eleven

35 9 19
                                    

♥♥♥


"Nenek! Taehyung dengan hyung dah datang ni! Buka lah pintu!" Jerit Taehyung tidak sabar sambil membuka kasutnya.

'Srett!'

Pintu gelangsar dibuka. Terpacul wajah tua dihadapan pintu itu. Sudah tentu ianya nenek Taehyung dan Sungoh. Dengan gembiranya, Taehyung dan Sungoh memeluk nenek Han dengan erat.

"Rindu nenek!" Ucap Taehyung lalu mengucup pipi nenek Han beberapa kali.

"Hahaha. Iya nenek tahu. Nenek pun rindu kamu berdua juga." Balas nenek Han lalu membalas kucupan Taehyung dengan cara memeluk Taehyung dengan erat.

"Hai nenek. Masih ingat Shin?" Soal Shinji sambil tersenyum lebar.

"Shinji? Lama kita tak jumpa! Lihatlah kamu sekarang ni. Makin cantik." Puji nenek Han saat memeluk Shinji erat.

"Ini kembar saya, Seokjin. Mungkin nenek tak kenal dia sebab Shin tak pernah bawa dia jumpa nenek dulu." Kata Shinji memperkenalkan Seokjin.

Seokjin menunduk hormat lalu memeluk nenek Han. Akhirnya pelukan mereka dileraikan. Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah setelah dijemput masuk oleh nenek Han. Shinji segan apabila nenek Han memuji dirinya dan juga Seokjin.

"Aku rasa, nenek aku makin sukakan kau." Bisik Taehyung.

"Apa?" Soal Shinji.

"Tak ada apa. Hehe." Jawab Taehyung mengelak daripada soalan Shinji.

Sungoh yang dibelakang hanya diam dan mengetap bibir. Dia cemburu. Bagaimana dia mahu luahkan perasaannya terhadap Shinji jika Taehyung sentiasa berada bersama dengan Shinji setiap masa? Dia mahu luahkannya malam ini di hadapan semua orang. Dia akan melamar Shinji jika itu yang patut dilakukan olehnya.

Dia akan meluahkan perasaannya terhadap Shinji selepas saja neneknya sudah meniup lilin sempena hari lahirnya yang ke-66 tahun. Dia tahu ini adalah idea gila seumur hidupnya. Tapi dia tidak mahu lepaskan peluang yang berada di depan mata.

"Sungoh, malam nanti aku nak buat ucapan yang aku tak pernah ucap. Tolong rakam tau." Pesan Taehyung secara berbisik.

"O-okay." Balas Sungoh dengan keadaan terpinga-pinga.

"Aku akan pastikan malam ni adalah malam paling bahagia dalam hidup aku." Ucap Taehyung lalu tersenyum lebar.

'Maafkan aku. Tapi malam ni akan jadi malam paling teruk dalam hidup kau, Tae. Tapi aku terpaksa.' Bisik hati Sungoh.

"Taehyung, Sungoh, nenek, maaf ya. Shin terpaksa balik sekarang. Shin dan Seokjin ada banyak kerja yang perlu diselesaikan." Shinji meminta maaf sebelum dia beredar meninggalkan rumah itu.

Sekali lagi Shinji memandang ke arah skrin telefonnya.

'Ayah mahu jumpa kamu sekarang di pejabat tak kira dimana kamu berada. Ayah tetap akan tunggu.'

Shinji mengetap bibirnya.


♥♥♥


"Seronok berlari keluar dan diperhatikan dengan pekerja lain?" Soal Tuan Kim memerli Shinji.

"Ada apa ayah nak jumpa Shin?" Soal Shinji dingin tanpa memandang ke arah Tuan Kim.

"Ayah nak kenalkan kamu dengan, adik lelaki tiri kamu." Jawab Tuan Kim tenang.

"A-adik tiri?" Shinji mula berkerut.

"Masuk." Arah Tuan Kim.

Pintu akhirnya dibuka. Shinji menoleh memandang tepat ke arah pintu. Jantungnya bagaikan terhenti. Matanya membulat. Akibat terkejut dan tersentak melihat kehadiran si lelaki, Shinji terus berdiri tegak menghadap lelaki itu.

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now