan."Dah, kau jangan banyak cakap. Aku nak kau mop semua."
"Assalammualaikum, kak hawa."
Suara orang memberi salam membuatkan perbuatan Hawa pada wanita malang ini terhenti. Cepat-cepat Hawa pergi mendapatkan orang itu."Eh, Laila. Kenapa Laila tak call dulu ni?" Tanya Hawa dan membawa adik kesayangannya masuk.
"Laila pergi giant tadi. Dah alang-alang dekat dengan rumah akak, tu yang datang ni."
"Ibu!" Jeritan seseorang membuatkan Hawa dan Laila memandang ke arah suara itu.
Mailin berlari-lari mendapatkan Laila. Dipeluknya Laila seerat mungkin."Ibu, adik sakit, bu. Adik sakit. Tolong jangan tinggal adik lagi, bu. Adik tak kuat, bu. Adik tak kuat. Ibu tolong jangan tinggal adik lagi. Adik sayang ibu. Adik janji, adik tak nakal-nakal, adik tak lawan cakap ibu. Adik janji, bu. Tolonglah, bu. Jangan tinggal adik." Rayu Mailin dengan penuh Sendu.
Laila melepaskan keluhan berat. Mungkin kerana inilah si suami memilih Asiyah. Kuasa Allah, wajah Laila dan arwah Asiyah ini memang seiras. Ada sedikit sahaja perbezaan. Tapi, memang sama. Mereka bukan kembar, sekadar sepupu. Tapi, memang wajah mereka seiras."Eh, tu bukan mak kau. Mak kau dah mati." Hawa menarik kuat tangan Mailin. Hawa membawanya ke dapur dan mengunci pintu dapur dari luar. Menjerit-jerit anak ini inginkan ibunya.
"Adik nak ibu! adik nak ibu! tolonglah, jangan tinggal adik. Ibu! tolong adik, bu. adik sakit, adik tak nak tinggal sini."
Dengan sepenuh tenaga perempuannya, Mailin menendang pintu dapur itu sekuat hati. Dia berlari mendapatkan Laila."Ibu, jangan tinggal adik, bu. Jangan tinggal adik."
Laila menolak Mailin lembut."Saya bukan ibu awak." Terketar-ketar suaranya menahan rasa. Antara rasa simpati dan rasa geram, Laila tidak tahu harus dahulukan rasa apa.
"Ibu tipu. Ibu, adik tak nak tinggal sini. tolonglah adik, bu."
Sekali lagi Hawa cuba menarik Mailin dari terus menyentuh Laila. Laila meronta-ronta ingin dilepaskan."Mummy, stop it, mummy. She is my wife. Kenapa mummy buat dia macam ni?" Entah dari mana, Daim datang memeluk Mailin.
"Dah, sayang. Jom ikut abang ya?" Kata Daim. Luluh melihat kecederaan di wajah si isteri. Sampai hati, mummy.
"Adik nak ibu, abang. Kenapa ibu tak kenal Adik.. Adik nak ibu. Adik sayang ibu. Adik tak nak duduk sini. Adik sakit." Adu Mailin teresak-esak.
"Tak, Mai. Tu bukan ibu Mai. Dah, jom ikut abang ya, sayang? kita pergi dari sini. jom. Mai jangan takut, abang ada dengan Mai. Mai selamat ok.
YOU ARE READING
Sayang, abang
RandomMenceritakan kisah kembar empat . Ayah dan ibunya meninggal dunia .