♥♥♥
"Haih." Shinji mengeluh sambil meletakkan botol airnya di atas meja setelah duduk di kerusi."Kenapa ni?" Raesha yang berada di sebelahnya menyoal sebaik sahaja kawannya duduk.
"Takde apa. Penat berlari." Jawapan Shinji membuatkan Raesha berkerut tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Shinji.
"Haih macam ni. Tadi aku tak sengaja tertolak pasu bunga dekat taman sains sekolah. Pakcik tukang kebun tu pun kejarlah aku. Nasib baik dia tak nampak muka aku." Jelas Shinji lalu meneguk air botol yang dibawanya.
"Ouh." Raesha membulatkan bibirnya tanda faham sambil mengangguk.
"Kau buat apa dekat sana? Dating ke?" Soalan Raesha membuatkan Shinji tersedak dan terbatuk-batuk.
Tercungap-cungap Shinji mencari nafas. Dadanya diurut lembut kerana sakit. Terkejut agaknya dengan soalan yang dilemparkan oleh Raesha.
"Mana ada dating. Pandai-pandai je kau." Shinji menjeling Raesha lalu meletakkan kepalanya di atas meja kerana malas mahu melayan Raesha.
Jika dia tidak berbuat begitu, lagi banyak soalan yang akan ditujukan kepadanya. Jadi, lebih baik dia tidur saja.
"Hek eleh. Aku tanya je." Raesha bingkas bangun lalu keluar dari kelas.
Shinji ketawa. Seronok melihat kawannya itu merajuk.
"Lantak kau lah Raesha. Nanti kau cari aku juga." Shinji tersenyum sebelum menutup matanya.
♥♥♥
Hidupnya bagaikan mimpi ngeri setelah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Shinji merenung setiap gambar-gambar sewaktu zaman persekolahannya. Gambar dia bersama Raesha, Seokjin dan juga 3 orang kawannya.Salah seorang dari 3 orang lelaki itu, adalah suaminya. Wajah Taehyung di gambar itu diusap. Air matanya menitis diatas gambar itu. Satu kotak besar disebelahnya diambil lalu dibuka.
Satu persatu bunga dikeluarkan. Bunga-bunga itu diberikan kepadanya sewaktu zaman persekolahan. Bunga-bunga rahsia yang diberikan oleh pemilik yang bernama Mr. T. Sekali lagi air matanya menitis.
"Ibu?" Mendengarkan suara itu, segera Shinji mengusap air matanya.
Shinji berpaling dan memandang ke arah anaknya. Tangannya dihulur. Pantas kanak-kanak itu berlari ke arah Shinji dan memeluknya.
"Ibu, kenapa ibu menangis? Ibu sakit ke?" Soal anak itu risau sambil memegang pipi ibunya.
Shinji tersenyum hambar sambil berusaha menahan air matanya dari mengalir. Dia harus kuat di depan anak-anaknya.
"Eh mana ada ibu menangis. Bilik ni kan penuh habuk. Lagi satu, ibu tak sakit pun. Ibu sihat." Bohong Shinji pada anaknya sambil mengusap lembut rambut anaknya.
"Ouh. Ni gambar apa?" Soal anak itu ingin tahu.
"Ini, gambar ibu dengan ayah masa sekolah dulu. Ayah kacak kan?" Soalan Shinji itu membuatkan anaknya mengangguk laju tanda bersetuju.
"Ibu." Shinji mengangkat sedikit keningnya apabila namanya dipanggil.
"Mana ayah? Kenapa ayah tak balik? Ayah sibuk ke?" Shinji terkedu.
Apa yang dia mahu katakan sebagai alasan? Shinji masih berusaha menahan air matanya. Dia menarik nafas panjang sebelum membuat satu keluhan pendek.
"Iya. Ayah sibuk di tempat kerja. Ayah akan balik nanti. Jangan risau ya?" Shinji mengusap lembut belakang badan anaknya.
"Janji?" Sekali lagi Shinji tersentak.
"I-iya. Janji." Shinji mencantumkan jari kelingking bersama jari kelingking anaknya.
Sebak di dadanya ditahan.
'Maafkan ibu.'
♥♥♥
Shinji termenung lama sambil memikirkan sesuatu. Sesekali dia bermain dengan penyedut minumannya."Shinji?" Shinji memandang ke arah empunya suara yang baru sahaja menegurnya.
"Ya?" Soal Shinji.
"Kau okay tak?" Soal Raesha inginkan kepastian.
"Y-ya. Aku okay. Kenapa?" Bohong Shinji lalu menyoal Raesha semula.
"Tak ada apa. Aku cuma pelik. Kau tak bercakap sejak kau bangun dari tidur tadi. Kau ada apa-apa masalah ke?" Soal Raesha risau.
"T-tak ada lah. Jangan risau. Erm, aku masuk kelas dulu tau? Aku tak lapar." Shinji bingkas bangun lalu beredar sepantas mungkin.
"Shinji! Kim Shinji!" Jeritan Raesha langsung diabaikan.
Mimpi ngeri yang dialaminya masih lagi berlayar di kotak fikirannya. Kenapa dia harus mendapat mimpi seperti itu? Adakah mimpi itu satu amaran buat dirinya di masa depan?
'Abaikan semua tu Shinji! Ianya cuma mimpi buruk!' Bentak hatinya lalu mengusutkan rambutnya.
Dari jauh, 4 orang lelaki memandang Shinji hairan.
"Kenapa dengan Shinji tu?" Soal Taehyung ingin tahu.
"Aku tak pasti. Mungkin dia serabut sebab Matematik?" Seokjin meneka.
"Ish kau ni. Pandai-pandai je. Itukan kembar kau. Takkan kau tak tau?" Taehyung berkerut.
"Apa kau ingat aku 24 jam dengan dia ke? Ha? Walaupun dia kakak aku a.k.a kembar aku, tak semestinya aku tau semua benda. Lain lah macam kau! Berkepit 24 jam dengan kembar kau ni!" Bidas Seokjin lalu menyumbat roti ke dalam mulutnya.
"Eleh. Tak payah libatkan kembar aku lah! Kesian Sungoh." Taehyung mencebik lalu memeluk Sungoh erat.
"E-eh aku okay je." Sungoh ketawa kecil.
"Balik ni, apa kata kita pergi taman? Kita berkelah sama-sama." Cadang Ken yang dari tadinya senyap.
"Bagus juga tu! Hahahaha! Jom!" Seokjin bersetuju.
♥tbc♥Sincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
Our Love Triangle ➽ ksj+kth
Fanfiction━If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second. Better you love yourself first. " Kau yang paksa aku untuk buat macam ni. " " Aku benci kau. " WARNIN...