Sekali lafas sahaja Daim sah mmenjadi suami kepada Mailin bt Malim. Mazliana, Mastura dan Marissa serentak mengalirkan airmata. Entah mengapa, mereka berasa berat sekali untuk melepaskan adik bongsu mereka ini. Tapi, mereka gembira, selain mereka, ada seorang lagi yang boleh diharapkan untuk melindungi Mailin.
"Kenapa kak long, kak ngah dengan kak chik nangis?" Tanya Mailin turut mengalirkan airmata.
Dia memang pantang melihat kakak-kakak kembarnya menangis. Sayu sahaja hatinya."Eh, jangan nangis adik. Kitorang nangis, sebab kitorang happy. Ada orang akan jaga adik lepas ni selain kitorang." Kata Mazliana dan memeluk Mailin.
"Kak long, Daim datang tu."
Mereka bertiga memberi laluan untuk rombongan Daim mendekati Mailin."Assalammualaikum." Daim menyapa gadis yang sedang menunduk itu.
Mailin menjawab salam dan spontan menaikkan pandangannya."Abang ni siapa?" Tanya Mailin polos.
"Saya suami Mailin sekarang. Bagi saya sarung cincin ni pada Mailin dulu ya?" Lembut tutur kata Daim. Entah mengapa, Mailin berasa tenang dengan perlakuan lelaki di hadapannya ini.
"Cium tangan abang Daim, adik." Bisik Mastura pada Mailin.
Mailin tak banyak kerenah. Tiba-tiba,"Abang, perempuan tu tak boleh kahwin dengan Daim, bang. Tak boleh!" Suara ibu Daim menyentakkan semua yang berada di situ.
"Hawa, bertenang, Hawa. Istighfar. Tak baik Hawa macam ni. Anak kita dah kahwin pun. Kesiankanlah dia. Tak baik Hawa rosakkan majlis dia, sayang." Darias memujuk Hawa lembut. Dia tahu mengapa Hawa marah sangat-sangat.
"Tak, Hawa tak peduli semua tu. Yang Hawa tahu, Hawa tak nak anak perampas kebahagiaan adik Hawa, jadi menantu Hawa!"
Mazliana, Mastura dan Marissa memandang antara satu sama lain."Apa dah jadi ni, kak long? Siapa rampas kebahagiaan aunty tu? arwah ibu dengan ayah ke? apa diorang dah buat?" Tanya Marissa bertalu-talu.
Mazliana tidak menjawab soalan adiknya. Otaknya ligat memikirkan apa yang dikatakan oleh ibu Daim itu. Allah, mengapa jadi begini? ibu mertua mailin tidak sukakan mereka. Bagaimana kehidupan Mailin kelak?
YOU ARE READING
Sayang, abang
RandomMenceritakan kisah kembar empat . Ayah dan ibunya meninggal dunia .