twelve

41 7 12
                                    

♥♥♥


"Hubungan kita berakhir di sini saja. Jangan telefon, email, atau mesej saya lagi."

Masih terngiang-ngiang kata-kata Namjoon itu di dalam fikirannya. Air matanya yang masih mengalir diusap dengan menggunakan sehelai tisu. Tangannya mencapai sekotak muzik kegemarannya dibuka. Patung di dalam kotak itu mula berpusing dan mengeluarkan muzik. Ianya adalah hadiah hari lahir yang diberikan oleh Namjoon.

Kotak muzik itu adalah hadiah yang paling istimewa buat Amylia. Mengapa kisah cinta mereka perlu berakhir dengan begitu mudah dan menyedihkan? Kenapa ianya bukan kisah cinta yang indah seperti orang lain? Akibat geram, Amylia melemparkan kotak muzik itu dengan kasar ke lantai.

"Adik! Adik tak apa-apa?!" Soal Jimin setelah merempuh masuk ke dalam bilik Amylia kerana bimbang jika ada sesuatu yang buruk berlaku kepada Amylia.

Dia cukup risau dengan keadaan Amylia yang tidak tentu arah itu. Amylia juga sudah 2 hari tidak mahu menjamah walau sedikit pun makanan yang dimasak oleh Jimin. Padangannya dialihkan ke arah kotak muzik yang sudah pecah itu. Kotak muzik itu yang rosak itu dipandang sayu oleh Jimin.

"Adik. Tak ada gunanya lagi adik bersedih untuk orang yang sudah pergi tinggalkan kita. Macam apa yang abang cakap, setiap pertemuan, pasti akan adanya perpisahan. Tolong jangan seksa diri adik." Ucap Jimin lemah sambil menahan air mata yang sudah bertakung di tubir matanya.

"Heh. Abang tahu ke maksud perpisahan yang sebenarnya? Abang tahu tak betapa perit dan sakitnya hati ni bila adik ditinggalkan buat kali ketiga? Mula-mula, abang Hoseok. Kedua, Shinji dan Seokjin. Dan yang ketiga, Namjoon." Amylia menekup wajahnya lalu menangis sepuas hatinya. Hatinya lemah buat masa ini.

"Haih. Mari." Jimin menghulurkan tangannya ke arah Amylia.

"Nak pergi ke mana?" Soal Amylia hairan sebelum menyambut tangan abangnya.

"Ikut sajalah. Adik pasti takkan menyesal." Jawab Jimin lalu tersenyum kelat sambil tangannya masih tidak berhenti dihulurkan kepada Amylia.

Jimin memandang tepat ke arah jam yang tergantung pada dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 8.35 malam. Masih sempat jika dia pergi ke Daegu dengan menaiki keretapi.


♥♥♥


Seokjin termengah-mengah dan tercungap-cungap mencari nafas kerana penat berlari. Seokjin mengerling ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 10.56 minit malam. Seokjin memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari seseorang yang mungkin dia kenali. Kemudian, bahunya disentuh seseorang. Seokjin berpaling menghadap gerangan yang menyentuh bahunya.

"Jimin?" Jimin tersenyum lebar apabila Seokjin mengenali dirinya.

"Nasib baiklah kau kenal aku. Sekarang, mari ikut aku. Aku perlu—"

"Apa yang kau buat di sini?" Soal Seokjin hairan sebelum mengikuti langkah Jimin.

"Ish tak sedar lagi nampaknya. Kalau kau nak tahu, aku yang telefon kau sebelum ni. Sekarang mari, kita kena cepat." Jawab Jimin menjelaskan keadaan sebenar lalu menarik Seokjin untuk keluar daripada stesen keretapi Daegu itu.

Setelah mereka berdua berjaya keluar daripada stesen keretapi itu, Seokjin segera menarik tangan Jimin untuk berhenti.

"Daripada mana kau dapat nombor telefon aku? Bagaimana kau boleh sampai ke sini? Bukan kau di Seoul ke? Amylia macam mana? Kau tinggalkan dia ke?" Soal Seokjin bertubi-tubi tanpa membenarkan Jimin menjawab satu persatu soalannya.

"Kau nak aku tumbuk muka kau sampai kau pengsan baru kau nak diam? Tak pun kau nak aku culik kau dan bawa kau ke sana sendiri?" Soal Jimin pula dengan ugutan kerana berasa geram dengan sikap Seokjin itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now