♥raesha's♥
Aku menyiram perlahan-lahan bunga Tulip berwarna biru yang menjadi pemberian Shinji sewaktu aku masih lagi tidak sedar daripada koma untuk 2 hari. Aku cukup sedih apabila Namjoon memberitahuku bahawa Shinji sudah berpindah ke Daegu.Aku tersenyum nipis lalu mengusap salah satu bunga tulip itu.
"Janganlah layu dan terus mekar." Ucapku sendirian.
"Bercakap seorang diri lagi ke?" Soal seorang lelaki yang mengejutkan aku.
"Ish abang ni. Tak elok tau tak kalau selalu sangat buat orang terkejut." Rungutku lalu meletakkan kembali pasu berisi bunga Tulip biru ke tempat asalnya.
"Hehe. Maaflah. Mari ke depan. Dah ramai pelanggan di depan sana." Ajak lelaki yang aku gelarkan abang itu.
"Yelah. Abang pergilah dulu." Kataku menghalaunya.
Tidak sampai beberapa saat dia menghilang, dia kembali semula.
"Yah Amylia Park." Lelaki itu memeluk tubuh sambil mengecilkan matanya memandang ke arahku.
"Ish tau lah! Sabar kejap!" Marahku.
Park Jimin atau lebih dikenali sebagai abang baru aku segera berlari anak meninggalkan aku seorang diri di dapur. Tau takut. Amylia Park? Ouh ya. Aku sudah menukar nama sejak menjejakkan kaki aku ke dalam rumah milik keluarga Park.
Aku tak menyangka bahawa mereka akan menerima aku secepat itu. Termasuklah..
'Wooff!'
..anjing peliharaan mereka. Aku tersenyum lalu mengusapnya. Mereka mengambil aku menjadi anak angkat kerana itu adalah permintaan terakhir abang kepada mereka. Aku sangka, abang kerja di pusat judi kerana penampilannya benar-benar lain.
Dan sangkaan aku benar-benar meleset. Abang tidaklah sejahat itu. Abang takkan biarkan aku makan makanan daripada hasil duit haram. Dan disebabkan abang, aku dapat bina hidup baru, keluarga baru, dan semangat baru.
Park Jimin juga seorang abang yang penyayang. Aku fikirkan, dia seorang yang dingin dan panas baran. Nampaknya abang tak salah pilih kawan. Terima kasih abang. Terima kasih sebab buat hidup Rae— Amylia kembali cerah. Amylia sayang pada abang walaupun abang sedikit sebanyak dah membuatkan hati Amylia hancur.
Aku bukan lagi Kim Raesha. Aku Amylia Park.
"Amylia Park!"
"Ya! Sekejap!" Segera aku berlari apabila mendengar Abang Jimin memanggilku.
♥♥♥
"A-awak betul-betul pasti ini rumahnya?" Soal Raesha gugup."Iya." Namjoon mengangguk yakin.
"Awak masuk sajalah. Saya pasti mereka okay. Saya dah nak balik ni." Ucap Namjoon sambil matanya melirik ke arah jam di tangan.
"Hmm yelah. Awak baliklah." Kata Raesha sayu.
"Aik? Macam tu je? Kiss? Tak ada?" Soal Namjoon sambil mencebik.
"Ish mengada." Raesha segera mengucup kedua belah pipi dan dahi milik Namjoon.
Setelah berpuas hati, barulah Namjoon beredar bersama keretanya. Raesha menarik nafas dalam. Ya. Inilah masanya.
'Ding Dong!'
Butang loceng ditekan. Tangannya kembali diletakkan di sisi. Dia menelan air liur dengan kasar. Gugup.
YOU ARE READING
Our Love Triangle ➽ ksj+kth
Fanfiction━If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second. Better you love yourself first. " Kau yang paksa aku untuk buat macam ni. " " Aku benci kau. " WARNIN...