Teaser

212 37 7
                                    

♥♥♥


Taehyung dan Seokjin duduk dengan tenang sambil menghadap diri masing-masing. Satu keluhan dilepaskan Seokjin.

"Jadi macam mana?" Satu soalan terus saja dilemparkan setelah melihat Taehyung mengeluarkan failnya.


"Macam tu lah. Mereka berdua masih tidak dijumpai." Jawab Taehyung tenang.

"Kau buat kerja macam mana ni? Kau kan detektif. Sepatutnya dalam masa sebulan, mereka berdua akan dijumpai. Ini dah dua bulan!" Seokjin menengking sambil menghentak meja.

"Kalau kau hebat sangat, kau cari lah sendiri! Kau ingat senang ke nak cari mereka berdua?! Lokasi mereka berubah setiap masa!" Bidas Taehyung.

"Kau sebagai doktor, kau patut buat kerja kau dengan elok dekat hospital! Perhatikan semua staff hospital dengan betul! Jangan sampai orang lain dapat barang-barang yang tak sepatutnya dekat hospital tu!" Tambah Taehyung.

Wajahnya merah akibat marah. Seokjin merengus geram. Mahu saja ditumbuk wajah Taehyung itu. Malang. Pasti kakaknya akan memarahi dirinya jika dia menyakiti suami kakaknya.

"Maaf. Emosi aku cuma tak stabil lepas Amylia.." Seokjin menghentikan kata-katanya lalu menunduk.

"Kenapa dengan Amylia?" Taehyung mengerutkan dahinya.

"Dia keguguran." Jawab Seokjin dengan suara yang kesal.

"Apa?! Kakak kau dah tau atau belum?!" Soal Taehyung penuh kerisauan.

"Belum. Aku taknak bagitau dia sekarang. Dia pasti akan mengamuk dekat aku." Seokjin meraup wajahnya kasar.

"Shinji takkan mengamuk. Kau percayalah." Taehyung sekadar tersenyum nipis.

"Dia marahkan aku." Kata Taehyung yang mula bermain dengan pen di tangannya.

"Kenapa kau buat kakak kembar aku macam ni? Kenapa kau buat dia menangis? Kenapa kau tak balik dan jenguk anak-anak kau?" Soal Seokjin sambil mengerutkan dahinya.

"Aku bukannya sengaja. Ini sebab... keluarga kami dalam bahaya kalau aku terus pulang ke rumah. Kalau aku tinggal terus di pejabat dan balai polis, aku akan dapat pastikan Shinji dan anak-anak aku selamat." Jelas Taehyung yang kemudiannya menutup fail di atas meja.

"Aku harap kau akan dapat balik dan jenguk mereka. Dua kali seminggu. Itu sudah cukup memadai dan aku pasti kemarahan Shinji tu akan reda." Kata Seokjin cuba memujuk Taehyung.

"Baiklah. Aku akan cuba." Taehyung mengangguk.

♥tbc♥

Sincerely,
[ violet ]

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now